Paparan

SPONSORED

Tuesday, May 31, 2011

ISU kenaikan tarif elektrik


Salam sejahtera  sume.

Semalam kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik berkuatkuasa 1Jun,esok. Hari ini, banyak surat khabar menjadikan pengumuman ini sebagai tajuk utama akhbar-akhbar mereka. Contohnya di Berita Harian: Tarif baru elektrik dan di Utusan Malaysia:Tiada kenaikan guna 300 kWj.

Tarif elektrik bagi sektor domestik, komersial dan industri dinaikkan daripada 31.31 sen/kwj kepada kepada 33.54 sen/kwj. Ini bermakna, kenaikan pada kadar purata sebanyak 2.23 sen per kilowatt sejam (kwj).





Keputusan kerajaan menaikan tarif elektrik selaras keputusan kerajaan menyemak semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung daripada RM10.70/MMBtu (unit termal British) kepada RM13.70/MMBtu.


Bagaimanapun, kenaikan tidak membabitkan kira-kira 75 peratus atau 4.4 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kwj sebulan atau kurang. Oh, maknanya tarif tu kena pada yang guna lebih daripada 300kwj sebulan. Saya tak tau la beban ke tidak sebab bukan saya yang membayar bil elektrik tiap2 bulan.


Kerajaan memberi jaminan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektrik mereka berjumlah kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember 2011.


Tak taula nak komen apa pasal ni, cuma harap tidak membebankan rakyat termasukla saya yang serba sederhana ni.


Cuti cuti Malaysia jom sempena cuti ni.







perceraian

Pekabo sume.


Topik hari ini mengenai cerai,iaitu perceraian perkahwinan.Hah!naper pasal cerai lak??suka atie aku la nak tulis pape pun..takdela..


Perceraian merupakan perkara yang halal dalam Islam tetapi dimurkai oleh Allah S.W.T. 
Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda yang bermaksud, 
" Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak" 
                                   Riwayat Abu Daud dan Hakim


 Perceraian meruntuhkan mahligai yang dibina bersama.Faktor utama perceraian ialah tiada lagi persefahaman antara pasangan suami isteri.Ecewah macam dah kahwin je aku nie..Mungkin juga kerana sudah tak wujud perasaan cinta antara mereka. Maklum saja,dulu kentut pun bau wangi kan.


kenyataan JAKIM: pasangan Islam brcerai setiap 15 minit (berita harian, 30 mei 2011). Sungguh tak percaya!! Ibaratkan, pergi ceduk nasi kat dapur dan makan sambil tengok tv. Abis makan cuci pinggan bersamaan dengan 15 minit. 


1. kaya belum tentu bahagia
Wang bukan segala-galanya tetapi sume benda memerlukan wang. Cakap ada tak barang2 yang masih lagi percuma? Nak masuk tandas pun kena bayar 20 sen tau. Tapi,kekayaan harta tidak menjanjikan kebahagiaan yang diimpikan suma orang. Orang kaya boleh membeli ubat-ubatan yang mahal dan rawatan ke luar negara,tetapi adakah boleh membeli kesihatan? TIDAK bukan.

2. kawin terlalu muda
Ramai kawan sebaya yang memasang angan-angan mahu berkahwin dalam usia yang muda. Terpulanglah kerana itu hak setiap individu. Kahwin muda ni bukan nya apa, mereka  ni muda sangat dan tak dapat urus rumahtangga dengan baik. Mereka juga kurang kental dan matang.Bila berkahwin terlalu muda, banyak masalah kewangan, yelah,kerjaya belum mantap. Orang dulu2 memang la ramai kawin muda sbb pada masa tu pekerjaan mereka pun...Jikalau ada yang berjaya menempuhi cabaran kahwin muda,Tahniah.

3. kurang bijak kawal emosi.
Emosi yang tidak stabil menjurus kepada bertengkaran2 kecil dan melarang kepada lebih besar. Harus bijak kawal emosi dalam hidup bersama, semua orang pun ada perasaan,cuma pandai-pandailah kawal emosi dan berfikiran matang dan rasional.


Perceraian membawa kepada kesan-kesan sepertianak2 terbiar tanpa dibela.Pabila bercerai, mereka seolah-olah dah x de tanggungjawab terhadap anak2 mereka. Ini menjurus kepada tingkah laku anak2 yang kurang berakhlak dan kurang ajar kerana kurang perhatian ibu bapa yang dah bercerai. Sian mereka.


Diharapkan perceraian dalam kalangan umat Islam di negara kita dapatlah dikurangkan kadarnya kerana keadaan sekarang agak membimbangkan dan menggambarkan keruntuhan institusi kekeluargaan Islam.

SPONSORED