Paparan

SPONSORED

Saturday, July 30, 2011

Lawatan percuma ke zoo negara

Salam semua.


Hari ini nak hebahkan  pasal tajuk post ini. Ianya mengenai pergi zoo negara free.






Rakyat Malaysia yang dilahirkan pada tahun 1961 berpeluang mengunjungi Zoo Negara secara percuma mulai hari ini (30 Julai 2011) hingga 31 Disember tahun ini sempena ulang tahun Zoo Negara yang ke-50. Ini bukan saya kata eh, ni kata dari orang besar tau. Ops..bukan besar badan,tapi besar pangkat la.


Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Datuk Ismail Hutson mengumumkan tawaran tersebut pada majlis makan malam ulang tahun Zoo Negara di Kuala Lumpur, malam semalam. Penaung persatuan itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke majlis itu.


Beliau(Datuk Ismail) berkata Zoo Negara yang berkeluasan lebih 48 hektar itu telah menerima kira-kira satu juta pengunjung setiap tahun dengan 300,000 daripada pengunjungnya adalah kanak-kanak.



pintu masuk ke zoo serangga
Zoo negara terletak kat Ulu Klang kan, tak silap aku la. Aku belum pergi lagi.


Tawaran ini bukan sepanjang masa tau, dari 30 Julai 2011 hingga 31 Disember tahun ini sempena ulang tahun Zoo Negara yang ke-50. Kalau bukan free jangan salahkan aku tau, ini sumber dari BERNAMA.











Macam mana nak ke sana?Tak tahu?
LRT(sekadar hiasan)
Guna LRT laluan Kelana Jaya, turun di Stesen LRT Wangsa Maju dan ambil teksi atau bas pengantara ke zoo.
  • Lalu MRR2 (Middle Ring Road 2)- Dari Ampang, u-turn kat exit Taman Melawati dan masuk simpang kiri yang pertama; Dari Gombak, masuk simpang kiri pertama selepas Taman Melawati pastu keluar flyover.
  • Naik Metrobus bus 16 dari Central Market. Bus  akan bawa ke pintu masuk zoo.
Tak pernah pergi. Satu hari nanti teringin nak pergi. Teringat AllahyarhamTan Sri P Ramlee pernah berlakon cerita 'Masam-masam Manis' kat Zoo Negara watak Cikgu Shaari.

Thursday, July 28, 2011

Aku dah terjebak dengan Kawin Masal

Salam semua.

Sekarang ini memang musim kawin, yela, dalam sebulan dua bulan ini ada je dapat jemputan walimatulurus. Orang itu  kawin, orang sana kawin aku ni bila lak ek?haha..

Post ini nak cerita pasal satu cerita yang akan berepisod akhir pada petang ini. Dah episod akhir barulah nak post pasal ni kan. Aku pun dah terjebak dengan cerita ini, mak aku lah bukak cerita ini aku pun tumpang tengok lah sekali. Pernah dengar atau tengok cerita 'Kawin Masal' ?

Hari ini apisod akhir 'kawin masal' kat Astro Ria. Dah episod 25, makanya episod akhir. Kat Indonesia dah lama dah tayangnya, tahun 2008 tak silap lah. Cerita ini berunsur komedi, ada sajalah unsur lucu dalam cerita ini. Tak seperti kebanyakan sinetron dari negara seberang lain yang majoritinya jalan cerita belit-belit, ada saja masalah sampaikan boleh kena darah tinggi.

Kawin masal ini bermaksud berkahwin secara beramai ramai.


Jalan Cerita
Sachiko(Agnes Monica) dan Rio berkawan baik sejak sekolah, dalam diam Rio ni jatuh cinta le kat Sachi, tapi takut nak meluahkan perasaan dia. Sachi pulak suka kat lelaki lain nama Ben, jadi Rio ni jadi orag tengah le dalam hubungan cinta Sachi dengan Ben. Sachi suka kat Ben sebab Ben ni dilihat seorang pemuda yang kacak, digilai setiap wanita, bergaya dan ada moto besar. Rio pulak sanggup buat apa saja demi Sachi, dia sanggup korbankan cintanya demi kebahagiaan Sachi. Ben dan Schi suka pada buat perkara yang unik, jadi untuk berkahwin pun diorang memang suka yang unik unik, jadi diorang pun buat le idea utk Kawin Masal.


Pada hari perkahwinan, Sachi rasa resah sebab Ben tak jugak muncul-muncul. Bapa Sachi memaksa Rio untuk kahwin jugak dengan Sachi sebab Ben masih tak nampak batang hidung. Rio terkejut dengan insiden tu, jadi dia pun bernikah jugak le dgn Sachi. sachi tak suka dekat Rio, dan dia pun bernikah atas paksaan bapanya aje. Rio pulak memang nak sangat le kawin dengan Sachi, tapi dia tau dan sedar sachi tak suka dia.
Setelah selamat je pernikahan Ben dan Sachi , maka Ben pun datang meminta maaf sebab dia tertidur. Sachi gembira le sebab Ben bukan sengaja tak datang.Rio pulak sedia berpisah kalau sachi nak kawin dengan Ben, dan dia boleh lepaskan Sachi, tapi Sachi tak nak bercerai secara terburu-buru, sebab diorang baru je kawin, nanti dia takut bapanya naik angin lak. Selama diorang bernikah, Sachi tetap berhubung dengan Ben dan Rio pun tau tentang hubungan tu. Rio pun tak pernah sentuh Sachi masa berkahwin. 


Kesudahannya kenalah tengok cerita ini petang ini jam 6.30 petang kat Astro Ria.


Aku dah tak jadi kuli orang, makanya aku bebas.















Wednesday, July 27, 2011

ProtonSagaFLX lebih best!!


PROTON is now giving you the option of getting more mileage for your Ringgit! PROTON has launched the Proton Saga FLX that uses Continuous Variable Transmission (CVT), commonly found in luxury cars. 

Utilising an advance belt system that transforms torque to power, the Saga FLX gives you a smoother drive, removing the jerks of traditional autogear transmission systems. This “stepless” gear tansition improves drivability and responsiveness of the car, the smooth transition of the car between gears helping the car perform more efficiently, saving fuel.

Designed to give consumers better drive satisfaction and safety confidence, the Proton Saga FLX also comes with Anti-lock Braking System (ABS) and Electronic Brake-force Distribution (EBD), along with driver and passenger side air-bags.

Check out the latest Proton Saga FLX ‘coz its even better! For more details, visit your closest PROTON Edar showroom or visit:
www.epicsaga.com.my

Monday, July 25, 2011

Main game ni boleh menang PS3 dan HDTV?

Selamat tengah hari.

Masih belum makan tengah hari lagi.

Minat tak main permainan online?? 100 PLUS Infinity Challenge Online Game dan dapat hadiah bernilai RM20,000. Perh dahla dapat main..dapat hadiah lagi kan. Cuba lah nasih manalah tahu nasib baik kan. Belum cuba belum tahu kan.Dapatkan mata tertinggi untuk minggu dan menang hadiah mingguan. Kat Grand Finale berpeluang menang PS3 dengan HD TV, Samsung Galaxy Tabs dan Nooka Watches.


Tunggu apa lagi, aku cuma tolong hebahkan ajer..(klik untuk menjengah)


Nasi dah tersedia, makan dulu.Chow

Saturday, July 23, 2011

20 Fakta tentang Islam

Assalamualaikum wbt dan selamat malam. Selesai menonton perlawanan antara Malaysia vs Singapura yang berkesudahan Singapura 5- Malaysia 3. Tak de banyak komen, cuma harapkan dapat bermain dengan bagus di bukit Jalil kelak. Kelemahan itu masih boleh diperbaiki tambahan pula sesudah perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab gergasi eropah baru baru ini.


Entri kali ini ingin berkongsi mengenai fakta agama kita iaitu Islam, salah satu agama yang paling cepat berkembang didunia.Terima kasih kepada saudara Asyraf atas perkongsian. Sebagai seorang Islam, marilah kita mengetahui sedikit sebanyak fakta mengenai Islam. 


1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir. Aku yakin, ramai yang tak tahu nama sebenar firaun. Betul tak?

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden. Aku pasti, ramai yang tak tahu fakta nih..

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

Friday, July 22, 2011

Kepayahan Mereka Menjadikan Hidup kita Selesa

Assalamualaikum. Sekadar berkongsi. Sharing is caring.

Terfikir kah kita kehidupan kita yang selesa dan adakah terfikir siapa yang mengerjakan nya di sebalik ini semua


Kepayahan mereka menjadikan hidup kita selesa. Mereka bangun awal-awal pagi semata-mata tugas mereka dan mencari rezeki untuk anak-anak mereka serta isteri mereka dikala kita diulit mimpi indah. Contohnya akan dihuraikan kat sini(klik untuk tahu)

Bersyukurlah dengan nikmat yang kita perolehi.

Thursday, July 21, 2011

Gula Gula kat Wanita Hari Ini

Pernah dengar tak gula-gula? Memang la ianya sejenis makanan yang biasa budak-budak kecil termasuk aku makan, tapi ini pasal Kumpulan Gula-gula la. Aku awalnya pun tak tau gak kumpulan ini tapi banyak sangat ceritera mengenainya.

Daripada cara berpakaian, stail rambut pastu lak pakai seluar pendek aku ingatkan kumpulan Kpop perempuan yang baru almaklumlah aku ni tak de la minat sangat korea-korea ini sorry to say. Tapi takpela aku cerciter ajela..

Laa..sekali orang Malaysia daa..Menggelarkan diri mereka sebagai Gula-gula. Tapikan, kenapa la orang Malaysia nak tiru gaya Korea nii??Kalau dah terdemam dengan Kpop sampaikan buat kumpulan ala-ala Kpop gitu?Perlu ke budaya, adab sopan dibuang semata-mata nak berkorea?Motif??

Kat sini aku sertakan video kumpulan ini masa kat rancangan Wanita Hari Ini.





Laa..sekali orang Malaysia daa..Menggelarkan diri mereka sebagai Gula-gula. Tapikan, kenapa la orang Malaysia nak tiru gaya Korea nii??Kalau dah terdemam dengan Kpop sampaikan buat kumpulan ala-ala Kpop gitu?Perlu ke budaya, adab sopan dibuang semata-mata nak berkorea?Motif??

Aku tengok lebih ramai yang kutuk kumpulan-kumpulan orang Malaysia style korea ni daripada minat. Kat facebook siap bergaduh pasal kumpulan-kumpulan ni

So apa pendapat korang?




Wednesday, July 20, 2011

Tersebut lah kisah kemasyuran SHAHEIZY SAM



Assalamualaikum dan paece no war kepada kalian semua. Setiap kali tekan aje butang kontrol astro nak tengok tv, ada sahaja iklan filem-filem di pawagam. Kebanyakan filem-filem yang diiklankan mesti si Shaheizy Sam ada sekali kan. Perasan tak? Siapa yang tak kenal beliau kan. Namanya kian meningkat naik ditambah pula gaya lakonannya yang menghiburkan.

   Aku mula kenal  beliau ni masa pergi tengok wayang JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK kat Central Square(cs) Sungai Petani. Kalau mai sungai petani pasti nampak mall ni, takde la besar sangat tapi bolehlah nak jalan-jalan..Masa tulah pertama kali pi tengok wayang..Citer tu citer seram komedi,ada unsur-unsur lawak. Masa tu pun aku macam tak perasan pun dia berlakon.

central square,sg petani dari dalam teksi(x mampu berkereta)
      Masa berlakon ceriter JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK itulah jodon beliau dengan  studio perfileman gergasi, METROWEALTH Movies Production terjadi apabila Pierre Andre menarik diri berlakon untuk filem tu arahan Ahmad Idham, beliau  diberi peluang untuk memegang watak Johan dalam filem itu. Mesti korang tau kan siapa penerbit Metrowealth kan, David Teo pun jadi femes disebabkan Shaheizy Sam berlakon dalam filem-filem terbitannya. Shaheizy Sam membuktikan filem-filem lakonannya under Metrowealth David Teo ni mencatat kutipan BOX OFFICE.                                        



      Haaa...Masa beliau berlakon dalam ADNAN SEMP-IT aku mula kenal dengan beliau ni. Masa hari pertama tayang kat pawagam, masa tu aku kat Langkawi...bercuti .. Dalam filem ini beliau jadi Mat Rempit yang bersikap hopeless romantic. Perh, mat despatch a.k.a office boy a.k.a. budak pejabat ada awek yang kaya, bos dia. Kalau la realitinya, macam tak caya kan. Sory aku bukan kutuk office boy, aku cuma cakap pasal filem ini dan kalau terguris hati mintak maaf yo. Kutipan filem ni fulamak..lebih RM 8 juta...betapa hebatnya beliau ini. Aku siap beli vcd lagi tau.


      Beliau juga berlakon dalam filem KONGSI: Lu langsi lu mati. Ini filem kedua arahan pengarah baru, Farid Kamil dan hasilnya, mencatat kutipan RM 1 juta lebih dalam hanya SATU hari sahaja!! Perh asal beliau berlakon aje mesti gempak-gempak kutipannya. Beliau berlakon sebagai Temulakyang dihantar oleh majikannya yang benama Kimpedu(Bront Palare) ke Malaysia untuk kucar kacirkan kongsi gelap yang ada di Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur. Ketika itu, Kuala Lumpur dikuasai oleh tiga kumpulan kongsi gelap, masing-masing diketuai oleh Pak Maliki(Piee)(ketua kongsi gelap Melayu), Jimmy 
(ketua kongsi gelap Cina) dan Victor (ketua kongsi gelap India). Antara kekacauan yang ditimbulkan oleh Tumulak termasuklah membunuh orang bawahan Pak Maliki serta anak Victor. Hal ini telah menarik perhatian ASP Shariff untuk menyiasat kejadian yang berlaku. 


      Beliau berlakon dalam filem SEKALI LAGI bersama pelakon hot Lisa Surihani. Yang ni kalau ditanya dalam satu kelas, siapa kenal Lisa Surihani angkat tangan??Mesti rata-ratanya semua pelajar akan angkat tangan. Mia Sara Nasuha pelakon kanak-kanak yang dikenali selepas drama bersiri Adamaya sama berlakon sebagai anak Lisa Surihani. Filem ini aku masih belom tengok lagi kalau ada yang nak taja takde hal.




      Dalam Filem KL GANGSTER arahan anak Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof teritan Skop Production Sdn. Bhd, mesti korang tertanya-tanya kenapa Shaheizy Sam tak berlakon sama kan padaha filem yang macam ni kan 'makanan' beliau? Ok kalau nak tahu kenapa tak berlakon sebenarnya jadual pengambaraan Filem Kongsi dengan Kl Gangster bertembung antara satu sama lain, jadi beliau tak dapatlah berlakun sekali dengan Kl Gangster, sebagai gantinya beliau berlakon dalam Filem SAM(Saya Amat Mencintaimu) terbitan Skop Production arahan adik syamsul Yusof. Kiranya Shaheizy Sam berhutang lah dengan Skop production.


      Sepanjang penglibatan semula beliau dalam lakonan bermula tahun 2006, beliau berjaya  merangkul Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2010.Beliau ni mendapat kereta Nissan Teena 2.0L bernilai RM140,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd. Perh dapat kereta bernilai RM 140 000 free je kan, aku nak dapatkan kereta sebernilai itu pun semput nak bayar bulan-bulan. Tahniah kepada beliau dan sememangnya layak untuk mendapatkannya. Semoga terus sekses dan menghiburkan kami semua.











Life is like a journey. We drive through humps, potholes, highways.. you name it. Find out how DJ Lin lead his life with Proton Persona

Hello you all.


Only the short one for this time. Just to share about one of our national car Proton Persona. This car widely used by Malaysian and these proved that how famous Proton Persona. This car manufactured to replace Proton Wira if i not mistaken, if not correct me please.

To end this writing i would like to share about Proton Persona and 3 deejay and their experiences with it. Just click the link below.
http://www.churpchurp.com/ukashahcharlie/share/proton-persona

Sunday, July 17, 2011

Tak reti masak?jangan bimbang..itu boleh setel

 
    Cuti-cuti ini kan macam-macam boleh buat kan. 4 bulan tu..lama tu..Ada dalam kalangan kita yang sememangnya minat masak tetapi tak yakin kerana tak reti masak. Tak mahu belajar masak ke? Kalau la pandai masak nanti kan, siapa yang senang..diri kita juga, nak makan apa semua boleh masak lagipun masak sendiri memang menjimatkan. Perempuan terutamanya kenalah pandai masak baru boleh jadi calon menantu..Boleh masak kian untuk suami nanti.Ececece jauh pulak perginya.

So apa kaitannya masak dengan post kali ini? Oh memeng ada kaitannya.. Ni nak cerita la ni..Ce citer ceciter..

      Ok, bagi sesiapa yang nak tahu resepi-resepi dan cara masak, boloeh lah lawati laman web ni dengan klik 'highlight' di sebelah -Tempat untuk berkongsi resepi baru!. Pandai masak sememangnya satu kelebihan terutamanya kaum hawa.

     Kini, ramai dikalangan remaja tidak begitu minat dengan aktiviti yang bermanfaat. Bagi mereka, kerja-kerja boleh dilesaikan dengan mengambil pembantu rumah. Namun, sebagai generasi baru kita tidak seharusnya lupa akan aktiviti yang harus dilalui oleh remaja-remaja sekarang..iaitu.. MEMASAK! 


Website ini berkenaan segala macam resepi. Nak belajar masak hanya klik sahaja, dunia di hujung jari kan. Apalagi? Praktik kan apa yang dipelajari untuk memikat bakan mertua.

Maxis launches BlackBerry PlayBook. What are you waiting for?



Good evening everyone.

Hello, today i would like to write in English. Although i am not too fluent in English, i will practice towards it.

I would like to share something. It's about The Blackberry Playbook. Alright, have you all know about that? The Blackberry Playbook is now available at all Maxis Centre.


The wait is over! The BlackBerry PlayBook has arrived, exclusively with Maxis. With true multitasking capability and Flash support for internet browsing, the PlayBook is the tablet for you. Get your new BlackBerry PlayBook at your nearest Maxis Center now!


Click here for more information


Amplify your BlackBerry experience with the Blackberry PlayBook. BB Playbook to pair with your BB phone!.  






Saturday, July 16, 2011

Keputusan Anugerah Planet Muzik 2011

Anugerah Planet Muzik 2011 telah pun menamatkan tirainya. Segala keputusannya telah pun ketahui. Tahniah lah kepada para pemenang.

Yang di 'bold' kan tu pemenang setiap kategori.


1. Vokal Terbaik (Artis Baru Lelaki)
-Aris 1000 X Maaf
-Febrian Cinta Itu Gila
-Igo Kemenangan Cinta
-Sandhy Sondoro Bunga Mimpi
-Sezaire Sezali Matahari

2. Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita)
-Aisya Hasnaa Lagu Mahu Kamu
-Amanda Imani Selamilah Cinta
-Ana Raffali Tolong Ingatkan Aku
-Mytha Seperti Yang Kau Minta
-Roze Harum

3. Vokal Terbaik (Duo/Kumpulan Baru)
-Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet Kalau Berpacaran
-Azlan & The Typewriter Kelibat Si Penyair
-Govinda Bawa Aku Lari
-Projek Pistol Wanita Seluruh Dunia
-Zivilia Aishiteru

4. Kolaborasi Terbaik
-Amarah Siti Nurhaliza & KrisDayanti Audi Mok Siti Nurhaliza
-Berteman Rindu Didicazli & Giselle Didicazli Didicazli
-Harus Bagaimana Atilia & Maliq & d’Essentials Widi Puradiredja Widi Puradiredja
-Kalau Cinta Aliff Aziz & Joanna Panji Panji
-Sayang Dayang Nurfaizah & Marcell Omar K Nuur Iman

5. Artis LelakiTerbaik
-Faizal Tahir Adrenalin
-Glenn Fredly Lovevolution
-Hady Mirza Sang Penyanyi
-Hafiz Masih Jelas
-Judika Setengah Mati Merindu

6. Artis Wanita Terbaik
-Agnes Monica Sacredly Agnezious
-Ana Raffali Ketika Aku Kecil
-Astrid Lihat Aku Sekarang
-Rossa Harmoni Jalinan Nada & Cerita
-Sarah Aqilah Sarah Aqilah

7. DUO/Kumpulan Terbaik
-Andra & The Backbone Love, Faith & Hope
-D’Masiv Perjalanan
-Kotak Energi
-3 Suara – Jaclyn, Ning & Shila 3 Suara
-6ixth Sense + – x /
-Ungu 1000 Kisah 1 Hati

8. Album Terbaik
-Cari Jodoh Wali Sujana
-CTKD Siti Nurhaliza & KrisDayanti Aubrey Suwito, Audi Mok, Charly ST12, Siti Nurhaliza & KrisDayanti
-Energi Kotak Pay BIP
-Ketika Aku Kecil Ana Raffali Aidit Alfian
-Sang Penyanyi Hady Mirza Hady Mirza
-3 Suara – Jaclyn, Ning & Shila Irwan Simanjuntak, Paul Morrison, Kevin Chin & Aylwin Santiago

9. Lagu Terbaik Singapura
-Harum Roze Imran Ajmain & Alif Shah Shamsiri
-Ku Tetap Kan Menunggu Hady Mirza Hady Mirza Hady Mirza
-Lagu Teman The Lion Story feat. Zahidah Haramain Osman Haramain Osman
-Maafkan Ku (Oh Cinta) Faizal Isa Janz Abdullah Aina Azizi & Khairul Anwar
-5 Matahari Sezaire Sezali Haramain Osman Haramain Osman

10. Lagu Terbaik Malaysia
-Awan Nano Hafiz M Nasir Buddhi Hekayat
-Hanyut Faizal Tahir Audi Mok & Faizal Tahir Audi Mok & Faizal Tahir
-Kalau Berpacaran Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet Sohaimi Meor Hassan Sohaimi Meor Hassan, Ana Raffali & Altimet
-Kekanda Adinda Atilia & MonoloQue LoQue LoQue
-Noktah Cinta Hafiz Ajai Sheikh Qalam

11. Lagu Terbaik Indonesia
-Cari Jodoh Wali Apoy Apoy
-Cintailah Aku Sepenuh Hati Ari Lasso Sandy Canester & Pay Ari Lasso
-Karena Ku Cinta Kau Bunga Citra Lestari Dewiq Dewiq
-Pelan-Pelan Saja Kotak Pay & Kotak Dewiq
-Rindu 1/2 Mati d’Masiv Rian d’Masiv Rian d’Masiv

12. Lagu Terbaik
-Awan Nano

13. Artis Singapura Paling Popular
-Hady Mirza 

14. Lagu Singapura Paling Popular
 -Angkasa : Hady Mirza
-Biar Hati Mencintai : Sarah Aqilah
-Dunia Yang Fana : Zaibaktian
-Harum : Roze
-Hingga Ke Akhir : UrbanSensation feat. Rauzan
-Janji : Tujuh
-Kali Pertama : Chosen One
-Kesuma Jiwa : Boy Raven feat. Man Toyak
-Maafkanku (Oh Cinta) : Faizal Isa
-Matahari : Sezaire Sezali
-Menanti Cintamu : Revalina
-Tiada Dua : Taufik Batisah

15. Artis Serantau Paling Popular
-Afgan
-Agnes Monica
-Aliff Aziz
-Faizal Tahir
-Hady Mirza
-Hujan
-Rossa
-Siti Nurhaliza
-Taufik Batisah
-Ungu
-Wali
-Yuna

16. Lagu Ssrantau Paling Popular
-Aishiteru : Zivilia
-Angkasa : Hady Mirza
-Baik-Baik Sayang : Wali
-Berteman Rindu : Didicazli & Giselle
-Cerita Kedai Kopi : Malique feat. Salam
-Join Kopi : Blackout
-Khatimah Cinta : 6ixth Sense
-Ku Pinjam Satu Bintang : Alyah feat. Riz AF
-Masih Disini Masih Denganmu : Goliath
-Menanti Cintamu : Revalina
-Tiada Dua : Taufik Batisah
-Tinggal Kenangan : Saleem

17. Anugerah Khas Planet Muzik
Melly Goeslaw

Bila nak habis rancangan bila Siti Nurhaliza berucap kerana memenangi Anugerah Artis Serantau Paling Popular, Astro pula dah buat hal..siaran tergendala sebentar. Bila dah ok, terus dah habis.. Apeda,sebuk nak naikkan caj Astro.

Tiket percuma untuk menonton Chelsea Football Club Tour di Malaysia. TAK MAIN2 LA

Adakah Malaysia akan menjaringkan gol kali ini dengan Chelsea?

Klik pautan yang bewarna diatas untuk lebih lanjut.

Caranya mudah sahaja. Turut serta dalam mana-mana peraduan dan promosi. Promosi dan peraduan ini sah 1 Julai- 17 Julai 2011. Jangan lepaskan peluang ini.

Ayuh!!

Friday, July 15, 2011

Anugerah Planet Muzik 2011


Salam jumaat kepada semua.

Ketika menulis, sedang berlangsungnya Anugerah Planet Muzik(APM) 2011. APM 2011 didokong oleh Astro Ria, saluran 104 selaku penyiar rasmi untuk 10 tahun berturut-turut. Astro Awani juga dilantik menjadi rakan media APM dengan menyiarkan liputan khas di belakang pentas dan menemuramah bersama artis yang terlibat. Suria FM turut berganding bahu dan pastinya rakam media baru ini akan memperkasakan lagi promosi APM 2011.


Untuk makluman, Anugerah Planet Muzik tidak dianjurkan pada tahun lepas.


Anugerah Planet Muzik 2011 akan diadakan pada Jumaat, 15 Julai 2011 (sekarang pada masa ditulis) di Max Pavilion, Singapore Expo, jam 8.30 malam. Bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104) selama satu setengah jam bermula jam 9 malam.


Kategori-kategori yang dipertandingkan:


1. VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU LELAKI)
BEST VOCAL (NEW MALE ARTISTE)

1. Aris 1000 X Maaf
2. Febrian Cinta Itu Gila
3. Igo Kemenangan Cinta
4. Sandhy Sondoro Bunga Mimpi
5. Sezaire Sezali Matahari

2. VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU WANITA)
BEST VOCAL (NEW FEMALE ARTISTE)

1. Aisya Hasnaa Lagu Mahu Kamu
2. Amanda Imani Selamilah Cinta
3. Ana Raffali Tolong Ingatkan Aku
4. Mytha Seperti Yang Kau Minta
5. Roze Harum

3. VOKAL TERBAIK (DUO/KUMPULAN BARU)
BEST VOCAL (NEW DUO/GROUP)

1. Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet Kalau Berpacaran
2. Azlan & The Typewriter Kelibat Si Penyair
3. Govinda Bawa Aku Lari
4. Projek Pistol Wanita Seluruh Dunia
5. Zivilia Aishiteru

4. KOLABORASI TERBAIK
BEST COLLABORATION

1. Amarah Siti Nurhaliza & KrisDayanti Audi Mok Siti Nurhaliza
2. Berteman Rindu Didicazli & Giselle Didicazli Didicazli
3. Harus Bagaimana Atilia & Maliq & d’Essentials Widi Puradiredja Widi Puradiredja
4. Kalau Cinta Aliff Aziz & Joanna Panji Panji
5. Sayang Dayang Nurfaizah & Marcell Omar K Nuur Iman

5. ARTIS LELAKI TERBAIK
BEST MALE ARTISTE

1. Faizal Tahir Adrenalin
2. Glenn Fredly Lovevolution
3. Hady Mirza Sang Penyanyi
4. Hafiz Masih Jelas
5. Judika Setengah Mati Merindu

6. ARTIS WANITA TERBAIK
BEST FEMALE ARTISTE

1. Agnes Monica Sacredly Agnezious
2. Ana Raffali Ketika Aku Kecil
3. Astrid Lihat Aku Sekarang
4. Rossa Harmoni Jalinan Nada & Cerita
5. Sarah Aqilah Sarah Aqilah

7. DUO/KUMPULAN TERBAIK
BEST DUO/GROUP

1. Andra & The Backbone Love, Faith & Hope
2. D’Masiv Perjalanan
3. Kotak Energi
4. 3 Suara – Jaclyn, Ning & Shila 3 Suara
5. 6ixth Sense + – x /
6. Ungu 1000 Kisah 1 Hati

8. ALBUM TERBAIK
BEST ALBUM

1. Cari Jodoh Wali Sujana
2. CTKD Siti Nurhaliza & KrisDayanti Aubrey Suwito, Audi Mok, Charly ST12, Siti Nurhaliza & KrisDayanti
3. Energi Kotak Pay BIP
4. Ketika Aku Kecil Ana Raffali Aidit Alfian
5. Sang Penyanyi Hady Mirza Hady Mirza
6. 3 Suara – Jaclyn, Ning & Shila Irwan Simanjuntak, Paul Morrison, Kevin Chin & Aylwin Santiago

9. LAGU TERBAIK SINGAPURA
BEST SONG (SINGAPORE)

1. Harum Roze Imran Ajmain & Alif Shah Shamsiri
2. Ku Tetap Kan Menunggu Hady Mirza Hady Mirza Hady Mirza
3. Lagu Teman The Lion Story feat. Zahidah Haramain Osman Haramain Osman
4. Maafkan Ku (Oh Cinta) Faizal Isa Janz Abdullah Aina Azizi & Khairul Anwar
5. 5 Matahari Sezaire Sezali Haramain Osman Haramain Osman

10. LAGU TERBAIK MALAYSIA
BEST SONG (MALAYSIA)


1. Awan Nano Hafiz M Nasir Buddhi Hekayat
2. Hanyut Faizal Tahir Audi Mok & Faizal Tahir Audi Mok & Faizal Tahir
3. Kalau Berpacaran Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet Sohaimi Meor Hassan Sohaimi Meor Hassan, Ana Raffali & Altimet
4. Kekanda Adinda Atilia & MonoloQue LoQue LoQue
5. Noktah Cinta Hafiz Ajai Sheikh Qalam

11. LAGU TERBAIK INDONESIA
BEST SONG (INDONESIA)

1. Cari Jodoh Wali Apoy Apoy
2. Cintailah Aku Sepenuh Hati Ari Lasso Sandy Canester & Pay Ari Lasso
3. Karena Ku Cinta Kau Bunga Citra Lestari Dewiq Dewiq
4. Pelan-Pelan Saja Kotak Pay & Kotak Dewiq
5. Rindu 1/2 Mati d’Masiv Rian d’Masiv Rian d’Masiv

12. LAGU TERBAIK
BEST SONG

13. ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR
MOST POPULAR SINGAPORE ARTISTE

1. SG1 Aliff Aziz SG11 Rancour
2. SG2 Didicazli SG12 Revalina
3. SG3 Diorama SG13 Roze
4. SG4 Dynda SG14 Sarah Aqilah
5. SG5 Faizal Isa SG15 Sezaire Sezali
6. SG6 Farhan Shah SG16 Sleeq
7. SG7 Fauzie Laily SG17 Syed Azmir
8. SG8 Hady Mirza SG18 Taufik Batisah
9. SG9 Hyrul Anuar SG19 The Lion Story
10. SG10 Imran Ajmain SG20 The Sallys

14. LAGU SINGAPURA PALING POPULAR
MOST POPULAR SINGAPORE SONG

1. LP1 Angkasa : Hady Mirza
2. LP2 Biar Hati Mencintai : Sarah Aqilah
3. LP3 Dunia Yang Fana : Zaibaktian
4. LP4 Harum : Roze
5. LP5 Hingga Ke Akhir : UrbanSensation feat. Rauzan
6. LP6 Janji : Tujuh
7. LP7 Kali Pertama : Chosen One
8. LP8 Kesuma Jiwa : Boy Raven feat. Man Toyak
9. LP9 Maafkanku (Oh Cinta) : Faizal Isa
10. LP10 Matahari : Sezaire Sezali
11. LP11 Menanti Cintamu : Revalina
12. LP12 Tiada Dua : Taufik Batisah

15. ARTIS SERANTAU PALING POPULAR
MOST POPULAR REGIONAL ARTISTE

1. AS1 Afgan
2. AS2 Agnes Monica
3. AS3 Aliff Aziz
4. AS4 Faizal Tahir
5. AS5 Hady Mirza
6. AS6 Hujan
7. AS7 Rossa
8. AS8 Siti Nurhaliza
9. AS9 Taufik Batisah
10. AS10 Ungu
11. AS11 Wali
12. AS12 Yuna

16. LAGU SERANTAU PALING POPULAR
MOST POPULAR REGIONAL SONG

1. LS1 Aishiteru : Zivilia
2. LS2 Angkasa : Hady Mirza
3. LS3 Baik-Baik Sayang : Wali
4. LS4 Berteman Rindu : Didicazli & Giselle
5. LS5 Cerita Kedai Kopi : Malique feat. Salam
6. LS6 Join Kopi : Blackout
7. LS7 Khatimah Cinta : 6ixth Sense
8. LS8 Ku Pinjam Satu Bintang : Alyah feat. Riz AF
9. LS9 Masih Disini Masih Denganmu : Goliath
10. LS10 Menanti Cintamu : Revalina
11. LS11 Tiada Dua : Taufik Batisah
12. LS12 Tinggal Kenangan : Saleem

17. ANUGERAH KHAS PLANET MUZIK
PLANET MUSIC SPECIAL AWARD

Peluang pandu uji VIP Proton Inspira

Proton Inspira offered vip test drive for those lucky.Come on and hurry up
http://says.my/ukashahcharlie/proton-testdrive-melaka

Pautan di atas terus ke page berkenaan. Tak mahu komen banyak-banyak, cuma pergi lah explore sendiri.

Wednesday, July 13, 2011

Hanya Terdapat di Universiti/Kolej.



Masa zaman sekolah dulu kala, semuanya teratur almaklumlah tinggal dengan ibu bapa. Bila dah masuk u atau kolej segalanya berubah. Ibu bapa tiada di sisi dan kena la pandai-pandai uruskan diri. Banyak berubahnya diri bila dah masuk universiti/ kolej ni tau.

1. Tidur pukul 2.30 am adalah yg paling awal. Ni memang biasa bagi kebanyakan. Sama ada study atau buat benda lain selain study. 

2. Mandi menjadi kurang penting. Haa..ada gak ni. 

3. Tidur menjadi benda yg penting. (selama mana pun anda tidur anda tetap akan mengantuk). 

4. Kitar semula dah sebati dlm p'gunaan pakaian ("Oh, jeans aku msih boleh bertahan hingga tahun depan..kotor sikit je"). Ni sapa yang x pernah buat? Tak tau la sama ada sibuk atau malas nak cuci baju.

5. Makan dua kali sehari adalah standard. Ada yg sekali je. Ini benda biasa...Majoritinya katanya nak save duit.

6. 10 minit lebih dari cukup masa untuk bersiap-siap untuk kelas pertama anda. Kalau di sekolah dulu, lambat datang sekolah kena tindakan disiplin, kurang-kurang pun kena tulis nama oleh pengawas.

7. Jika ruangan kuliah cukup besar, peluang untuk pinjam nota orang lain.

8. untuk sesetengah, tidakkah anda suka bila buku yg ditulis oleh pensyarah anda sendiri selalu diperlukan untuk kelas nya?

9. Paper yg 10 muka surat dulu kira mustahil, sekarang dah jadi kemestian.

10. Anda takkan perasan yg ramai org lebih bijak / kurang bijak dari anda.

11. Makanan ringan spt maggi jadi makanan kegemaran.

12. Belajar mencintai roomate anda, terutama bila dia meninggalkan bilik anda.

13. Untuk kelas. Lagi lambat lagi bagus. Menguap dalam kelas dah jadi kebiasaan :)

14. Anda takkan dpt bygkan sejauh mana sunyi nya rumah anda. (meriah yg amat sgt)

15. Majalah/ komic merupakan bahan bacaan dalam falsafah anda. Ada yang baca komik online ajer.


16. Tidakkah anda akan rasa hebat bila boleh berjaga lewat malam tanpa buat apa2, tp dapat melelapkan mata semasa dikelas plg minimum 5 saat.

17. Kawasan melepak jadi tempat berharga.

18. Anda tidak akan terlepas dgn "toyol". 

19. Study last minute akan menjadi kebiasaan.

20. Yg terakhir, hidup anda tidak akan sama spt dulu :)

SPONSORED