Paparan

SPONSORED

Tuesday, July 31, 2012

Senyum Pisang



Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido
Sayaaang, mimpi indah-2 ya,
mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu
tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah Tido
kalau tak mengepit tak bole
ker???!
More than 10 years : Tido
asing2.laki tido depan tv, bini
tido ngan anak2hahaha

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler
dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara
pintu digegar), kalau nak
bertapa pilah gunung ledang
sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I
sampai rumah. Sayang, I belikan
murtabak favourite U ye
Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : . (tak balas
terus!!!) hehehe.

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I
love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak
cintakan U, buat apa I nikah
dengan U???
More Than 10 Years : Buang
tebiat ker you ni? Cakap
mengarut.

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik
nih
6 bulan : Im BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U
suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak
sesuai dengan suasana ruang
tengah
6 tahun: Nih duit, U beli
sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2
pun nak beli hadiah ker? Mcm
budak2 jer..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin
berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh Your call
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI
TUUUHHH. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I,
pandai U masak..Rasa pun
sedappp!! !
6 bulan: Kita makan apa malam
ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik
lambat, I makan kat luar ngan
kengkawan

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah
pecah pun, nanti kita beli lagi
yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh
tuh.
6 tahun: Orang dah bilang
berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti
bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS
BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau
kita jalan-jalan ke Amerika atau
ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang
aje ler Senang sikit tak perlu
naik flight
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK
RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG
DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok
cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus
ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE
TAK ..
More Than 10 Years : X der keje
lain ker, asyik tengok tv jer

P/S: Olahan dari sumber-sumber. Hanya berkongsi.

Wednesday, July 25, 2012

KFC gaji termahal

Salam Ramadan Al-Mubarak.Hari ke lima berpuasa..Alhamdulillah..

KFC gaji termahal??apa maksudnya?

KFC merujuk kepada Khairul Fahmi Che Mat- pemnjaga gol negara. KFC dikaitkan dengan beliau oleh ramai orang sebab akronim nama beliau..bukan Kentucky Fried Chicken..


Khairul Fahmi Che Mat siapa yang tak kenal..penjaga gol Kelantan dan skuad Kebangsaan.Dengan pendapatan selaku duta dan pemain bola sepak mencecah ratusan ribu ringgit, penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat kini dipercayai menjadi penjaga gol termahal negara ketika ini.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengakui  pendapatan di luar padang penjaga gol berusia 23 tahun itu sudah mencecah ratusan ribu ringgit malah lebih banyak daripada gaji yang terima beliau bermain dengan Kelantan. “Kafa menaikkan sejumlah gaji yang cukup lumayan sebaik sahaja Apex menandatangani kontrak baru-baru ini. Saya percaya, beliau merupakan penjaga gol termahal ketika ini.”

Sebelum ini, desas desus mengatakan bahawa KFC akan berhijrah ke pasukan bola sepak lain. Namun penjaga gol utama kebangsaan itu memeterai perjanjian untuk kekal beraksi bersama Kelantan bagi tempoh tiga tahun sekali gus menamatkan spekulasi mengenai penghijrahan beliau sebelum ini.

Sekarang ni pasukan bola sepak Kelantan (kafa) antara pasukan bola sepak terkaya di Malaysia. Manakan tidak, setiap kali perlawanan stadium dipenuhi dengan penyokong-penyokong mereka. Kelantan juga sejak akhir-akhir ini sering menang pelbagai kemenangan yang menawarkan habuan wang tunai yang banyak untuk pemenang. 

Baru-baru ni, Khairul Fahmi Che Mat muncul di televisyen untuk iklan minuman isotonik100 Plus. Makin masyuk beliau ni..Semoga terus sukses.

Diolah dari : KL today


10 Tabiat Tidak Patut Rakyat Malaysia

Salam Ramadan Al Mubarak

Entri kali ini nak kongsi tentang 10 tabiat orang Malaysia yang tidak patut. Ini bermaksud tabiat2 yang tidak sepatutnya rakyat Malaysia lakukan, tetapi lakukan jugak.


1) pemanduan yang tidak berhemah dan tidak selamat.
Ia seperti mengubah lorong tanpa memberi signal dan membunyikan hon tidak sabar. Ramai yang aku lihat orang memandu bunyikan hon dan x sabar, nak bawak laju-laju..

2) tidak mematuhi papan tanda lalu lintas. Papan tanda tidak membenarkan meletakkan kenderaan tetapi masih letak gak kereta kat situ. Signboard kat LRT tak kasi makan dalam LRT, orang tetap buat gak. Kawasan larangan merokok tetapi hisap gak rokok.


3) merampas petak parking sedangkan orang lain dah tunggu berjam-jam tunggu parking kosong. Yang ni memang ak hangin gak la.Biasanya situasi ni berlaku bila ruangan letak kenderaan terhad.

4) tidak bagi tempat duduk kepada yang lebih memerlukan. Golongan-golongan yang lebih memerlukan tempat duduk seperti inu mengandung dan orang lebih tua. Ada iklan tv yang ada orang buat-buat tido bila ada orang mengandung kat LRT.

5) tidak utamakan orang yang nak keluar pengangkutan awam sebelum nak masuk ke pengangkutan awam seperti bas dan LRT. Sepatutnya bila naik LRT contohnya, utamakan lah orang yang nak keluar, lepas tu barulah naik LRT tu. Kurang la sesaknya kalau semua orang beri kerjasama. Sekarang ni aku lihat rakyat Malaysia dah faham dan utamakan yang nak keluar dulu. Bagus.

Ni beratur ke..malas nak naik tangga..
6) menelefon dengan nada yang kuat di kawasan awam seperti di panggung wayang. Memangla orang  yang nak ditelefon tu jauh, tapi tak perlulah sampai nak memekik masa menelefon tuu..Kat panggung wayang, selalu gak la ada orang yang buat camni, ganggu orang lain yang nak ber'feeling' tengok wayang.

7) tidak menahan pintu lif yang dibuka untuk orang yang nak masuk/keluar selepas tu. Maksudnya bila dalam lif, dah nampak orang nak masuk lif tu tolonglah tahan pintu lif tu daripada tutup. Ni tak, buat tak tau je.

8) tidak mengucapkan terima kasih bila orang lain berbudi. Selalu macam ni, bukan kena bayar pun kalau ucapkan 'terima kasih'.


9) amalan yang tidak bertimbang rasa. Biasanya ramai yang tinggalkan troli selepas membeli belah kat parking lot. Ini mengganggu orang lain yang nak meletakkan kenderaan.
Ramai yang mencangkukg kat atas mangkuk tandas(jamban duduk). Kalau nak ccanggung, guna la tandas cangkung. Bahaya tau buat camtu.
Selain itu, mengotorkan tandas awam. Contengan mesti ada di mana-mana tandas awam. Agaknya tandas kat rumah sendiri pun conteng x?

10) datang lambat. Yang ni memang menjadi asam garam kehidupan. Janji pukul 10 sampai, pukul 10 baru lah nak gerak.

Ada lagi tak?hihi

Tuesday, July 24, 2012

AGAMA; Air Zam-zam

Kali ini nak berkongsi pasal air zam-zam.



Air zamzam adalah air yang mempunyai khasiat, keistimewaan dan keutamaan yang besar, kerana ianya adalah air terbaik yang menjadi "pemimpin" segala air yang selainnya.  Air zamzam adalah air yang paling mulia, hal ini berdasarkan sabda Baginda Rasulullah (s.a.w) yang bermaksud :
Air terbaik di muka bumi adalah air zamzam’


Air zamzam adalah air yang digunakan untuk membasuh hati Baginda yang paling mulia, Nabi Muhammad (s.a.w.). Hati Baginda, Nabi Allah yang paling mulia hanya dibasuh dengan air yang paling mulia pula. Allah (SWT) memberikan keistimewaan kepada air yang penuh keberkatan itu.
Jika kita meminumnya dengan niat ingin menghilangkan rasa lapar, maka Allah (SWT) akan memberikan rasa kenyang kepada kita. Jika kita meminumnya dengan niat ingin sembuh daripada penyakit, maka Allah (SWT) akan memberikan penyembuhan terhadap penyakit tersebut.  Bahkan, jika kita meminum air zamzam untuk pelbagai keperluan, maka Allah (SWT) akan memperkenankan keperluan tersebut. Hal ini bersesuaian dengan apa yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah (s..a.w.) dalam salah satu hadis yang bermaksud:
‘Air zamzam itu terpulang kepada niat untuk apa ia diminum’


Air zamzam adalah air yang diberkati oleh Baginda Rasulullah (s.a.w.) menerusi percampuran ludah Baginda (air liur) yang suci, hinggakan keberkatannya berlipat-ganda. Baginda Rasulullah (s.a.w) telah pun berwuduk dengan air zamzam. Baginda juga kerap mengambilnya sebagai miinuman.  Kekerapan mengambil manfaat daripada air zamzam adalah merupakan unsur-unsur keimanan dan petanda terbebasnya saseoranng itu dari sifat-sifat munafik.


Memandangkan bahawa air zamzam mempunyai keistimewaan besar dan mengandungi kebaikan, maka air zamzam merupakan hidangan dan pemberian yang paling utama.  Sebab itulah, Baginda Rasulullah (s.a.w.) sentiasa memberikan air zamzam apabila Baginda ingin menjamu hidangan kepada seseorang.  Baginda Rasulullah (s .a.w.) juga menjadikan air zamzam sebagai bekalan ketika dalam perjalanan, membawanya ke pelbagai ceruk rantau.  Aisyah (r.a.) juga membawa air zamzam dan berkata bahawa Baginda Rasulullah (s.a.w) sentiasa membawanya.  Jumlah air zamzam yang sangat banyak itu, tidak akan habis kekeringan meskipun saban hari kerap digunakan. Ianya tidak akan habis selagi dunia ini belum berakhir.  Air zamzam merupakan salah satu daripada mata air syurga.  Itulah sebabnya ianya mempunyai kelebihan, kebaikan dan keberkatan.


Mengandungi Zat Anti Kuman

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.

Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.

Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.

Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.

 Kredit:pelbagai sumber


Monday, July 16, 2012

Aku Dah Merasa Menu Rakyat 1 Malaysia

Salam kembali.

Nak cerita pasal Menu Rakyat 1 Malaysia. Ada gak lah pengalaman merasainya.


Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan harga RM2 bagi pakej sarapan dan RM4 bagi makan tengah hari. Untuk set sarapan, satu hidangan berat dan Teh o.

Set makan tengah hari RM 4. Nasi putih +1 lauk utama +1 sayur +telur dadar+ air kordial atau teh o ais. Pernah nikmati makan tengah hari. Memang berpatutan. 


Biasanya kalau makan tengah hari amik nasi putih+ ayam seketul dan sayur je dah RM 4. Kalau menu rakyat 1 Malaysia, siap ada telur dadar dan air (air kordial atau teh o ais) sekali. Memang berpatutan. Sedap tak sedap bergantung pada kedai makan tu la. 

Tolong jangan kata saya miskin, sebab saya hanyalah pelajar yang tiada gaji. Makanannya boleh tahan sedap siap dengan air lagi. Hari tu amik teh o ais. Lauk utama sama ada ayam goreng atau daging.

Apa Ending Sinetron Nada Cinta?

Salam buat pembaca dan pengunjung yang budiman.


Jarang update blog pasal sinetron ni. Dulu ada sekali, pasal sinetron Amanah Dalam Cinta. Takpe kali ni nak habaq mai pasal apa jadi ending sinetron Nada Cinta? Happy Ending ke tidak??




Ok lah, happy ending..Dahlah banyak episod sampai 244 kalau tak happy ending kecewa je penonton. Ye tak?


Seperti yang diketahui, Nada ada saudara kembar iaitu Cinta yang mengalami musibah kebakaran dan disangka sudah meninggal akhirnya selamat bersatu dengan Marvin. Nada sendiri terus dengan cinta remajanya bersama Ricky sampai menikah.Vito pulak berkahwin dengan Flora. Alex kahwin dengan Rasti. Rasty ni rupanya anak Nia dan Erwin bukan anak Nia dan Faris.


Kalau setakat baca dari blog ni, memang tak puas. Kena la tengok sinetron nya baru la ada syok. Tayangan Isnin-Jumaat 6.30ptg-7.30 malam di saluran 104 Astro Ria. 

Tahniah! Anda Penentu Masa Depan Keluarga, Masyarakat dan Negara

Baru-baru ini ramai kawan-kawan lepasan STPM/setaraf mendapat keputusan kemasukan ke IPTA. Syabas dan gunakan peluang yang dapat ini untuk meningkatkan diri.



Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya mulai 16 Julai 2012. Semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempaoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 22 Julai 2012. Pengesahan setuju terima tawaran boleh dicetak melalui Laman Web IPTA seperti yang dinyatakan di Portal. ( Portal UPU: http://upu.mohe.gov.my/)

Menurut kenyataan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), sejumlah 63,467 calon lepasan STPM/Setaraf telah mengemukakan permohonan pada sesi ini. Ia menunjukkan penurunan 1.9 % berbanding sesi lepas. Seramai 27,289 (43.0%) calon memohon adalah daripada aliran Sains dan 36,178 (57.0%) adalah daripada aliran Sastera. Sementara itu, 21,336 (33.6%) calon adalah lelaki dan 42,131 (66.4%) calon adalah perempuan.

Berdasarkan permohonan, seramai 52,430 (82.6%) adalah calon yang layak dan melepasi Syarat Am Universiti serta Syarat Khas Program Pengajian. Ia juga menunjukkan penurunan 1.5% berbanding sesi yang lepas. Sejumlah 38,549 daripada calon yang layak telah berjaya mendapat tawaran di IPTA, iaitu 13,177 ialah lelaki dan 25,372 ialah calon perempuan.

KPT juga memaklumkan bahawa Aplikasi e-Rayuan dibuka untuk capaian melalui Portal UPU mulai 13 Julai 2012 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari. Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA sahaja dibenar mengemukakan rayuan melalui aplikasi ini dalam tempoh 10 hari. Tarikh tutup permohonan e-Rayuan pada 22 Julai 2012.

Semua pelajar baru akan mula mendaftar di IPTA masing-masing pada 1 hingga 2 September 2012.

Sumber: mohe.gov



SPONSORED