Paparan

SPONSORED

Tuesday, November 1, 2011

Isu Saman Lisdawati v Nadia Mustafar. Keputusannya..

Assalamualaikum dan selamat kepada anda semua.

Isu entri kali ini pasal tajuk di atas. Sebelum itu mahu saya selitkan mengenai 'Fitnah' ataupun 'Defamation' seperti yang dipelajari dalam Law of Torts 2 bulan lepas. Selitkan pasal hiburan, baru la seronok nak ceriter..

Baru saja habis test Malaysia Legal Study2 (MLS 2). Kepala rasa ringan je bila dah abis test. Tak buat apa-apa pun macam lah esok paginya tak de kelas pulak. Ok, esok kelas mula pukul 10.30 pg, boleh lajak tido sikit. Harap jangan sampai tertidur tak pergi ke kelas la hendaknya.


Pernah tak dengar pasal kes saman fitnah antara dua artis ni? Antara Lisdawati dengan Nadia Mustafar. Memang saya akui dan kita semua tahu mereka berdua ni artis yang cukup dikenali. Mereka berdua banyak muncul di televisyen mahupun di layar perak.

Isu saman fitnah ni sering bergegar di rancangan Melodi terbitan TV3.  Saman fitnah berhubung penerbitan artikel isu hutang di Majalah Media Hiburan, dah lama dah, enam tahun lalu. Saman dikemukakan Lisdawati terhadap Nadia Mustafar


Pada Isnin baru-baru ni, Pelakon Nadia Mustafar diarahkan untuk membayar ganti rugi berjumlah RM50,000 kepada dramatis, Lisdawati. Hakim Mahkamah Sesyen, Yong Zarida Sazali turut memerintahkan supaya Nadia untuk membayar faedah pada kadar empat (Harian Metro tulis 8) peratus bermula daripada tarikh penghakiman sehingga penyelesaian kes.


Perbicaraan melibatkan keterangan lima saksi. Keputusan itu diberikan tanpa kehadiran Lisdawati mahupun Nadia yang hanya diwakili oleh peguam masing-masing.


Lisdawati, 33, yang merupakan isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi diwakili oleh peguam Sangeet Kaur Deo manakala Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35,diwakili peguam siti Julaini Mohd Sahar.


Prosiding mahkamah bermula selepas Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin memfailkan saman pada 21 April tahun lalu atas dakwaan Nadia telah mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah dalam temu bual oleh wartawan Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani (Allahyarham).


Temu bual tersebut kemudiannya diterbitkan dalam artikel bertajuk ‘Hutang – Nadia Mustafar serang Lisdawati?’ oleh majalah itu pada keluaran bertarikh 8 hingga 14 Januari2005.


Nadia juga didakwa enggan untuk meminta maaf daripada Lisdawati walaupun telah diminta untuk berbuat demikian pada 18 Julai 2005.


Lisdawati yang memohon ganti rugi sebanyak RM250,000 mendakwa, dalam erti biasa artikel itu dapat difahamkan bahawa dia telah meminjam wang, berhutang dan gagalmenjelaskan hutang.


Lisdawati mendakwa dirinya tidak pernah meminjam wang daripada Nadia sebaliknya berbuat demikian dengan teman lelaki Nadia semasa itu, Mohd Roslan Omar.


Bagaimanapun, Nadia pada pembelaan yang difailkan pada 18 Mei lalu mendakwa, artikel tersebut tidak mempunyai unsur fitnah dan hanya meminta supaya orang yang berhutang untuk menjelaskan hutang dengannya.


Nadia juga mengatakan dia telah bekerja di luar daerah semasa itu dan menyuruh Mohd Roslan untuk berjumpa dengan Lisdawati dan mendahulukan wang RM10,000 bagi pihaknya.


Sumber berita: KL Today

SPONSORED