Paparan

SPONSORED

Sunday, August 28, 2011

Lebuhraya Senai-Desaru(SDE) Pun Mahu Kasi Dikaun Tol

Salam Ramadan Al-Mubarak.

Malam 29 Ramadan dan baru selesai Terawih. Alhamdulillah..








Pernah dengar tak pasal Lebuhraya Senai-Desaru? Mesti ramai yang tak pernah dengar tentang kewujudan lebuhraya/highway ni. Sememangnya ni lebuhraya baru. Lebuhraya ni telah siap sepenuhnya dan dibuka kepada umum pada 10 Jun 2011(tu memamg baru aje kan). Lebuhraya ini dikenali sebagai SDE- Senai-Desaru Expressway.

Berita Harian
Sempena Aidilfitri ini Lebuhraya Senai-Desaru nak kasi juga la diskaun tol macam yang biasa lebuhraya PLUS buat. Ini sumber sahih daripada BERNAMA. Ketua Kewangan dan Perkhidmatan Korporat Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) Jamal Abd Nasir Taharim berkata diskaun tersebut akan diberikan pada Hari Raya pertama dan kedua. 

Bagi plaza masuk Senai dan keluar di plaza tol Ulu Tiram, Cahaya Baru dan Penawar, kadar biasa RM3.70, RM7.60, dan RM11.20 masing-masing dikurangkan kepada RM3, RM6.10 dan RM9, katanya dalam kenyataan.


Kadar biasa bagi plaza masuk Ulu Tiram dan keluar di plaza tol Senai, Cahaya Baru dan Penawar bernilai RM3.70, RM4.70 dan RM8.20 masing-masing dikurangkan kepada RM3, RM3.80 dan RM6.60. 


Bagi plaza masuk Cahaya Baru dan keluar di plaza tol Senai, Ulu Tiram dan Penawar, kadar biasa RM7.60, RM4.70 dan RM5.90 masing-masing dikurangkan kepada RM6.10, RM3.80 dan RM4.70. 


Kadar biasa bagi plaza masuk Penawar dan keluar di plaza tol Senai, Ulu Tiram dan Penawar bernilai RM11.20, RM8.20 dan RM5.90 masing-masing dikurangkan kepada RM9, RM6.60 dan RM4.70. -BERNAMA

Lebuhraya ini menghubungkan Senai, Ulu Tiram, Pasir Gudang dan Penawar/Desaru. Senang cerita lebuhraya ini nak memudahkan dan mempercepatkan perjalanan ke Desaru. Sebelum terbinanya SDE,Dari Senai ke Desaru memakan masa 2 jam. Jalan Persekutuan 3 dan 92 satu-satunya jalan nak ke Desaru.Dengan hanya SDE ni hanya 45 minit sahaja..


Nak ringkaskan macam ini la cuba lihat imej dibawah ni. Jarak masa antara persimpangan keluar.
Lebuhraya ni sepanjang 77km. Jarak antara simpang-simpang:




  • Senai ke Ulu Tiram – lebih kurang 23 km.


  • Ulu Tiram ke Cahaya Baru – lebih kurang 20 km.


  • Cahaya Baru ke Pasir Gudang – lebih kurang 7 km


  • Cahaya Baru ke Penawar (Desaru) – lebih kurang 27 km.






  • Jambatan Sungai Johor
    Lebuhraya ini menyeberangi Sungai Johor. Besar tau Sungai Johor ni. Ini mewujudkan mercu tanda di Sungai Johor.

    Banyak kelebihan menggunakan Lebuhraya ni (SDE) :
    1. Perkhidmatan panggilan kecemasan di setiap 2 km di sepanjang lebuhraya E22.
    2. Perkhidmatan percuma Pasukan Keselamatan  yang sentiasa mengawasi, memantau dan membantu pengguna lebuhraya 24 jam sehari. Skop perkhidmatan adalah terhad kepada pembaikan kecil dan perkhidmatan tow ke plaza tol atau kawasan Rehat dan Rawat berhampiran dan hanya tertakluk kepada kenderaan Kelas 1 dan Kelas 4 sahaja.
    3. Lebuhraya menghubungkan  terus dengan laluan ke Lapangan Terbang Senai dan merupakan jalan terpantas dari arah Kota Tinggi, Pasir Gudang dan Penawar / Desaru.
    4. Jambatan Sungai Johor
    5. Menyediakan kawasan Rehat & Rawat untuk keselesaan pengguna lebuhraya.


    Di sepanjang 77 km lebuhraya  ini, pengguna disajikan dengan pemandangan indah dengan adanya pusat tanaman orkid, kolam, hutan paya bakau, jambatan merentangi Sungai Johor dan banyak lagi

    Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi lebuhraya SDE.

    Akhir sekali, diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke-54.


    Entri ini ada sambungan akan datang di Pengalaman Guna Lebuhraya Senai-Dearu(SDE) ke Pasir Gudang.

    Friday, August 26, 2011

    Bukan selalu dapat Sambut Raya dengan Merdeka sekali gus..

    Assalamualaikum dan salam  kepada semua yang sudi singgah ke sini.







    Hari ini 26 Ogos 2011, bersamaan 26 Ramadan dan ini bermakna dah 26 hari kita semua berpuasa dalam bulan Ramadan. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat berpuasa dengan jayanya. Dari sini terbau ayam goreng..buat berbuka puasa. 


    Jarang-jarang 1 Syawal dan Ulang Tahun Kemerdekaan negara Malaysia  berlaku hampir serentak. Malah selepas 1 Syawal, iaitu 2 Syawal. Kalau ikutkan jangkaan kita akan menyambut 1 Syawal pada 30 Ogos 2011. Kali ini saya dan beberapa kelompok seumur dengan saya dapat berpuasa penuh di kampung/rumah setelah 4 tahun berpuasa luar dari rumah, maksud kata di asrama dan di kolej.

    Kat corong-corong radio dah banyak dah pasang lagu raya. Kuih raya tahun ini buat la juga selain beli kerepek-kerepek buat raya nanti. Rumah pun dah mula dikemaskan dan anak-anak mula pulang berhari raya.

    Pulang berhari Raya pada tahun ini sudah tentunya lebih best daripada biasa kerana sambut sekali Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-54.Ramai yang dapat cuti 2 minggu. Sekarang ini pun ada yang dah sampai kampung halaman.

    Adakah 1 Syawal jatuh pada 30 Ogos seperti tertulis/tercatat di Kalender? Tempat-tempat melihat anak bulan telah ditentukan seperti dilaporkan berita-berita pada 29 Ogos. Malam tu juga akan mengumumkan bila jatuhnya 1 Syawal.

    Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

    Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.



    30 tempat telah ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal. Nak tahu tak di mana?


  • Pontian Kecil di Johor;

  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka);

  • Teluk Kemang (Negeri Sembilan);

  • Bukit Melawati (Selangor);

  • Pulau Angsa (Selangor);

  • Bukit Jugra (Selangor),

  • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor);

  • Pantai Pasir Panjang (Perak);

  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang);

  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah);

  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah);

  • Menara Alor Setar (Kedah).

  • Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu);

  • Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu);

  • Pulau Perhentian (Terengganu);

  • Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu),

  • Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan);

  • Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan);

  • Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).

  • Tanjung Lubang, Miri (Sarawak);

  • Teluk Bandung, Kuching (Sarawak),

  • Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak);

  • Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah;

  • Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang);

  • Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang);

  • Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

  • Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan);

  • Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur);

  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya,

  • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

  • Sumber: BERNAMA


    Kat negeriku Johor, cuma ada satu tempat yang ditetapkan iaitu di Pontian Kecil.


    Ramadan dah nak habis, dah bayar zakat fitrah belum?

    Bersempena dengan itu juga, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dan juga Salam Kemerdekaan.

    Wednesday, August 17, 2011

    Isu Fatwa Larangan Bacaan Al-Quran Guna Pembesar Suara Sebelum Subuh di Pulau Pinang:Lebih Pro daripada Cons

    logo MAIPP


    Salam Ramadan Al-Mubarak.


    Hari ini malam Ramadan ke-17, maknanya dah lebih 2 minggu dah kita berpuasa di bulan yang mulia ini. Bulan Ramadan yang datang hanya sekali dalam setahun wajar diambil peluang untuk melipat gandakan amalan dan pahala. Semoga amal ibadat kita diterima Allah.


    * * *

    Baru-baru ini, kita semua dihidangkan dengan berita tentang tajuk entri ini, iaitu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum waktu subuh. Berita ini masih baru dan juga masih panas. Isu ini melibatkan agama kita dan pelbagai-bagai pendapat tentang isu ini. Ada yang MENYOKONG larangan ini dan ada yang MEMPERSOALKAN larangan ini yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

    Namun begitu, dalam banyak-banyak suara yang didengar, saya mendengar lebih banyak yang MENYOKONG larangan ini. 

    Fatwa larangan pembesar suara di Pulau Pinang yang dibuat Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kini menerima pelbagai sokongan daripada pelbagai pihak, termasuk mufti Perlis, Juanda Jaya, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kerana ia bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur cuba dipolitikkan Umno sebagai satu keputusan negeri Pulau Pinang.

    Ini pula yang KONS. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kelmarin dipetik sebagai cuba menyalahkan kerajaan negeri Pulau Pinang atas tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tersebut dengan menyatakan “perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam.”

    Saya menulis bukan atas dipengaruhi oleh sentimen politik kepartian. Kita sebagai rakyat biasa dapat memerhati dan analisis suara-suara ini.

    Baiklah, saya tak mahu hanya sekadar omongan kosong sahaja kerana saya sedar siapalah saya nak berkata-kata, saya akan sertakan dengan keratan ataupun link ke sumber-sumber yang berkaitan. SAYA HANYA SEKADAR BERKONGSI, PENDAPAT DAN ULASAN AMATLAH DIALU-ALUKAN.

    Isunya bukanlah larangan Azan. Jangan terkeliru.

    *Ini sumber daripada Utusan:

    Amalan Islam bakal tergadaiOleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
    pengarang@utusan.com.my 
    KUALA LUMPUR 15 Ogos - Satu demi satu amalan agama dan tradisi umat Melayu Islam di negara ini bakal tergadai sekiranya tiada pihak mahu mempertahankannya semata-mata kerana mengejar kepentingan politik pihak tertentu.  
    Dalam isu terbaru berkenaan larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara yang disokong oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara itu jelas membuktikan undi rakyat adalah lebih penting daripada mempertahankan akidah Islam.
    Justeru katanya, adalah lebih baik pemimpin Pas menukar slogan perjuangan mereka kepada 'Berjuang Demi Undi' yang memberi maksud 'Aku mesti menang walaupun Islam kalah'. 
    ''Nampaknya hujan sudah naik ke langit. Agaknya Menteri Besar Kelantan dan pemimpin Pas lain tidak lagi berhasrat menggunakan pembesar suara apabila memberi tazkirah atau program qiyamullail di masjid atau surau walaupun jumlah jemaah ramai," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini. 
    Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat 7 April lalu memutuskan, membaca al-Quran dengan pembesar suara di masjid dan surau adalah dilarang mengikut hukum syarak. 
    Dalam pada itu, Presiden Ikatan Muslim Malaysia, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, jabatan agama Islam negeri perlu membuat penelitian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang fatwa. 
    Katanya, selagi tidak mendapat bantahan besar masyarakat termasuk penduduk bukan Islam, amalan Islam harus diteruskan. 
    ''Kita perlu teliti apakah sebab-sebab yang mendorong larangan itu dibuat, adakah sebab itu merupakan sebab hakiki atau tidak mahu Islam lebih tinggi atau terdapat sebab lain? Ulama tidak boleh mengeluarkan fatwa hanya kerana berdasarkan andaian," katanya.









    Sudahkah membaca apa yang saya ambil sumbernya dari Utusan? Anda boleh menilai sendiri tanpa dipengaruhi oleh cakap-cakap yang boleh mempengaruhi minda. 


    Ini pula berkenaan yang MENYOKONG larangan bacaan Al-Quran guna pembesar suara sebelum waktu Subuh. Pelbagai pihak menyokong,  termasuk mufti Perlis, Juanda Jaya, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi.


    *Ini pula kenyataan daripada bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Sumner ini diperolehi melalui blog beliau http://drmaza.com/home/?p=1546



    SAYA MENYOKONG KEPUTUSAN S.S MUFTI PULAU PINANGProf Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
    (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)


    Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;

    1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
    2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
    3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
    4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
    “Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
    Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
    Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
    “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini..boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin:http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
    Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
    5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
    “Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
    Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
    Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.

    Dah baca penjelasan daripada Dr Asri? Jika belum silakan membaca. Saya mengambil sumber-sumber kerana saya TIDAK MAMPU memberikan kenyataan, nanti dianggap kenyataan saya ini berat sebelah.





    Tuesday, August 16, 2011

    Pelajar Malaysia Mangsa Samun Rusuhan London

    Salam Ramadan Al Mubarak/ Happy Ramadan


    Selesai Tarawih malam ke-16. Syukur Alhamdulillah kerana dapat menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadan dengan baik.

    *  *  *

    Baru-baru ini rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita tentang seorang rakyat Malaysia yang belajar di London semasa rusuhan baru-baru ini. Berita ini mendapat perhatian di seluruh dunia.


    Klip video YouTube mengenai seorang pelajar Malaysia disamun di Barking, East London menurut sumber-sumber pemantauan British, telah ditonton hampir 3000 orang! Ia disenaraikan sebagai video klip ke-7 dunia yang paling banyak ditonton!





    Malah, kejadian itu turut dikesali Perdana Menteri Britain David Cameron yang telah menonton filem itu,yang menganggap kejadian itu sebagai simbol ikon keganasan yang tidak sepatutnya berlaku di London. Beliau (PM Britain) menyifatkan serangan terhadap pelajar Malaysia berkenaan sebagai satu kutukan menyakitkan dan meluatkan. Wah, Perdana Menteri Britain siap tengok video tu kan.


    Sambil menyifatkan rusuhan itu sebagai jenayah, tulen dan mudah, P.M Britain ini mengumumkan beberapa langkah bertujuan membawa dalang serangan berkenaan ke muka pengadilan. 
    Tangkapan pertama berkaitan dengan serangan itu dan samun terhadap Asyraf telah dibuat. 



    Reese Donovan, berumur dalam lingkungan 20-an dan tinggal di East London, didakwa merompak telefon bimbit jenis Nokia dan PSP jenis Sony Asyraf. 

    Donovan adalah salah seorang anggota kumpulan remaja lelaki yang berpura-pura membantu pelajar Malaysia itu yang telah jatuh di mana giginya patah serta cedera di rahang setelah beliau diserang dan disamun oleh perusuh. 

    Klip video itu menunjukkan Donovan bukan menolong Asyraf tetapi mengambil barang-barangnya dari beg sandang di belakangnya yang dikatakan semuanya bernilai 300 pound. 



    Beliau (Asyraf) diserang oleh sekumpulan budak-budak lelaki dan basikalnya dicuri oleh mereka yang berumur tidak lebih 12 tahun. 


    Ok, cerita Asyraf kisahnya begini. Ini kata-kata daripada Asyraf sendiri dipetik daripada akhbar The STAR:

    "Mereka bersenjatakan pisau. Yang paling muda rasa2nya masih di sekolah rendah. Mulanya mereka bukan hendak menyerang saya tetapi mereka hanya mahukan basikal saya. 
    "Kemudian salah seorang daripada mereka masukkan tangannya dalam poket sweater saya dan mengambil telefon bimbit saya. Selepas itu dia merentap basikal saya. Seterusnya saya tak tahu apa  berlaku. Sedar2 mulut saya berdarah Mungkin saya ditumbuk.
    "Mereka kemudiannya pergi dari situ. Orang lain datang membantu. Tetapi mereka bukannya membantu tetapi mengambil barang2 saya dari beg galas saya," 


    Beliau dirawat di Royal London Hospital.


    Berita ini mendapat perhatian Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Simon Featherstone yang telah melawatnya. Featherstone, yang ketika itu sedang bercuti di United Kingdom (UK) melawatnya selepas pelajar 20 tahun itu dibenarkan keluar dari Royal London Hospital. Selepas kunjungan itu, beliau menyifatkan Asyraf sebagai ‘seorang anak muda yang mengagumkan dan duta yang baik bagi Malaysia’.


    Keazamannya untuk meneruskan pengajiannya walaupun dilanda insiden ini harus dipuji. Semoga cepat sembuh dan teruskan keazamannya serta tidak putus asa.


















    Saturday, August 13, 2011

    Sinetron Amanah Dalam Cinta yang pendek sebenarnya..





    Salam Ramadan.


    Sinetron Amanah dalam Cinta sedang ditayangkan di TV3 pukul 2 petang. Sinetron ini hanyalah 54 episod sahaja. Sinetron ni dah ditayangkan dah kat Indonesia, siaran RCTI


    Jadi aku rasa sinetron ini sememangnya pendek kan. Siap panjang-panjangkan ceriter...Ingatkan lama lagi nak habis, sekali 54 episod saja..Aku anggap kalau sinetron negara seberang ni mesti panjang ceriternya macam Sinetron Bawang Merah Bawang Putih sampai episod berapa entah tak ingat.


    Sinetron Bawang Merah Bawang putih punyer la panjang berjela-jela..sampaikan menjadi fenomena rakyat Malaysia masa aku darjah tingkatan 3, tahun 2006 kalau tak silap. Pergi klinik punyerlah lambat layanan padahal pengunjung takdelah ramai mana. Sekali sekodeng jengah.. mak ai..layan sinetron Bawang Merah Bawang Putih sampaikan kepala tu straight ajer depan tv tak toleh kiri kanan. 


    Kiranya Bawang Merah Bawang Putih ni menjadi fenomena la ek masa tu, sampaikan pelakon yang watak jahat macam siska(Nia Ramadhani) dan maknya kena sumpah seranah. Pelakon pelakon tu ada datang Malaysia, dia cakap saya ni kena maki sebab jahat, padahal lakonan je (aku translate dalam bm). Si siska a.k.a Nia Ramadhani terus popular, buka je tv siaran sinetron mesti dia ni ada berlakon.


    Astro sekarang ini pun tawarkan pakej Indopek, ada dua siaran semuanya Indonesia, Bintang dan Pelangi. Astro sebelum tu tawarkan pakej Mustika, kalau nak tengok Maharaja Lawak kena langgan pakej Mustika. Perh, dahsyat betul pengaruh cerita dari negara seberang, sampaikan Astro siap buat pakej Indopek(betul ke ejaan aku ni?). Ini mungkin strategi Astro untuk melipatgandakan keuntungan, yelah warga asing Indonesia pun ramai kat Malaysia ni ha. Ramai dah ada Astro. Aku pergi Klang, ramai betul geng-geng mereka ni.


    Ok lah, teruskan pasal sinetron Amanah dalam Cinta ini. Aku tengok jugak la sinetron ini tapi takdelah ikuti sangat..itupun mak yang ikuti sinetron ni. Nak tengok tv terpaksa lah tengok sekali. 


    Tapi aku ini bukanlah peminat sinetron. Bagi aku la, sinetron terlalu banyak episod, ceritanya lama nak habis dan macam yang baik asyik kena buli je. Balik-balik ada masalah lepas tukadang-kadang macam sakit hati aje tengok.


    milo panas.sedapp..
    Aku tengok yang episod hari Khamis 11 Ogos 2011, alah Khamis baru-baru ni. Si Julie dan air milo Milo nak kahwin, ader ajer maslah kena ugut pulak. Si Julie ini nak keluar pergi upacara perkahwinannya, diugut atau diancam jangan keluar rumah. Bila dah dapat keluar rumah, terus la si Julie ni ke majlis tu. Julie siap suruh pemandu bawah laju biar cepat sampai. Bila dah sampai si Milo ni baru nak diakad kan dengan si Alia, Milo belum lafaz akad lagi. Yang si Julie ni pun satu hal, sempat sampai kenapalah ko tengok ajer, tak halang..Apa guna ko suruh pemandu tu bawah laju sikit kan. 


    Memang sinetron ni melengahkan-lengah kan cerita kan.


    Lagi satu, cerita ni jadi panjang sebab si Julie ni tak berterus terang dengan keluarga besar Vino saper dia sebenarnya. Dia tak jelaskan siapa dia sebenarnya sampaikan macam-macam hal berlaku waktu tu.











    SINOPSIS: (Kredit kepada Sinemart, www.sinemart.com)
    JULIE adalah gadis yang periang, berani dan mempunyai kepribadian yang yang menarik, meski pun kadang ia suka jail dan nakal. Tingkah lakunya selalu bikin orang-orang gampang banget sayang sama dia. Nggak jarang kalo JULIE melakukan kesalahan, orang-orang justru memaklumi perbuatannya…. dan memaafkan.

    JULIE sekarang tinggal bersama keluarga pamannya, AHMAD dan MURNI. Tetapi karena Ahmad terlalu protektif padanya, sampai memutuskan di sekolah mana Julie harus kuliah dan dengan siapa Julie harus menikah. Julie pun memutuskan pergi ke Jakarta. Keputusan itu pun ia ambil karena bujuk rayu RADIT yang meyakinkan Julie bahwa di Jakarta ia dapat menggapai impiannya untuk sekolah dan menjadi koki terkenal.

    Tetapi ternyata Radit menipunya dengan mencuri semua uang Julie saat tertidur di bis. Julie menangis karena bingung harus bagaimana. Saat merenungi nasib, bis yang Julie tumpangi mengalami kecelakaan. Sepasang suami istri yang terluka parah, ARVINO dan MEETHA, yang ia kenal selama di bis pun meminta pertolongannya untuk melanjutkan perjalanan mereka berdua untuk mengenalkan VINO, anak mereka, ke keluarga besarnya di Jakarta. Julie tak kuasa menolak amanah tersebut. Karena ternyata diketahui hanya Julie dan Vino lah yang selamat dalam kecelakaan tersebut.

    Julie pun melanjutkan perjalanannya untuk memenuhi amanah Arvino dan Meetha. Di sinilah perjalanan hidupnya yang penuh lika liku dimulai. Dengan terpaksa ia harus menyamar sebagai Meetha setelah bertemu dengan keluarga besar Arvino. Julie pun bertemu dengan MILO, adik Arvino, yang ternyata adalah pria yang dulu hendak dijodohkan Ahmad padanya. Itu pun Julie ketahui setelah tanpa sengaja ia akhirnya membuka amplop yang dulu pernah Ahmad berikan padanya. Tetapi Milo terlanjur menganggapnya sebagai kakak ipar. Julie pun bingung harus bagaimana, padahal semakin lama hubungan mereka semakin dekat.

    Masalah semakin pelik ketika kedekatannya dengan Milo membuat rekan kerja Milo, ALYA, yang selalu mengejar cinta Milo cemburu berat. Sehingga Alya selalu berusaha menjauhkan Julie dari Milo.

    Apa akan terjadi terhadap hidup JULIE selanjutnya? Apakah JULIE akan bisa menikah dengan MILO? Apakah rahasia JULIE akan terbongkar, dan JULIE sanggup menjelaskan kepada semua orang di dalam rumah ini mengenai hal yang sebenarnya?

    Konflik jadi semakin tajam, dan mengharukan… 



    Sinopsisnya dalam bahasa Indonesia sebab sumber daripada syarikat penerbit, Sinemart.


    Sinetron ini berlagu temakan Jangan Menyerah, oleh D'Masiv. Kalau nak tengok liriknya, ada ni ha



    tak ada manusia
    yang terlahir sempurna
    jangan kau sesali
    segala yang telah terjadi
    kita pasti pernah
    dapatkan cobaan yang berat
    seakan hidup ini
    tak ada artinya lagi

    reff1:
    syukuri apa yang ada
    hidup adalah anugerah
    tetap jalani hidup ini
    melakukan yang terbaik
    tak ada manusia
    yang terlahir sempurna
    jangan kau sesali
    segala yang telah terjadi

    repeat reff1
    reff2:
    Tuhan pasti kan menunjukkan
    kebesaran dan kuasanya
    bagi hambanya yang sabar
    dan tak kenal putus asa

    repeat reff1
    repeat reff2

    Kalau nak tau ending nya, boleh tau daa.. Kat Indon kan dah tayang dulu kan, cuma kat sini tak nak tunjuk tak feeling la nanti nak tengok.


    See you next time. 





    Wednesday, August 10, 2011

    Promosi Raya PROTON

    Salam Ramadan Al-Mubarak.


    Hari rabu, blogger sekarang masing-masing nak letak wordless Wednesday. Tapi saya tak lagi kot. Hari ini hari ke-10 dalam bulan Ramadan, bermakna sepuluh hari dah kita semua menjalani ibadah puasa.


    Sempena Syawal yang bakal menjelang (ceh,puasa masih awal), macam-macam promosi ditawarkan kepada pelanggan untuk menarik minat pelanggan. Promosi perabut lah, langsir, baju raya dan sebagainya.











    Tapi ini nak kongsikan pasal promosi dari pihak pengeluar kereta nasional, Proton. 


    Sempena Raya ini, Proton menawarkan promosi Raya bersempena dengan kedatangan Syawal, macam-macam ada.Proton menawarkan promosi apabila beli kereta baru Proton. Tawaran hanyalah sah untuk pendaftaran dari 1-31 Ogos 2011. Raya ni tak nak tukar kereta ke?

    Sunday, August 7, 2011

    Kadar zakat Fitrah di Malaysia

    Assalamualaikum dan selamat berpuasa.

    Agak lama la gak tak update blog dalam bulan Ramadan. Agak sibuk juga dengan amal ibadat(ecewah). Tak ada masa yang banyak cuma kali ini sekadar berkongsi sedikit pasal kadar zakat fitrah mengikut negeri-negeri dan wilayah di Malaysia.

    zakat mengikut negeri
    Memang kasi gambar extra large biar kasi nampak satu-satu. Takde la kena cari kanta pembesar yang zaman belajar sains zaman persekolahan.(teringat lak).

    Ok, takkan setakat kasi info kadar zakar aje kan, jadi dengan penuh rajinnya saya tambahkanlah apa yang patut. Dapat lah tulis dalam bentuk 'point' biar senang baca.

    Syarat Zakat Fitrah:

    1. Islam.Itu mesti la kan.
    2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
    3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.


    Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya (ijtihad) mengikut setiap negeri berkenaan berapa nilainya.Camni, ikut nilai segantang Baghdad beras, correct me if wrong.











    Bila nak keluarkan zakat? Waktunya terbahagi kepada 5:



    Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
    Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
    Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
    Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.


    Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.




    Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah


    Tunaikanlah kewajipan sebagai hamba-Nya.Keluarkan zakat untuk menyucikan harta.

    Saya masih dalam tanggungan, jadinya..ketua keluarga la yang membayarnya kan. Selamat bersahur.

    Monday, August 1, 2011

    Perihal RAMADAN, sekadar berkongsi


    Salam buat semua. Dah tengah hari tetapi belum lunch. Ini bermakna hari ini puasa di bulan Ramadan. Saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah khusus dalam bulan Ramadan seperti solat Terawih. Hari ini hari pertama dalam bulan Ramadan.


    Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak yang penuh berkat ini, saya ingin kongsi mengenai bulan Ramadan.


    Ramadan adalah bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Bulan ini mewajibkan umat Islam berpuasa seperti yang termaktub dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:


    Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...


    Peristiwa semasa Ramadan
    Turunnya al-Qur'an. Para ulama bersetuju bahawa Al Quran mula diturunkan pada bulan Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas.  Ahlu sunnah wal jamaah  menerima bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan  dan oleh itu 17 Ramadan diperingati sebagai hari turunnya wahyu(Nuzul Quran) buat pertama kalinya. Pada malam tersebut surah Al-'Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di Gua Hira.. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.


    Lailatul Qadar adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan dalam Al-Quran pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan. Bila berlakunya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. SebahagianMuslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.










    Amalan dalam bulan Ramadan:
    Bulan Ramadan sinonim dengan puasa Ramadan, solat Tarawih dan Zakat Fitrah.


    Puasa Ramadan

    Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Selama berpuasa, mereka harus menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.
    Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa . Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Semasa berbuka puasa, disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu kurma atau tamar.

    Solat Tarawih:
    Pada malam harinya, setelah solat Isyak, umat Islam meneruskan ibadahnya dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jama'ah.


    Zakat Fitrah
    Zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Sunat Aidilfitri. Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat jenis ini . Nilai zakat fitrah yang harus dikeluarkan per individu adalah satu gantang makanan ruji di daerah bersangkutan. Jumlah ini adalah setara dengan 2.70 kg beras.


    Bulan Puasa ini mesti terkenalnya Bazar Ramadan kan? Fenomena ini dilihat di negara-negara penduduk majoriti Islam macam kat Malaysia. Petang-petang, dapat dilihat di tapak-tapak pasar malam atau kawasan lapang, gerai-gerai yang menjual juadah berbuka puasa.Macam -macam ada dijual kat bazar ramadan...kecur jer tengok..Ada murtabak, ayam golek, air katira dan tak larat nak sebut banyak-banyak. Bazar Ramadan menjana ekonomi penduduk setempat. Janganlah fikirkan soal makanan untuk berbuka kerana fokus kita dalam bulan Ramadan ini kan nak beramal ibadat.


    Ok, nak wish, puasa kasi full tau kepada sesiapa yang tidak uzur.

    SPONSORED