Paparan

SPONSORED

Saturday, September 24, 2011

Borong Air mineral dari Hypermarket Giant Ganti Guna Air Watercooler

ini saya punya
Salam buat semua.

Hari ini hari Sabtu 24 September bersamaan 26 Syawal, bermakna dah nak penghujung bulan Syawal. Masih ada majlis rumah-rumah terbuka dianjurkan  baik dari badan-badan mahupun orang perseorangan. Maaf la kalau x dapat hadir.

Entri ini ditulis ketika guruh dan petir sabung menyabung, hujan lebat. Kat kawasan sini, Shah Alam tiap-tiap hari hujan lebat, lagi-lagi waktu tengah hari. Bagi yang nak menyidai baju di ampaian tu, fikir-fikir kan lah.

Semalam seluar ke pusan bandar Shah Alam, melawat Kompleks PKNS dan kawasan sekitarnya, dah hampir 5 bulan tak datang kat PKNS tu. Pekena la sekali satay kajang dan pastu jalan-jalan cari awek.


Inilah jenis watercooler yang dimaksudkan
OK, apa kaitannya entri ni dengan gambar yang paling atas sekali? Ada kaitannya.. Itulah entri untuk kali ini. Saya sekarang mengambil inisiatif dengan membeli air mineral secara borong menggantikan daripada amik air water cooler. Saya meragui kualiti air watercooler ini sebab belum tentu terjamin bersih dan kualitinya. Ianya air paip tapi tak tau la bertapis ke tidak. Watercooler ni ada banyak, tapi yang dimaksudkan ialah yang macam gambar ini.

Terdorong melihat member-member roomate beli air botol sekotak yang ada 12 botol 1.5 liter tu.

Rasa lain  bila minum air mineral yang dibeli berbanding air watercooler yang free. Pernah masa nak buka puasa enam hari tu, rasa nak termuntah bila minum air watercooler, maklum lah perut kosong. Bila minum je air mineral yang dibeli, rasa segar..je

Tak perlu lah nak berkira pasal kos sebab bukan mahal pun bila beli cara borong ni. Air tu 5.5liter cuma lebih kurang Rm 3.9+, kiranya RM 4 lah. Tapi saya cadangkan baik beli air sekotak yang dalamnya ada 12 botol 1.5 liter(botol besar) sebab sekotak RM 12 (produk Giant) dalamnya ada 12 botol. Kira 1 botol tu hanya RM 1(seringgit). Jimat kan..Kalau nak beli satu-satu tu sebotol dah RM2, nak beli 12 botol dah RM 24 kan.

Ada gak kawan-kawan yang mengadu batuk-b atuk sebab asyik minum air watercooler banyak-banyak. Bukan niat nak menakut-nakut mahupun nak kutuk, lagipun mesin watercooler ni jarang diselenggara. Kalau tengok filter, berlumut hijau pekat. Tak geli ke?

Buat permulaan hanya itu jela yang mampu..Takpela keluar la duit sedikit untuk kesihatan kerana  nikmat kesihatan adalah harta yang tak ternilai.

Friday, September 16, 2011

ISA dimansuh, PM kotakan janji

Salam semua.

Hari ini cuti sempena Hari Malaysia. Selamat bercuti buat semua.

Tadi sesiapa yang menonton tv 1, ada disiarkan perutusan khas Hari Malaysia. Apa yang menjadi fokus utama ucapannya ialah I.S.A iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri. Perdana Menteri sewaktu mula-mula pegang jawatan berjanji I.S.A akan dikaji secara komprehensif.








Mari la baca berita sumber dari BERNAMA:

I.S.A dimansuh, Dua Undang-undang Baru Berkaitan Keselamatan akan dikaji

Perdana Menteri menambah, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara.


Di sudut lain, katanya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.


Selain itu PM juga mengumumkan bahawa:
- Kajian semula komprehensif akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933
-  Mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan
- Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Kata Najib, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Namun, katanya, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.
Apa yang penting rakyat untung

Friday, September 9, 2011

Nak Topup telefon tambah 6% cukai? Handsetku Simpan Sahaja Buat Pameran

Salam semua.

Hari ini Jumaat 9 September 2011bersamaan 11 Syawal, menulis buat kali terakhir (yela kot) sebelum masuk kandang  kampus semula selepas berhoneymoon 4 bulan. Cuti lama-lama, banyak dah dibuatnya tapi rahsia ah mne leh bagitahu..
cuti sudah habis bro

Dah dengar berita belum pasal cukai untuk tambah nilai prepaid atau bahasa mudahnya topap handset? Adakah benar ini akan berlaku? Mahukan bukti? Ada...



Berkuatkuasa 15 SEPTEMBER 2011 semua harga produk mudah alih termasuk pek permulaan prabayar, tiket tambah nilai prabayar, Hot Tiket dan E-Reloads akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan. Ah bagus sangat la tu, aku memang suka nak bersedekahh...


Kat Malaysia ni umumnya tau ada 3 syarikat telekomunikasi terbesar iaitu DiGi, Celcom dan juga Maxis. Pengguna prepaid a.k.a topup 43% merangkumi ketiga-tiga syarikat telekomunikasi sebanyak 13.2 juta. Aku baru tau ramai guna DiGi, 83 peratus dan cuma 23% daripada Celcom dan Maxis.

So, apa pendapat anda?

Tadi ayah balik kerja cakap pasal hal ni. Pastu ni online buka facebook ramai la dah kata. Majoriti yang kata tak mau la..banyak gak page-page kat facebook tulis pasal ini sebagai tajuk wallpost.

6% percent tu macam mana tu?

Katakanlah topup RM10 kan, kita akan dikenakan RM10.60 la kan, kata 6 %. Maknanya kena tambah 60 sen lagi untuk topup RM10. Kalau tak ada RM10.60 tak boleh topup la kan, kena cari duit syiling kat celah-celah laci. Ha, sekarang baru tahu kan bernilainya duit syiling ni selain boleh pakai untuk mesin basuh yang kena isi syiling tu.

60 sen tu umpama kalau guna pelan SMS/mesej yang pakai 1 sen per sms tu. Ini bermakna kita boleh sms/ mesej 60 kali wei. Banyak tu. Tak payah la nak ibaratkan dengan harga makanan contohnya 60 sen tu boleh beli roti gardenia 60 sen satu. Ini pasal caj untuk topup, ibaratkan lah  kaitannya dengan kos penggunaan handphone.

Student mostly banyak yang simpan duit semata-mata nak topup. Ramai yang topup RM5 tahan sampai 3 bulan gunanya, pakai pelan sms 1 sen.

Pengguna yang kaya raya gaji bebelas ribu memang la kata 'apa da hal' atau 'takde masalah pun' tapi boleh dikatakan sebahagian besar pakai prepaid adalah pelajar a.k.a student yang harapkan wang ihsan FAMA (father mother) + pinjaman pelajaran(yang tak mohon tu tak payah fikir cara nak bayar balik) macam PTPTN (iklan yang rajin keluar tu). Duit kerja masa cuti semester nak simpan buat belanja kahwin (ecewah..fikir jauh nampak).

Aku tulis ini pun sekadar pandangan aku aje, tak payah la nanti masuk berita pastu kena ISA ke, akta hasutan ke. Aku masih student x mampu la nak bayar denda denda ni.

Ada la juga orang cakap, nak guna cara lama iaitu surat. Hahaha...nak ketawa gak la mendengarnya. Kita hantar surat kat orang tu, orang tu balas balik kat kita. Berapa lama dah nak tunggu surat tu sampai? Apa susah..sekarang ni zaman canggih manggih, kita gunakanlah caranya mengikut zaman. Mesej kerajaan "Dengan Jalur Lebar Semua Dapat" wajar diikuti (dah macam ayat karangan daa..). Muka buka a.k.a facebook, twitter, skype semua ada. Pilih-pilih yang mana berkenan. Alah zaman sekarang facebook ataupun fb ramai dah ada sampaikan mak-mak dan ayah-ayah pun ada fb. Nak komen kat facebook pun kena hati-hati nanti parent baca kang.

Facebook bukan ruangan sembang sembarangan..ada gambar, video, komen, 'wallpost', 'like', 'tag'. Main facebook baru la tau istilah omputih ni. Nak cari kawan lama dah 20, 30 tahun tak jumpa pun boleh. Kalau kawan ada kat Kanada tak payah nak topup banyak-banyak biar tak terputus tengah bergayut, facebook juga ada..Chattig kan senang. Kalau rindu dengan orang tersayang tu..gambar juga ada..Kalau segan boleh je 'poke'. Ramai je dah jumpa jodoh pakai facebook, siap dah beranak pinak. Bila la aku nak jumpa ek.

saya punyer
Prepaid dah naik..ramailah cadangnya nak beli android boleh guna WHATSAPP. Applikasi apa tu saya tak tau la padahal ada android.


Yang pasal handset dah tak nak guna nak pameran tu tak tau la. Bukan apa, itu ayatnya bermaksud dah tak nak bazir-bazir sangat guna telefon ni. Dah la ada handset mahal-mahal..pastu topup pun mahal-mahal. Tapi aku nyer caj semuanya ditanggung fama.

Terima kasih kerana berkunjung ke mari. Sudi-sudikan lah komen dan 'follow'.

p/s: Roti gardenia tu dah 70 sen eh?

Wednesday, September 7, 2011

Kesudahan/Ending Sinetron Amanah Dalam Cinta

Salam kepada semua.

Masih dalam bulan raya. Jadi masih saya boleh ucapkan selamat Hari Raya kepada anda semua. Ada yang akan kembali semula ke kampus untuk meneruskan pengajian. Selamat meneruskan pengajian diucapkan.



Sekarang ni sinetron Amanah Dalam Cinta sedang rancak dipertontonkan kat TV3. Makin ramai yang nak tengok, mungkin nak tengok pelakon nya ke, macam si Julie atau Alia..haha..Masing-masing dah nak kembali ke kampus masing-masing mesti ada yang termimpi-mimpi macam mana la kan kesudahan atau ending sinetron ni maklumlah bila dah balik kampus memang susah lah nak mengikuti jalan cerita nya dengan ditambahkan lagi dengan kuliah dan aktiviti-aktiviti kolej atau fakulti.

Entri sebelum ni saya ada kisahkan pasal sedikit cetusan hati saya mengenai sinetron ni. http://ukashahcharlie.blogspot.com/2011/08/sinetron-amanah-dalam-cinta-yang-pendek.html
Kalau nak tengok apa yang saya komen bolehla klik pada link diatas. Segala komen amatlah dihargai.

Takpe la, kat sin i nak kongsi kian lah macam mana endingnya. Ni pun dari siaran RCTI tapi tak tahu la kalau versi tayang kat Malaysia ni lain ke kan.


Selamat menonton.

Kredit kepada empunya nya.

SPONSORED