Paparan

SPONSORED

Monday, August 27, 2012

Budaya Pertanyaan Sepanjang Hidup

Salam.

Entri ini mengenai budaya-budaya masyarakat kita sepanjang zaman. Maksudnya, bila zaman ni, budaya orang kita pasal zaman tu.


Zaman sekolah, sering ditanya sekolah kat ner? Teringat dulu masa lepas darjah 6, ramai kawan yang tanya dapat sekolah mana.
Masa dapat keputusan UPSR/PMR dan SPM, mesti orang akan tanya dapat berapa A? Masa PMR lah paling bangga, keputusan PMR paling tinggi di kalangan sepupu sebaya.Yeahh..


Kemudian zaman Universiti. Lepas abis Diploma/Ijazah orang akan tanya 'mesti Dekan/Kelas pertama kan'. Stress betul lah. Kita ni takde la pandai sangat..




Zaman kerja, orang akan tanya 'kerja apa'. Yang kerja bagus pastinya berbangga. Kalau kerja biasa akan berasa rendah diri dan cover malu.
Pastu, orang akan tanya sama ada gaji besar ke tak. Bergaji besar akan menjadi pilihan bakal mertua.



Kerja dah dapat, orang kemudiannya akan tanya 'bila lagi nak nasi minyak nya?'. Hehe..malu la hehe...


Kemuian dah kahwin, 3 bulan kemudian orang dah tanya 'ada apa-apa berita ke?' Maksudnya pasal anak lah. Yang masih belum dapat anak selepas 2 tahun akan cover line. Macam-macam usaha untuk dapatkan zuriat.

Then, orang akan tanya 'anak dah berapa?'

Cycle ni akan berulang sampailah bila-bila dan tidak dapat dinafikan lagi.

Kisah Aidlifitriku yang ...

Salam buat pembaca dan pengunjung.

Kali ini nak cerita kisah Aidilfitriku mengikut tajuk entri blog kali ini.

Aidilfitri 2012Masihi/ 1433Hijrah.

Banyak kisah yang boleh diceritakan dalam entri ini, tapi saya mahu cerita pasal Aidilfitri yang tidak seberapa gembira.

Aidilfitri tahun ini ku sambut tanpa atok dan nenek dari kedua-dua belah mak dan bapa. Maksudnya saya sudah tiada atok dan nenek lagi. Aidilfitri kali ini lah pertama kali tanpa atok dan nenek. Nenek meninggal dunia 2 tahun lepas. Kemudiannya atok pula pergi menemui Ilahi setahun kemudian, iaitu tahun lepas. Mereka berdua pergi begitu cepat. Sekarang, sudah tiada lagi atok dan nenek dari belah mak dan ayah.

Untuk makluman, atok diatas ialah belah bapa manakala nenek ialah belah emak. Kebiasaannya, tentunya akan pulang berhari raya di kampung untuk menjenguk atok dan nenek. Usia ku makin meningkat dan kini dewasa, mereka pun pergi meninggalkan kami. Kami dapa melawat dan melihat rumah peninggalan serta pusara mereka.

Raya kali ini tidak pulang ke kampung. Kami melawat sanak saudara yang ramai itu. Saya bersyukur kerana kami masih bersatu dan berkumpul bila saat Aidilfitri sama seperti saat semasa atok dan nenek masih ada.

Pada Raya ke-4,setelah puas bergelak sakan dan ceria di rumah sepupuku dan makcik2 ku di Jb dan Kluang, kami dikejutkan dengan berita buruk ketika kami baru selesai solat di masjid semasa dalam perjalanan pulang ke rumah Batu Pahat.

Kami terkejut mendengar berita bahawa salah seorang makcik ku telah kembali ke Rahmatullah..Segala perancangan untuk menyambut sedara mara dari Kluang ditunda serta merta.Pada waktu itu, kami sedang bergegas pulang ke rumah untuk menyambut kedatangan mereke dari Kluang tempat kami beraya sebelum itu. Oh, patutlah beliau tiada semasa Raya, rupanya sakit.

Jenazah dikebumikan sebelum Zohor keesokan harinya. Hari telah pun malam, mujurlah rumah kami ke Pontian tak jauh. Kami bertolak ke pontian untuk beri penghormatan terakhir sesudah subuh.

Dua hari kemudian di raya ke-6, sepupu pula meninggal dunia. Sebelum ini pada tahun ini juga sepupu yang paling aku rapat pun telah pergi..

Kesimpulannya, Aidilfitri ku kali ini dengan kisah kematian. Ini mungkin mahu mengingak kan saya bahawa hidup di dunia ini hanya lah sementara. Jangan la kata kita ni muda lambat lagi mati. Buktinya sepupu ku yang sebaya telah pergi dahulu daripada ibu bapanya yang masih hidup. Pertingkatkan amalan selagi hayat di kandung badan.

Al-Fatihah buat mereka dan juga kepada sesiapa yang telah pergi..


Tuesday, August 21, 2012

Amalan Sunat di Hari Raya

Selamat Hari Raya untuk anda yang menyambutnya.

Entri ni pasal raya, iaitu amalan sunat di hari raya. Sedikit-sebanyak dapatlah dikongsikan sedikit..


  • Mandi Sunat Hari Raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri,bersugi dan memakai wangi-wangian.
  • Pakai baju cantik-cantik atau memakai pakaian terbaik yang ada
  • Makan sebelum solat sunat Hari Raya (Aidilfitri), manakala makan selepas solat sunat Hari Raya (Aidiladha). Yang ni yang selalu orang keliru. Ini bukan wajib sebab ianya sunat. Buat dapat pahala tak buat tak dapat apa-apa.
  • Memperbanyakkan Takbir.
  • Solat sunat Hari Raya di tempat yang luas.
  • Solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit waktunya bagi memberi ruang kepada sesiapa yang belum bayar zakat.
  • Solat sunat Aidiladha dipercepatkan. Ini berbeza dengan Aidilfitri yang solatnya dilewatkan.
  • Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim. Kat Malaysia ni dipanggil beraya. Selagi bulan Syawal belum habis,selagi tu lah ramai masih beraya. Rumah terbuka pun dah hujung-hujung bulan raya masih diadakan lagi kan?


Tuesday, August 14, 2012

Pemanasan Global

Salam buat semua.


Apa itu pemanasan global?

Keadaan suhu bumi meningkat secara berterusan.



Punca pemanasan global:


#Penerokaan kawasan hutan secara berleluasa
Banyak pokok ditebang untuk aktiviti-aktiviti pembangunan dan penerokaan sumber galian seperti bijih timah, emas dan sebagainya. Oleh itu, fungsi pokok sebagai penstabil ekosistem turut terjejas. Ini mengurangkan penghasilan oksigen daripada pokok dan meningkatkan gas karbon dioksida. Kesannya, gas karbon dioksida meningkat mendorong pemanasan global.

#Kegiatan pembakaran terbuka.
Banyak petani secara tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran terbuka untuk melupuskan sisa-sisa pertanian. Pembakaran terbuka mendorong penghasilan gas karbon dioksida yang menyebabkan peningkatan suhu bumi. Pembakaran bahan api daripada kenderaan turut menyumbang pemanasan global.


Kesan pemanasan global:

#Kenaikan aras laut
Peningkatan suhu bumi menyebabkan kecairan bongkah ais di kurub utara dan selatan. Kesannya, sering berlaku kejadian banjir di mana-mana menggugat kehidupan manusia. Banjir membawa penyakit seperti cirit-birit, penyakit kulit dan seumpamanya. Banjir juga meragut nyawa seperti mati lemas dan dihanyutkan arus banjir. Tanaman-tanaman sumber makanan musnah kerana banjir.

#Menjejaskan kesihatan manusia.
Manusia berasa tidak selesa berikutan peningkatan suhu. Fenomena ini turut mengakibatkan pelbagai penyakit seperti kerosakan kanta mata, kanser kulit, malahan berlaku mutasi dalam sistem kromosom manusia. Contoh kesan mutasi kromosom ialah Sindrom Down.

Kesimpulan:
Pemanasan global beri kesan negatif kepada hidupan.Usaha-usaha wajar diambil bagi membandung kesan pemanasan global.

Jenis dan Ciri Sistem Pertanian di Malaysia


Assalamualaikum w.b.t..

Kali ini,entri operkongsian berilmiah sedikit untuk anda.


Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi pertanian di sesuatu kawasan:
  1. Muka bumi - rupa bentuk mukabumi yang pelbagai seperti tanah pamah beralun, berbukit-bukau, tanah tinggi berlembangan.
  2. Jenis Tanih - laterait, gambut, lanar sungai, dan mempunyai saliran yang baik.
  3. Iklim - panas lembab (purata suhu tahunan 27 darjah Celcius, hujan tahunan 2,500 mm.
  4. Kepentingan - beras sebagai makan ruji, tanaman getah, kelapa sawit, koko, dan kopi sebagai tanaman dagangan.
  5. Sejarah - penjajah yang mula membawa masuk jenis tanaman tersebut.
  6. Teknlogi - penghasilan tinggi berdasarkan kepada baka dan teknik pengeluaran.
  7. Pasaran - bergantung kepada permintaan tempatan dan antarabangsa.
  8. Keperluan - penyumbang ekonomi negara dari segi guna tenaga dan hasil eksport


Secara umumnya terdapat 3 jenis sistem pertanian di Malaysia, iaitu:
  1. Sistem pertanian pindah
  2. Sistem pertanian kebun kecil/  sara diri
  3. Sistem perladangan


Sistem Pertanian Pindah
  • Sistem pertanian pindah ialah sistem pertanian tradisional yang ringkas dan berkonsepkan pindah tapak. Tapak pertanian sering dipindahkan mengikut tahap kesuburan tanah. Ia biasanya diamalkan oleh masyarakat pribumi di Malaysia.
  • Menggunakan cara-cara penanaman dan peralatan tradisional (kaedah primitif) seperti cangkul, tugal, kapak, parang dan batang kayu.  Hasil tanaman adalah untuk kegunaan sendiri dan diusahakan oleh ahli keluarga sendiri.
  • Petani akan berpindah ke kawasan baru apabila kesuburan tanah yangtelah ditinggalkan akan ditumbuhi oleh hutan belukar.

Pertanian Kebun Kecil / Sara Diri
pertanian kebun kecil
  • Jenis tanaman yang diusahakan oleh pekebun kecil adalah sama dengan sektor perladangan tetapi daya pengeluaran adalah rendah. Diusahakan oleh ahli keluarga yang bermodal kecil. Ditanami dengan tanaman sara diri untuk keperluan keluarga dan selebihnya dijual kepada penduduk tempatan sahaja.
  • Menggunakan jentera-jentera kecil dan kemudahan pemprosesan serta pemasaran yang disediakan oleh kerajaan. Masih ada yang mengamalkan cara pertanian tradisional. Tanaman yang ditanam seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan jagung (tanaman sara diri) serta tanaman dagangan seperti kelapa sawit, getah, lada hitam dan koko.
  • Daya pengeluaran rendah disebabkan saiz tanah yang diusahakan tidak ekonomik, penggunaan teknologi moden agak terhad, tanah mengalami kesan pemecahan hak milik dan sistem pengeluaran yang tidak teratur. Kesannya ialah mutu pengeluaran yang rendah, harga pun rendah, dan akhirnya pendapatan pekebun kecil juga rendah. 

Pertanian Ladang
  • Keluasannya melebihi 40 hektar.  Dijalankan secara besar-besaran oleh syarikat besar kerana melibatkan kos pengurusan yang tinggi dan  menggunakan modal yang besar. 
  • Biasanya ia melibatkan pelaburan syarikat swasta seperti GUTHRIE, SIME DARBY dan DUNLOP serta agensi kerajaan seperti FELDA, FELCRA dan Tabung Haji.
    pertanian ladang
  • Menggunakan tenaga buruh yang ramai, peralatan moden, racun serangga, baja urea dan biji benih yang bermutu tinggi. Mengeluarkan hasil yang tinggi dan kebanyakannya diekspot.

p/s:
sumber: pelbagai

Monday, August 13, 2012

Nissan Murano menarik minatku, tapiii...

Salam buat semua.

Nissan Murano memang cantik. Setuju??Saya lihat di jalan raya, tertawan melihat kejelitaan Murano ni.


Nissan Murano ni menawarkan 5 pilihan warna. Antaranya: Super Black, Grey Bronze, Brilliant White, Brilliant Silver dan Grey Blue.

Dari luaran, Nissan Murano ni nampak gagah dan bergaya kan?

pandangan belakang



ruang dalamannya yang kemas dan nampak agak mewah



Amacam? Berminat jugak dengan Nissan Murano? Cantik kan? Cantik memangla cantik, tapi..harganya pun cantik gak. 

Berapa harganya?

Menurut laman web rasmi Nissan, boleh didapati dari Rm 318 782.50. Itu la tetapinya mengikut tajuk entri ini. Harganya yang tak sanggup ku dengari..Agak mahal. Mungkin inilah sebabnya Nissan Murano ni kurang dimliki dan berada di jalan raya. 

Biasanya yang berduit je mampu beli Nissan Murano ni. Nissan Murano ni merupakan imej kepada mereka yang menjaga imej dan gaya. Yelah, orang akan pandang sesiapa yang ada SUV ni sebab tak ramai yang mampu memilikinya. Sterotaip: Ni mesti orang kaya ni..

Ingat namanya Murano, harganya murah pebeno ke??hehe..

Kepada yang tiada masalah pasal wang, tiada masalah nak beli. 

Kalaulah la dapat ..bestnya..

Monday, August 6, 2012

Liyana Jasmay- Cinta Bersatu (Lirik)

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu
 

Sleeq feat Najwa Latif- Untuk Dia (Lirik)


[Sleeq]
Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Dia penuh gaya, semuapun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila

Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Engkau Punya Gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja

Bertemu di MukaBuku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu

Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya

[Sleeq]
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku

Sunday, August 5, 2012

Baskin-Robbins free untuk Rakyat Malaysia!!BASKIN-ROBBINS TREAT ON AUG 8 IF MALAYSIA WINS FIRST GOLD MEDAL


A special treat awaits all Malaysians if the country wins its first ever gold medal at the London Olympics.

Baskin-Robbins has promised free ice cream to celebrate the success on August 8th at all 61 its outlets nationwide from 8pm til 10 pm.

The ice cream treat is one of the 'Dreams of Gold' inniative from Baskin-Robbins through Media Prima Berhad's special programe for the 2012 Olympics.

To claim your free treat just head on to any Baskin-Robbins outlet and choose from the 31 flavours available.

A total of 30 Malaysian athletes were sent to compete at the London Olympics.

Only the badminton and cycling teams remain in contention for medals.


Source: 7edition

SPONSORED