Paparan

SPONSORED

Thursday, October 6, 2011

RIP Steve. Pengasas Apple Tinggalkan Legasinya kat Dunia.



Salam buat semua.


Hari ini dapat tahu bahawa Steve Jobs telah pergi buat selama lamanya..Baru balik kuliah terus online, tapi berita ini rasanya masih ramai yang belum tahu. Takpe, kat sini nak bagitahu.


Siapa tak kenal kan Steve Jobs lagi-lagi generasi muda yang banyak pakai produk ataupun gaget keluaran Apple. Beliau pengasas Apple. Beliau pergi pada usia 54 tahun kerana Pancretic Cancer pada hari Rabu. Hari ini Khamis maknanya semalam la kan.


Apple mereka bentuk dan mencipta iPod dan iTunes, komputer riba Mac dan komputer meja, sistem operasi OS X dan telefon pintar iPhone dan iPad dan pada minggu ini syarikat itu baru sahaja melancarkan versi terkini iPhonenya, iPhone 4S. Ada member kata la pasal iPhone 4S ni. 'S' tu merujuk kepada Steve. Maknanya iPhone 4 Steve (iPhone for Steve).

Seperti negara-negara lain, permintaan bagi produk Apple di Malaysia terutamanya iPhone kebiasaannya tinggi dan ia dilihat sebagai satu simbol status. Ramai student dah ada kurang-kurang pun iPhone 3G. Saya ni pun hanya mampu melihat je mereka bawak kehulu kehilir. Student yang ada iPhone diibaratkan sebagai 'orang kaya'. 



BERNAMA melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memiliki Apple iPhone 3GS, menyifatkan ia sebagai "kamus bergerak" peribadinya. 


Ini statement daripada PM melalui twitter http://twitter.com/#!/NajibRazak
"Steve Jobs death is a huge loss not only to Apple but to the Global Community. He was truly an icon in the New Era."


Takziah kepada keluarga beliau.












SPONSORED