Paparan

SPONSORED

Sunday, March 25, 2012

Hari Tanpa berbelanja dan Bukit Cerakah

Salam buat semua pembaca dan pengunjung yang sudi singgah kemari. Dijemput untuk 'follow' blog ini yang tak seberapa.

Kali ini nak bercerita tentang tajuk diatas. Ahad 25 Mac 2012 buat julung-julung kalinya dalam semester ni, tidak keluar belanja walau 1 sen pun. Macam tak percaya je kan.

Hari ni trip ke Bukit Cerakah kat Shah Alam anjuran kolej kediaman yang saya diami ini. Bermula pukul 8 pagi. Dapat baju program t-shirt berkolar, kipas berlogo kolej, air kotak dan sebungkus roti untuk sarapan. Pengetua kolej berikan ucapan sebelum melepaskan peserta. Ramai gak yang join. Polis siap kawal lalu lintas. Tahan kereta lalu untuk beri laluan kepada kami, terasa diri ini bagaikan raja lak.

Sebelum peserta dilepaskan, masing-masing dapat nombor cabutan bertuah. Tapi malangnya..dalam banyak-banyak cabutan, satu pun tak mengena..

Berjalan kaki dari UiTM Shah Alam ke Bukit Cerakah, agak la jauh. Tak bawak jam, sebab selama ni tengok jam kat handpon. Handpon pun tak bawak. Member kata dalam hampir 2 jam gak. Tak terasa lama berjalan sebab ramai yang join aktiviti ni.

Sampai-sampai kat sana, amik tempat duduk sementara tunggu semua peserta sampai. Nampak pak cik aiskrim, terus serbu al maklum la penat berjalan. Member bayarkan  dulu memandangkan dia ada duit besar. Pastu jumpa member ni, nak bayar balik duit aiskrim. Member ni cakap, "tak pe ko simpan je duit tu". Hehe, selamat duit aku (cakap dalam hati).


Sementara tunggu, ambik peluang lepaskan hajat yang terpendam selama hampir 2 jam berjalan kaki, kat toilet. Lega beb...First impression kat tempat ni, macam kecik je. Bila dah nak habis program, tengok peta baru terasa yang diri ini hanya berada di kawasan yang kecil. Banyak lagi kawasan yang belum diteroka. Besar rupanya kawasan ni, ingatkan kat sekitar kawasan program aje.

Maka bermula la aktiviti-aktiviti  sehingga ke makan tengah hari. Yang paling best dalam aktiviti ni yelah, aktiviti makan..Sudah tentunya..Agak terbaek gak la makanannya, nasi bukhari ke apa saya tak tahu. Yang penting bukan nasi putih kebiasaan. Lauk ayam n air koordial yang sejuk lagi menyegarkan..lagi-lagi cuaca tengah panas di waktu tengah hari. Save lagi belanja makan untuk waktu tengah hari.

Sembahyang zohor dan adalah majlis penyampaian hadiah. Seperti yang disebut sebelum ni, tak dapat pun hadiah cabutan bertuah ni. Hampeh betol.

Pulang semula ke kampus dengan naik bas. Banyak peserta, jadi bas yang hanya ada dua tu kena lah berulang alik. Untung pulang naik bas, kalau la jalan kaki jugak macam awal-awal aktiviti tadi..penat den.
Sementara tunggu bas, pengetua dengan bermurah hati belanja aiskrim. Maka semua pun serbu kat pakcik aiskrim. Senyum je pak cik asikrim ramai beli aiskrim.

Dah sampai bilik, apalagi, memuta la. Lepas asar pun sambung balik tidur. 'Please, don't try this at home'(ayat WWE Smackdown). Pukul ( malam, seperti yang telah diberitahu sebelum ni, peserta-peserta dapat makanan  malam. Takut habis, cepat-cepat kami ke tempat mengambil makanan. Kenyang..dapat 2 bungkus lagi, menu tengah hari tadi. Ingatkan tadi dah planning nak keluar makan malam. Kita save budjet makan malam.

Sebagai pelajar, sapa yang tak mahu'free' kan. Terima kasih kerana belanja dan membuatkan saya tak 'menyentuh' dompet. Perbelanjaan makanan sememangnya belanjawan harian, memang tak boleh kalau tak makan satu hari kan.

Friday, March 23, 2012

Berhujung Minggu ke Zoo Negara Malaysia

Salam buat pembaca dan pengunjung yang budiman.

Hari ini Jumaat, esok dah cuti  Sabtu dan Ahad. Tak ada program ke untuk hujung minggu? Tak perlu pergi jauh-jauh sampai luar negara, dalam negara ni pun banyak tempat menarik boleh dikunjungi. Satu Malaysia ni pun belum habis teroka lagi kan. Bersiar-siar kat dalam negara lebih jimat daripada ke luar negara, disamping dapat meningkatkan ekonomoi negara.

Saya di Shah Alam dan di lembah Klang ni pun ada je tempat boleh singgah. Rehat-rehat menenangkan fikiran daripada bebanan kerja dan tugasan. Terfikir saya nak ke Zoo Negara..Kenapa, kelakar ke? Tak jauh pun kan..

Zoo Negara terletak di Ulu Kelang, so, tak jauh pun kan dari K.L. Ditubuhkan pada 14 November 1963. Wah dah lama kan Zoo Negara ditubuhkan. Dulu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pernah berlakon kat situ dalam cerita 'MASAM-MASAM MANIS. Masih ingat lagi? P.Ramlee berlakon sebagai Cikgu Shaari (betul ke ejaan ni?). Dalam cerita ni, yang selalu diingati adalah ayat : CIKGU SUKA MAIN BOLA, HARI-HARI CIKGU MAIN BOLA.




Bagaimana nak ke Zoo Negara? 


Dengan LRT.
Turun di Stesen LRT Wangsa Maju, aliran Kelana Jaya. Kemudian, naik teksi ke Zoo Negara

Dengan Bas.

Naik bas Metrobas nombor 16 dari Central Market, K.L

atau

Rapid K.L nombor U34 dari Stesen LRT Putra, Wangsa Maju, K.L

atau

Rapid K.L nombor U23 daripada Stesen Titiwangsa, K.L







  

Wednesday, March 21, 2012

Keputusan SPM 2011 Akhirnya Tiba jua Saat nya..dan Pengalamanku

Salam buat semua.

Tajuk di atas pun sudah dapat menggambarkan akan apa yang ditulis dalam entri kali ini. Berkenaan SPM, Sijil Pelajaran Malaysia. Peperiksaan awam yang akan ditempuhi oleh semua yang bergelar pelajar. Dulu pun, saya calon SPM 2008.. Result saya dulu..tak straight A pun, tapi ada la A nya. Result boleh tahan la..

Tarikh pengumuman keputusan SPM 2011 seperti diketahui dan di ambil kisah oleh semua calon yang menunggu dengan penuh tabah dan sabar, pada 21 Mac 2012 hari Rabu.

Rabu ni juga, iaitu pada hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib dijadualkan akan datang ke kampus ku, UiTM Shah ALam.  Tak pernah bertemu dan mendengar suaranya dan ucapannya secara langsung ataupun 'Live'. Semuanya melalui TV dan tidak secara langsung.



Cara semak keputusan SPM melalui SMS:
SPM Result [No.Kad Pengenalan] dan hantar ke 15888

Contoh:
1). SPM Result 911101-04-1111
2). Hantar ke nombor 15888



Sebut pasal isu dapat semua A ataupun 'Straight A's', saya dulu memang tak dapat pun semua A. Ada je B nya. Bila terima keputusan SPM dulu, rasa ralat gak la sebab tak dapat keputusan semua A seperti idaman semua calon SPM. Nak buat macam mana kan, kena la terima dan bersyukur. Abah pun bawak la pergi makan tengah hari untuk menyambut keputusan SPM. Masa lunch, abah pun bincang la nak amik jurusan apa  kat Universiti dulu. Memandangkan x dapat semua A, terasa diri ini kerdil dan tak tahu nak amik kos apa nanti. Medik, rasa dah tawar hati, walaupun keputusan masih lagi layak dan dianggap baik untuk ambil bidang Medik.

sekadar hiasan. famous gambar ni kat facebook
Bila dapat tahu keputusan, perasaan ketika itu memang tidak dapat terkawal. Masing-masing bersorak dan ada juga yang sedih. senario ini biasa dilihat setiap tahun kat TV. Korang dulu pun tengok kan kat TV setiap tahun. Sekarang, turn korang pulak. Manalah tahu masuk TV ke kan.

JANGAN SAMPAI BUNUH DIRI. Ingatlah, SPM bukan penamat hidup. Umur baru 18 tahun, lama lagi korang nak rasa kehidupan (i-Allah jika umur panjang). Kadang kala, cemerlang SPM tidak semestinya cemerlang bila kat universiti nanti. Bila kat universiti, semua orang adalah sama, tiada beza pandai mahupun tidak.

Jika rasa diri x cemerlang masa SPM dulu, ingatlah bahawa ada yang lebih lemah dari anda. Jangan terlalu merasa diri tu rendah sangat. Percayalah, bila jumpa kawan baru kat Universiti nanti, mereka juga tidak la cemerlang mana pun masa SPM dulu-dulu. Yang cemerlang SPM, dah tentu majoritinya dah fly belajar luar negara dan jarang seuniversiti dengan anda nanti. Yang sekawan universiti anda nanti tentunya sekelompok yang lebih kurang sama saja tarafnya.

Akhir kata, selamat maju jaya dan berusaha tangga kejayaan.

Monday, March 19, 2012

Perhatian kepada pengguna terowong SMART

Salam buat semua pengunjung.

Ini nak habaq mai... ni pasal perihal Laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) akan DITUTUP!!

Bertenang, hanyalah sementara untuk tujuan penyelenggaraan. 21 dan 22 Mac, mulai jam 11 malam Rabu- jam 6 pagi Khamis.

Sunday, March 18, 2012

Diet Rasulullah yang dapat dicontohi


Salam buat semua pembaca dan pengunjung.

Gambar ini akan menerangkan secara ringkas untuk keseluruhan isi entri pada kali ini.


Secara keseluruhannya, saya tertarik dengan pantang SUSU seperti dalam gambar. Susu tidak boleh diminum bersama DAGING, IKAN, AYAM, CUKA dan BUAH.  Ini diet yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari. Terlalu cepat tidur setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman, mengeluarkan gas yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut berbau. Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan itu perut yang terletak di sebelah kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang berlaku.

Diet ini boleh diikuti khususnya kepada diri saya sendiri. 

Sumber: Pelbagai, kredit kepada sumber dan maaf sekiranya tidak dapat memberi kredit yang secukupnya.





Saturday, March 17, 2012

Cukai Perkhidmatan Prabayar 6 Peratus bermula Julai?

Assalamualaikum dan salam buat pengunjung blog ini. Dijemput follow blog ini kerana blog ini lebih bermakna dengan anda semua.

Sebelum sembahyang Jumaat tadi, ternampak tajuk berita seperti yang boleh dilihat pada gambar keratan Utusan Malaysia. 


Di sebelah merupakan muka depan akhbar Utusan Malaysia Jumaat, 16 Mac 2012. Wah, dah separuhperjalanan bulan Mac ni kan. Masa pantas berlalu.

Persoalan utama disini, BENARKAH CUKAI PERKHIDMATAN PRABAYAR ENAM PERATUS BERMULA JULAI? 

Sebelum itu, ada juga ura-ura yang mengatakan tentang perkara yang sama tidak lama dahulu, Masih ingat kah lagi? Entri terdahulu saya, Nak Topup telefon tambah 6% cukai? Handsetku Simpan Sahaja Buat Pameran

Mari lihat isi berita dalam tajuk akhbar ini dibawah.


Adakah betul atau tidak..sama-sama lah kita nantikan berita terkini pada masa akan datang.

WASSALAM





Thursday, March 15, 2012

T Talk Bubble Tea Lanjutkan lagi Promosi Buy 1 Free 1...

Assalamualaikum wbt dan selamat buat semua.


Semalam keluar temankan member berbuka puasa kat Seksyen 7 Shah Alam, teringat akan promosi T Talk Bubble Tea yang akan tamat pada hari itu jugak, bergegas terus ke kedai tersebut dan tak mau terlepas peluang. Alang-alang dah keluar, ini la masanya nak pergi kedai tu sebab tak tahu  bilakah masa nya lagi kan keluar lagi. Minuman ni macam BLOG yang ada pearl tu. Tak pernah rasa..ini yang nak cuba ni..

Siap ada nombor giliran lagi. Dah macam kat pejabat pos pulak..
Kedai tu lanjutkan sehingga 31 Mac daa..ok la tu..Sebelum ni sampai 14 Mac je. Sebenarnya tak tau sangat apa kebenda minuman ni. Bila ada promosi, nak gak try kan.
2 bungkus. Beli satu percuma satu

Promosi yang saya nak rebut ni ialah, beli 1 percuma 1!! Promosi bersempena pembukaan kedai nya kat seksyen 7 Shah Alam. Alah kat area belakang pagar belakang UiTM Shah Alam yang ada Jakel tu. Kat gambar atas tu ada peta. Bukan main besar lagi saya kasi.

Beli satu percuma 1. So dapat la 2 kan secara matematiknya. Tadi kena bayar RM 3.50 untuk satu, dapat percuma satu. Kalau tak de promosi kena caj RM 7 beb!!Nak kata sedap..boleh la.. Gambar kat sebelah ni, beli perisa coklat shake, mintak pulak green apple milk shake sebagai percuma, takkan nak mintak perisa sama lak kan.,..tak syok ah.

Manis, jadi x boleh selalu minum la. Kesihatan pun kena la jaga gak.



Ramai kan.. Ni mesti masing-masing nak rebut promosi BUY 1 FREE 1 ni..Promosi sampai 31/3/12 ni, so korang pun tunggu apa lagi kan. Nanti dah habis promosi, nak dapatkan dua dah kena bayar double..sebab dah tak de promosi percuma 1 lagi kan.

Wednesday, March 7, 2012

Wordless Wednesday: JAWANTAN KOSONG

Salam buat pembaca sekalian.

Pada hari rabu, para blogger akan post entri WORDLESS WEDNESDAY. Ini bermaksud.. gambar tersebut akan menghuraikan keseluruhan entri tersebut.

Aik? Ejaan tajuk entri ni biar betul?? Haa..ini yang nak tunjukkan gambar ni..


Ada yang berminat??

SPONSORED