Paparan

SPONSORED

Sunday, February 26, 2012

Pengalaman Guna Lebuhraya Senai-Dearu(SDE) ke Pasir Gudang

Salam semua

Entri ini meupakan kesinambungan daripada entri yang lepas: Lebuhraya Senai-Desaru(SDE) Pun Mahu Kasi Dikaun Tol

Selamat Datang ke Pasir Gudang
PASIR GUDANG, merupakan sebuah bandar perindustrian terbesar di negeri Johor. Jadi, lori-lori banyak di jalan raya. Kalau di tempat lain, ada sekatan lori berada di jalan raya. Contohnya, dari pukul berapa sampai berapa, lori tidak dibenarkan melalui jalan-jalan tertentu tetapi di PASIR GUDANG tidak kerana statusnya sebagai bandar perindustrian. Pasir Gudang amat dikenali dengan adanya pelabuhan dan industri-industri.


Aktiviti-aktiviti ekonomi utama di Pasir Gudang adalah melibatkan elektrik dan elektronik, kimia, oleokimia,kimia biofuels, produk-produk makanan, industri asas kejuruteraan, pelabuhan-pelabuhan dan logistik, pergudangan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), dan plastik.

 Untuk pengetahuan, Pasir Gudang pun ada litar..Dibina pada tahun 1986, Litar Johor adalah litar lumba motor antarabangsa kelas pertama di luar Lembah Klang. pada mulanya ia hanya menjadi tumpuan peminat-peminat tempatan, kemudian mula dikenali bukan sahaja di peringkat wilayah malahan di seluruh dunia. Walaupun hanya merupakan litar baru, cabaran tatarajah 3.86 km bakal menarik penyertaan daripada para pelumba . 



Pada tahun 1990 , selepas 4 tahun dibina, litar itu telah dinaik taraf menjadi FIM World GP yang memenuhi syarat-syarat homologation. Pada tahun 1998, litar tersebut telah menganjurkan Kejuaraan Motosikal Grand Prix dunia. Semenjak itu, ia telah menjadi tuan rumah untuk perlumbaan tempatan dan serantau. Litar Pasir Gudang pernah menjadi hos bagi kejohanan Grand Prix Motorsikal Malaysia pada tahun 1998.
Semalam telah pergi ke Pasir Gudang atas urusan penting keluarga. Dari utara nak ke Pasir Gudang..banyak jalan nya. Semalam, nak cuba la guna Lebuhraya Senai- Desaru yang baru. Lebuhraya ni menghubungkan Senai dan Desaru. Sekali sekala nak cuga cuba, bila lagi kan nak guna..


Pasir Gudang pun terkenal dengan Festival Layang-layang Antarabangsa.

Dari arah utara di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), keluar exit ke Senai Utara. Kat lebuhraya PLUS ada papan tanda..ikut je..

Bandar Pasir Gudang
Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) ni memang jalan pintas ke Ulu Tiram, Pasir Gudang dan Desaru. Dulu susah nak ke Desaru kalau takde Lebuhraya ni. Jadi kami gunakan SDE ke Pasir Gudang, kalau tak, terpaksalah redah jalan kebiasaan Lebuhraya Pasir Gudang.

Kebiasaannya, Lebuhraya Pasir Gudang yang menjadi laluan kebiasaan pastinya sesak. Nak balik dari Pasir Gudang lalu laluan ni lah, sesak gak lah.

Kelebihannya, SDE ni memang sedap je guna, sunyi dan jarang orang guna. Yang banyak guna lori-lori.. kalau nak bandingkan dengan Lebuhraya Pasir Gudang yang menjadi laluan kebiasaan,memang la sesak tak kira la sabtu (semalam) pun jem.

lengang kan
Kelemahannya, SDE ni mahal..Exit dari Senai guna SDE ke Pasir Gudang kena RM7.60..Tak percaya gak, sebab guna PLUS ke Senai yang lebih jauh tu pun baru RM 8 lebih..R&R nya sunyi, kedai cuma buka 3 kedai je(semalam). Kesimpulannya, SDE ni digunakan untuk ke DESARU, tempat pelancongan popular di Timur Johor.

Masa berhenti kat R&R, banyak bas-bas persiaran berhentikan penumpang untuk membuang air. Pekedai kat R&R tu cakap, memang biasa keadaannya, sebab kebanyakan mereka pelancong-pelancong ni dalam perjalanan ke Desaru.

Desaru
Kebiasaannya, tak banyak yang guna SDE untuk ke Pasir Gudang..Sebabnya majoriti  guna nak ke Desaru(berapa kali dah ak ulang ayat yang sama).

Apa pulak kena mengena gambar Desaru kat sini. Ala saja je, Sebab kata guna Lebuhraya Senai- Desaru (SDE) letak la sekali jadi hiasan.

Friday, February 24, 2012

The Prophet Muhammad's (PBUH) Last Sermon

Assalamualaikum and good evening.

This is English version, The Bahasa Malaysia version in entry http://ukashahcharlie.blogspot.com/2012/02/khutbah-terakhir-nabi-muhammad-saw.html

***

This sermon was delivered on the Ninth Day of Dhul Hijjah 10 A.H. in the 'Uranah valley of Mount Arafat' (in Mecca).

"O People, lend me an attentive ear, for I know not whether after this year, I shall ever be amongst you again. Therefore listen to what I am saying to you very carefully and TAKE THESE WORDS TO THOSE WHO COULD NOT BE PRESENT HERE TODAY.

O People, just as you regard this month, this day, this city as Sacred, so regard the life and property of every Muslim as a sacred trust. Return the goods entrusted to you to their rightful owners. Hurt no one so that no one may hurt you. Remember that you will indeed meet your LORD, and that HE will indeed reckon your deeds. ALLAH has forbidden you to take usury (interest), therefore all interest obligation shall henceforth be waived. Your capital, however, is yours to keep. You will neither inflict nor suffer any inequity. Allah has Judged that there shall be no interest and that all the interest due to Abbas ibn 'Abd'al Muttalib (Prophet's uncle) shall henceforth be waived...

Beware of Satan, for the safety of your religion. He has lost all hope that he will ever be able to lead you astray in big things, so beware of following him in small things.

O People, it is true that you have certain rights with regard to your women, but they also have rights over you. Remember that you have taken them as your wives only under Allah's trust and with His permission. If they abide by your right then to them belongs the right to be fed and clothed in kindness. Do treat your women well and be kind to them for they are your partners and committed helpers. And it is your right that they do not make friends with any one of whom you do not approve, as well as never to be unchaste.

O People, listen to me in earnest, worship ALLAH, say your five daily prayers (Salah), fast during the month of Ramadan, and give your wealth in Zakat. Perform Hajj if you can afford to.

All mankind is from Adam and Eve, an Arab has no superiority over a non-Arab nor a non-Arab has any superiority over an Arab; also a white has no superiority over black nor a black has any superiority over white except by piety and good action. Learn that every Muslim is a brother to every Muslim and that the Muslims constitute one brotherhood. Nothing shall be legitimate to a Muslim which belongs to a fellow Muslim unless it was given freely and willingly. Do not, therefore, do injustice to yourselves.

Remember, one day you will appear before ALLAH and answer your deeds. So beware, do not stray from the path of righteousness after I am gone.

O People, NO PROPHET OR APOSTLE WILL COME AFTER ME AND NO NEW FAITH WILL BE BORN. Reason well, therefore, O People, and understand words which I convey to you. I leave behind me two things, the QURAN and my example, the SUNNAH and if you follow these you will never go astray.

All those who listen to me shall pass on my words to others and those to others again; and may the last ones understand my words better than those who listen to me directly. Be my witness, O ALLAH, that I have conveyed your message to your people".

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W


Salam buat semua di petang Jumaat.


Hari ini teringin(dah macam orang mengidm pulak) nak kongsi mengenai khutbah terakhir junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Khutbah ini akan saya kongsi dalam 2 bahasa, Bahasa Malaysia dan English. For English version :http://ukashahcharlie.blogspot.com/2012/02/prophet-muhammads-pbuh-last-sermon.html

***


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

- Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Wednesday, February 22, 2012

Salasilah Mitsubishi EVOLUTION


Salam buat pembaca sekalian dan selamat datang ke mari. Dijemput follow blog ini sebagai sokongan.

PDRM punyer
Mitsubishi EVOLUTION? Pernah dengar x? Aish, saper yang x kenal EVO ooi.. Kereta idaman kebanyakan muda mudi kerana ciri-ciri sport dan mewah, tapi tu la..harga pun besh..

Ianya juga sangat dikenali dengan 'EVO', kereta keluaran Mitsubishi Motors. Setakat ini, sudah 10  versi rasmi dikeluarkan, menggunakan sistem pernomboran Roman.

Evo asalnya jual kat pasaran Jepun sahaja, tetapi memandangkan mendapat permintaan..membawa kepada penjualan di seluruh dunia.


Ni la sejarah EVO berdasarkan gambar dari Mitsubishi Evolution yang terawal sehinggalah Mitsubishi Evolution terkini yang digunakan unit-unit tertentu Polis Diraja Malaysia (PDRM).





Inilah dia model Evo bermula pada tahun 1992 sehingga la sekarang yang biasa dilihat kat jalan raya..Mitsubishi Lancer, rangka lebih kurang sama dengannya tetapi keupayaan prestasi Evo X sudah tentulah lebih gempak!! dah harganya pun gempak kan. Bila bawak kat mall, mesti banyak aweks yang memandang kan.

Evo IX adalah model Evolution pertama dibawa masuk ke Malaysia melalui pengedar sah di Malaysia iaitu Mitsubishi Motors Malaysia. Sebelum ini, model-model Evolution yang terdahulu dibawa masuk melalui pengimport pihak ketiga.


Lancer dalam RM 120 k lebih, manakala Evo X harganya dalam RM 323 ribu lebih!! mampu amik Evo??

*  *  *

Ok, ini update baru untuk entri ini. Zizan Raja Lawak(siapa tak kenal beliau kan). Baru-baru ini banyak blogger post entri mengenai Zizan telah membeli Mitsubishi Evolution X atau Evo 10. Lambat post entri pasal ni sebab tak de masa sangat nak update blog. Ini pun update baru kepada entri yang lama. Biar pembaca dapat membaca banyak isi dalam satu entri. Ye tak?

bergaya beb Zizan..

Murah rezeki Zizan kan. Mampu beli Evo 10. Zizan memang sedia maklum sukakan kereta berkuasa tinggi. Kereta yang Zizan beli ni bukan la spec biasa macam kat kilang tu. Kereta dia diupgrade oleh M7. Yang tu tak tau la, yang penting GEMPAK!! Evo 10 ni Zizan beli di Mutiara Motors, Larkin.

Kat highway nanti berdesup la kereta Zizan pergi. Kita hanya makan asap je la kan.



Tuesday, February 21, 2012

Jadual pembayaran PTPTN semester Kemasukan Januari?Februari/Mac 2011/2012

Salam buat semua.

Adakah anda ternanti-nanti bila akan dapat wang itu??OK, don't worry, tak lama lagi dah..Ini ada jadual pembayaran:

Sumber: PTPTN website

JADUAL PEMBAYARAN PTPTN

Monday, February 13, 2012

Konflik Syria untuk Dikongsi Kisah

Bendera SYRIA.Sekadar hiasan
Assalamualaikum wbt dan salam buat anda pembaca sekalian.

Setiap hari, dihidangkan berita tentang isu Syria ini baik di media cetak mahupum elektronik. Sebenarnya apa cerita yang berlaku ini?


Ini disini kongsikan sumber yang diperoleh. COPY-EDIT-PASTE ada berlaku, tetapi mahu berkongsi, abaikanlah..


Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.


Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.




PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.


BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1) Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2) 39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3) Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4) 9000 tahanan ditahan.
5) 413 orang telah syahid di dalam penjara.
6) Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7) Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9) Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10) Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...


FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.


suasana demonstrasi
PERKARA TERBARU
1) Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2) Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3) Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....

4) 95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5) 19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.



KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1)  Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2) Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3) Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4) Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5) Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.



PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.


Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:


Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".


Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".


Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.


(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )

Ada video yang boleh anda semua tonton.Videonya diterjemahkan kepada Bahasa Melayu, jadi mudahlah difahami. Antara menarik dalam Video :
1) Penjelasan Dr. Yusof al-Qaradhawi tentang situasi Syria
2) Suasana di Baba Omar, Syria pada 14 Febuari (Valentine day) - Rakaman LIVE oleh penduduk Syria
3) Rakaman tentera Asad yang memaksa rakyat mengucapkan : "Tiada Tuhan Melainkan Bashar Asad"
4) Rakaman Janji Setia pemuda-pemuda Syria untuk berjuang.
5) Antara Tentera bersama rakyat
Klik sini untuk menonton video berkenaan

Saturday, February 4, 2012

Melayu Mudah Lupa

Salam buat semua.

Hari ini Sabtu, 4 Febuari 2012, cuti yang agak lama kerana Maulidur Rasul esok hari ahad, maknanya Isnin cuti dan Selasa Taipusam pun cuti juga. Ambil kesempatan ini untuk bersama keluarga. Baru balik dari jemputan majlis kahwin, jalan raya pun jem, maklum lah cuti panjang..Minggu lepas dah cuti Tahun Baru Cina.

Entri ini sambungan dari entri Perjuangan Belum Selesai baru-baru ini. Entri kali ini berminat untuk topik ini pula. Kedua-dua nya pun dari negarawan Tun Dr. Mahathir.

Sajak Melayu Mudah Lupa dibacakan oleh Mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di akhir ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.






MELAYU MUDAH LUPA

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai




SPONSORED