Paparan

SPONSORED

Wednesday, February 22, 2012

Salasilah Mitsubishi EVOLUTION


Salam buat pembaca sekalian dan selamat datang ke mari. Dijemput follow blog ini sebagai sokongan.

PDRM punyer
Mitsubishi EVOLUTION? Pernah dengar x? Aish, saper yang x kenal EVO ooi.. Kereta idaman kebanyakan muda mudi kerana ciri-ciri sport dan mewah, tapi tu la..harga pun besh..

Ianya juga sangat dikenali dengan 'EVO', kereta keluaran Mitsubishi Motors. Setakat ini, sudah 10  versi rasmi dikeluarkan, menggunakan sistem pernomboran Roman.

Evo asalnya jual kat pasaran Jepun sahaja, tetapi memandangkan mendapat permintaan..membawa kepada penjualan di seluruh dunia.


Ni la sejarah EVO berdasarkan gambar dari Mitsubishi Evolution yang terawal sehinggalah Mitsubishi Evolution terkini yang digunakan unit-unit tertentu Polis Diraja Malaysia (PDRM).





Inilah dia model Evo bermula pada tahun 1992 sehingga la sekarang yang biasa dilihat kat jalan raya..Mitsubishi Lancer, rangka lebih kurang sama dengannya tetapi keupayaan prestasi Evo X sudah tentulah lebih gempak!! dah harganya pun gempak kan. Bila bawak kat mall, mesti banyak aweks yang memandang kan.

Evo IX adalah model Evolution pertama dibawa masuk ke Malaysia melalui pengedar sah di Malaysia iaitu Mitsubishi Motors Malaysia. Sebelum ini, model-model Evolution yang terdahulu dibawa masuk melalui pengimport pihak ketiga.


Lancer dalam RM 120 k lebih, manakala Evo X harganya dalam RM 323 ribu lebih!! mampu amik Evo??

*  *  *

Ok, ini update baru untuk entri ini. Zizan Raja Lawak(siapa tak kenal beliau kan). Baru-baru ini banyak blogger post entri mengenai Zizan telah membeli Mitsubishi Evolution X atau Evo 10. Lambat post entri pasal ni sebab tak de masa sangat nak update blog. Ini pun update baru kepada entri yang lama. Biar pembaca dapat membaca banyak isi dalam satu entri. Ye tak?

bergaya beb Zizan..

Murah rezeki Zizan kan. Mampu beli Evo 10. Zizan memang sedia maklum sukakan kereta berkuasa tinggi. Kereta yang Zizan beli ni bukan la spec biasa macam kat kilang tu. Kereta dia diupgrade oleh M7. Yang tu tak tau la, yang penting GEMPAK!! Evo 10 ni Zizan beli di Mutiara Motors, Larkin.

Kat highway nanti berdesup la kereta Zizan pergi. Kita hanya makan asap je la kan.



2 comments:

SPONSORED