Paparan

SPONSORED

Tuesday, January 31, 2012

Fadilat dan Cara menunaikan Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua..

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulallah SAW bersabda,
" Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat."
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

Solatlah walau di mana sahaja. Gambar hiasan.


Ringkasan cara mengerjakan:

  • Niat diiringi dengan Takbiratul Ihram
  • Membaca doa Iftitah
  • Membaca surah Al-Fatihah
  • Membaca satu surah dalam Al-Quran
  • Bacaan yang afdal ialah dari surah Asy-Syam pada rakaan yang pertama dan rakaat kedua surah Al-Lail
  • Ruku'
  • I'tidal
  • Sujud pertama
  • Duduk antara dua sujud
  • Sujud kedua
  • Selepas rakaat pertama, lakukan rakaat kedua sama seperti rakaat pertama, kemudian tasyadul akhir
  • Memberi salam

Monday, January 30, 2012

Awan Nano~Hafiz

Juara Lagu ke-26 baru sahaja melabuhkan tirainya malam tadi. Keputusannya telah pun diketahui.

Lagu Awan Nano ciptaan Datuk M.Nasir dan Budi Hekayat menerusi nyanyian Hafiz dipilih sebagai juara di Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL 26) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, sebentar tadi. Dengan kemenangan tersebut, mereka membawa pulang wang tunai RM 35, 000 dan trofi.

Hafiz juga turut mempertahankan kemenangan yang dimenanginya tahun lalu menerusi kategori Vokal Terbaik apabila berjaya memenanginya sekali lagi tahun ini. Menerusi kemenangan tersebut, juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu, membawa pulang wang tunai RM 10,000 dan trofi.

Trio gandingan penyanyi wanita mantap Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah menerusi lagu Beribu Sesalan pula menyandang gelaran naib juara AJL 26. Kemenangan lagu ciptaan Kevin Chin dan Tinta itu, menyaksikan mereka membawa pulang wang tunai RM 15,000 dan trofi.

Manakala lagu Karma nyanyian dan ciptaan Faizal Tahir dan Audi Mok merangkul tempat ketiga dan memenangi wang tunai RM 12,000 dan trofi.

Alyah pula diiktiraf sebagai persembahan terbaik menerusi lagu Kisah Hati dengan kemenangan itu, penyanyi tersebut membawa pulang RM 10,000 dan trofi.

Tahniah buat pemenang-pemenang dan penerima anugerah. Tahniah ditujukan kepada Hafiz kerana memenangi anugerah Juara Lagu 26 kali ini.

Disini disertakan sekali lirik lagu juara Juara Lagu 26, Awan Nano-Hafiz. Layan..


Lirik lagu:

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Sunday, January 29, 2012

Beruntungnya Perempuan..

Salam buat semua. Terima kasih kerana singgah dan sudi meluangkan masa bersama blog ini yang tak seberapa.

Entri ini mengenai untungnya kaum wanita ciptaanNya.

Gambar hiasan. Maaf jika ambil tanpa izin, tetapi bagus mesejnya.

Kepada kaum hawa, bersyukurlah dengan diri kamu kerana Allah menciptakan makhluknya sebaik-baik kejadian. Zaman sekarang ini, lelaki ada nak jadi perempuan, yang perempuan pula nak tukar pula jadi lelaki. Ini mengubah ciptaanNya.

1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia
tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh
kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.

Entri ini sekadar perkongsian, jadi teknik copy-edit-paste ada juga digunakan. 

Wassalam

Saturday, January 28, 2012

Perjuangan Belum Selesai

Salam


Saya tertarik dengan sajak ini yang dinukil dan deklimasikan oleh mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996. Sajak ini membawa erti yang amat bermakna dan mendalam sebagai pesanan seorang negarawan unggul kepada kita, generasi dan pewaris Negara, agar tidak alpa kerana begitu banyak perlu dibuat dan bereskan, dalam proses mengisi dan menentukan Kemerdekaan, dalam erti kata sebenar dikekalkan.


 Perjuangan Belum Selesai


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)



Sajak ini telah dilagukan pada tahun 2000, diterbitkan oleh Dato’ Wah Idris dan dinyanyikan oleh Nora.


Entri ini hanyalah perkongsian

Thursday, January 26, 2012

Saman Ekor..Apa tu?

Salam buat semua


Saman ekor, apakah itu? Sering dengar berita kat tv pasal saman ekor tapi tahu tak apakah itu?



Saman ekor merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan yang berkenaan. Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ. Istilah rasmi bagi saman ekor ialah Notis Pol.170A.




Perbezaan Saman Ekor dengan saman-saman lain dan siapa yang mengeluarkan Saman Ekor ini serta untuk kesalahan apa?


Saman ekor dihantar secara pos berdaftar kepada pemilik kenderaan. Manakala saman lain adalah yang dikeluarkan secara terus kepada pemandu kenderaan sejurus selepas kesalahan dilakukan. Saman ekor dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia ke atas kesalahan mamandu had laju sahaja. 



HAK ANDA?

Saman sepatutnya dikeluarkan secara terus kepada anda sejurus selepas kesalahan dilakukan
Mengapa?
Ada kemungkinan kenderaan di dalam gambar adalah kenderaan yang menggunkan no pendaftaran palsu yang menyamai no pendaftaran anda! 




Anda sepatutnya tidak perlu membayar kompaun jika tidak mengaku melakukan kesalahan.
Mengapa?
Ini adalah kerana Saman Ekor hanyalah n otis meminta maklumat.



Penulis juga menggunakan cara copy-edit paste kerana masih mempelajari penulisan blog. Segala kesulitan dan kesilapan tidak disengajakan.

Tuesday, January 24, 2012

Tips menjaga hati lelaki tersayang

Ini hanya perkongsian dan boleh didapati daripada pelbagai sumber


1.Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri.Usah beritahu dia ada ramai lelaki meminati anda.Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah dengan lelaki berkenaan. Dia boleh anggap anda ‘buaya’ atau ‘pisau cukur’.Tidak mustahil juga dia berasa jauh hati dan merasakan dirinya tiada peluang. Lebihkan berbicara tentang masa depan dan dialah satu-satunya lelaki yang bertahta dihati anda. Usah bandingkan dia dengan lelaki lain yang pernah anda kenali. Itu mengundang musibah.


2.Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya. Jadi, jangan gatal-gatal cakap itu ini,begitu begini tentang ibunya. Cakap baik-baik tak apa walaupun tak betul. Lelaki mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah marah apabila ibunya dihina walaupun memang benar ibunya jahat.

3.Kenapa suka sangat bercerita tentang sejarah silam anda? Tak perlu. Simpan semua sejarah silam untuk diri anda sendiri.Dia tidak ingin tahu semua itu. Setelah anda bertaubat, anggap diri anda bersih.Dia juga menganggap begitu terhadap anda. Hanya bercerita tentang rahsia anda apabila rasakan ia boleh mengintimkan hubungan. membocorkan rahsia diri sendiri bukanlah cara untuk hubungan yang aman harmoni.

4.Jika dia telah bergelar suami, usah sentuh soal kejantanannya yang mungkin telah menurun selari dengan betambahnya usia. Dia memang tak suka dengar, tak suka bincang dan tak suka berubat. Apa yang boleh anda lakukan ialah carikan penawar dan campurkan dengan minuman atau makanan kegemarannya secara rahsia. Jangan sesekali perlekehkan dan perkecilkannya.Dia bole mengamuk gila.

5.Dia tidak suka sama sekali dipersalahkan, miskipun jelas dia bersalah. Misalnya anda balik kampung dan dia memandu, tiba-tiba dia mengambil jalan lain untuk short-cut, tiba-tiba tersesat dan sampai ke rumah lewat beberapa jam dari selalu. Lalu anda asyik menyalahkannya dan menceritakan hal itu kepada mentua anda, ibunya. Anda sengaja mencari nahas dengan berbuat begitu.

6.Sokong dia atas semua masalah yang dihadapinya, terutama dengan bos, dengan kawan-kawan, dahkan minat dia juga perlu anda sokong. Jangan tatkala ia mengeluh atau mengadu tentang bos atau teman kerja, anda tokok tambah lagi dengan menyalahkannya, ini sangat menyakitkan hatinya.Anda tahu apa yang akan dilakukannnya selepas itu? Selepas itu dia tidak akan berbicara lagi dengan anda.Dia akan menjadi orang lain untuk bercakap. Jika kebetulan orang itu adalah wanita, akhirnya ada kemungkinan anda dipertandingkan dan dibandingkan. Bersiap sedialah untuk diduakan. Sentiasalah berdiri dipihaknya. Jika perlu beri pandangan, gunakan bahasa paling halus tanpa mengusik sama sekali egonya.

7.Jangan puji lelaki lain dihadapannya. Jika tertarik pun diam saja dan simpan didalam hati. Walaupun lelaki itu seorang artis milik masyarakat, memujinya secara berlebihan akan mengundang rasa tidak senang. Silap-silap dia akan cap anda ‘gatal’.

8.Lelaki penuh denga keegoan. Miskipun dia berpedidikan rendah daripada anda, usah perkecilkannya. Minta pendapatnya selalu apabila membuat keputusan.Berikan dia kuasa kepimpinan. Jangan fikir mentang-mentang anda berpendidikan tinggi dan berpendapatan lebih daripadanya, anda berhak bersuara menentukan satu-satu keputusan. Lelaki tetap pemimpin dan hak membuat keputusan terletak ditangannya. Anda boleh memberi cadangan, jangan asyik membangkang.

Wassalam

Jutawan 200 ringgit

bayangkan..jika anda jadi kaya..
Salam buat semua

Hari ni 24 januari 2012, Raya Cina hari ke-dua dan bunyi mercun bam bum sana sini.

Sebagai student, saya dan yang lain2 happy..kerana sudah jadi kaya  RM 200..Tapi bukan dalam tunai la, dalam bentuk voucher (betul ke ejaan ni?). Jadila..daripada tak dapat apa2..Kurang-kurangnya dapat lah membantu student yang memerlukan macam saya ni membeli buku..Almaklumlah, buku bukanlah murah..

Vaucar ni sah sampai 31 Mac, maknanya vaucar ni ada tarikh luput. Masalahnya, sekarang ni kebanyakan student/pelajar sedang bercuti semester sampai awal atau pertengahan bulan Mac ni. Sempat tak? Cuba sempatkan. Saya sendiri pun masih belum guna.

Habisla..PM dah 'sound'..
Tertarik dengan gambar PM (Perdana Menteri) kita kat facebook pasal baucar ni. Entah betul, entah tidak. Tapi agak menarik untuk dikongsi..

Secara mudahnya, gambar tu dapat difahami maksudnya. "kenapa salahgunakan baucar buku?" Berita Harian semalam ( 23 Januari) ada petik pasal isu ni.

Sebelum ni, ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah. Apa dimaksudkan tidak berfaedah? Maksudnya, membeli sesuatu bukan untuk pelajaran.Baucar ni tidak boleh di'cash' kan, jadi nak tak nak, kena lah tebusnya dengan pembelian.


Baucar buku 1 Malaysia ..ada juga menjualnya secara terbuka di Internet. Internet memudahkan urusan harian, tetapi hendaklah menggunakan internet dengan berfaedah dan sebaiknya. Jual di internet, wah siap ada potongan istimewa lagi..Betul ke tidak, berita ada melaoprkannya.


Saya ingin mengucapkan terima kasih atas pemberian baucar ini. Pemberian dari kerajaan adalah dari hasil wang pembayar cukai, hargailah mereka.

Siapalah saya nak cakap? Tapi saya hanya kongsikannya di blog sendiri.

                                                                                                                                          Wassalam

SPONSORED