Paparan

SPONSORED

Saturday, April 23, 2011

Alkisah permulaan final exam ku sem 1




Assalamualaikum wbt dan selamat malam..alamak dah pagi da kepada anda yg budiman yang sudi meluangkan masa membaca alkisah untuk kali nie.

Masa nie mmg waktu yang buzy almaklumla final exam mood. Masa ni la nak hafal segala macam nota-nota kerna saya pelajar undang-undang,semestinya perlu menghafal macam-macam principle dan kes kes.

Baru-baru ni selesailah suda paper Law of Torts 1 yang agak mencabar dan juga dianggap tidak cukup masa untuk menjawab dgn sebaiknya, betul la kata pepatah: MASA ITU EMAS. Aku ingatkan aku sorang aje yang mengalami kekurangan masa menjawab,rupanya sume cakap camtu.Fuh lega... Harap harap keputusan baik la hendaknya.Amin…

Pelbagai perumpamaan dikaitkan dengan masa yg menunjukkan bahawa masa itu sangat la penting seperti pepatah Arab, MASA ITU PEDANG, yang bermaksud jika kita tidak memintas masa,pedang akan memintas kita.Kalau ada silap tolong betulkan kerana saya budak baru belajar.

Ok, sambung citer pasal final exam ni. Pagi ni akan menempuh satu lagi paper iaitu Law of Contract 1. Mujurla paper ni membenarkan membawa masuk contract act tidak seperti torts yang lepas.Kalaula x leh bawak contract act,alamatnya otak kena sediakan memori capacity kurang kurang 4Gb ni.

Tips2 menghadapi peperiksaan sama je macam org lain. Yang penting bersedia dan cuba lakukan yang terbaik. Jangan lupa berdoa kepada tuhan kerana kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang dan berusaha, tuhan jua yang menentukan hasilnya.

Jika ada sebarang perkongsian idea dan pendapat,amatlah dialu alukan.

WASSALAM

SPONSORED