Paparan

SPONSORED

Sunday, November 18, 2012

Kisah ku di Terengganu

Salam buat semua.

Hari ini cuti Deepavali 2012. Selamat hari Deepavali kepada mereka yang menyambutnya.



Tahun 2013 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Terenganu. Sudah tentunya banyak promosi untuk menggalakkan kedatangan pelancong ke negeri yang terkenal kerana penyu dan keropok lekor. Tak beli keropok lekor memang tak sah gi Terengganu.

Dalam seminggu yang lepas saya berpeluang ke Terengganu di bawah trip anjuran kelab dalaman fakulti. Trip berlangsung selama 2 hari satu malam. Macam-macam tentatif sama ada nak 2 malam atau pun 1 malam. Akhirnya dapat bermalam 1 malam je disebabkan ada aktiviti sehari sebelum trip tu.

Trip tu memang best, tapi yang kurang bestnya, hanya satu malam je.

Bas bertolak dari kampus pada jam 6.30 pagi Sabtu 10 November 2012. Sebenarnya jangkakan bas nak gerak pukul 6 pagi. Jadi malam sebelum nak bertolak memang tak tido, takut nanti bangun terlajak sampai pukul 9-10 pagi. Last-last tido gak kul 4 pagi sebelum kawan telefon kul 5 pagi. Saya ingatkan dah ramai berkumpul sebab mungkin saya agak lewat, rupa-rupanya saya antara 4 yang terawal berkumpul.

Perjalanan mengambil masa dalam 7 jam termasuklah berhenti di R&R. Pengalaman pertama melalui Lebuhraya Pantai Timur. Highway agak berliku lebih-lebih lagi kat area Karak.

Lebuhraya Pantai Timur. Persimpangan Genting Highlands. Sem depan ke sana pulak under trip sendiri

Trip terus ke Ibu negeri Terengganu, pertamanya melawat Noor Arfa batik. Tak de apa yang dibeli melainkan makanan tengah hari. Kalau saya ni gugurl/ perempuan tentulah tertarik nak membeli. Lagipun dah pernah datang dah.


Seterusnya ke Pasar Payang dan kawasan sekitarnya. Pasar Payang antara tempat wajib jika datang ke Kuala Terengganu. Sebelum-sebelum ni, memang teruja nak shopping kat pasar payang, tapi kali ni tak. Bila kat pasar payang, boleh lawat kawasan bandar. Antara tempat terdekat ialah Istana Maziah dan  Dataran Shahbandar. Bandar Kuala Terengganu pada umumnya bukanlah bandar yang ada banyak bangunan-banguna n tinggi seperti Penang dan J.B, tapi bandar yang agak santai dan tenang untuk bersiar siar. Datarannya menghadap sungai dan bandarnya dekat dangam laut.


pasar payang
Puas gak kat K.T. Malam dalam kul 9 malam tiba kat Bandar Dungun makan malam. Agak annoyed bila kedai makan tu lambat sediakan makanan. Kami ke UiTM Dungun untuk check-in tempat tidur. Overall UiTM Dungun agak luas. Kolej nya pun besar. Pintu masuk utama menghadap laut. Pukul 12 malam ramai dah mula tidur,esok nak keluar pukul 7 pagi untuk agenda seterusnya. Maklum la penat berjalan seharian.

Pagi-pagi lagi bertolak ke Pulau Kapas melalui jeti Mandar Marang. Ini antara agenda terbesar lawatan kali ini. Snorkeling!! Tak jauh Pulau Kapas dengan tanah besar. Dari Pulau Kapas leh nampak Bandar Kuala Terengganu. Pulau Kapas memang sesuai untuk aktiviti snorkeling kerana terumbu karangnya sangat  cantik!!Subhanallah..
Selamat tinggal Pulau Kapas

Menjelang hampir petang, ke Rantau Abang. Rantau Abang ada  apa? Tentunya Penyu..seperti lagu Iklim, Terengganu Kita~.
model penetasan telur penyu

jenis-jenis telur penyu

Bermula bertolak pulang ke Shah Alam pukul 5 petang sebab perjalanan memakan masa 7 jam termasuk berhenti kar R&R. Sampai pukul 12.30pagi,esoknya ada kelas memang penat. Sampai bilik terus terjah katil.

Itulah corat coret pasal trip ku ke Terengganu...

Tuesday, November 13, 2012

Teringat pulak kepada Sammy Vellu

Salam semua.

Datuk Seri S Sammy Vellu?Sapa yang tak kenal? Dulu menjadi menteri Kerja Raya pada zaman saya sekolah rendah dulu-dulu. Hari hari muka beliau ada kat berita TV.

Antara ayat-ayat kelakorr dari Samy vellu :


1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
“Besoh kirim, hari ini juga sampai”

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
“Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar”

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
“Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini.” Kemudian seorang pakcik bertanya, “Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?” Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, “Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
“Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
“Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!”

6. Berkenaan masalah sosial:
“Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade”

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
“Marilah kita semua menderma dare”

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
“Selamat datang saudara-mara semua” (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
“Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam”

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
“Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain”
Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:
“Kita akan bina roket pigi matahari.” Salah seorang wartawan berkata, “Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati.” Samy menjawab, “Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam” !

Kah kah kah

Saturday, November 3, 2012

Dapat Barang Percuma Memang Best, TAPI...

Salam buat pembaca budiman. Terima kasih kerana 'follow' blog ini yang tidak seberapa. Saya masih belajar.

Raya haji telah berlalu. Saya serta mahasiswa seangkatan bercuti bersempenanya. Saya dan kawan sekampus cuti pertengahan semester selama seminggu. Dapat la jumpa keluarga. Tapi cuti yang diharapkan enjoy tidak lah seberapa enjoy kerana dalam fikiran dihantui assignment dan test-test sekembalinya dari cuti.

Saya lihat kengkawan yang lain tension a.k.a. tertekan sampaikan makan pun tak lalu. Dahlah makan pun menolak bila diajak makan. Semakin lama belajar di universiti, semakin berat kerja dan tanggungjawab.

Beberapa bulan lepas, saya masuk pertandingan. Tak sangka saya johan a.k.a. Tempat Pertama. Tak pernah dapat tempat pertama jadi seronok lah. Jika anda berusaha keras untuk mencapai kejayaan dan akhirnya berjaya/menang, sudah pastinya berasa manis gembira happy bangga bla bla bla...

Salah satu hadiah yang saya dapat ialah BEG balik kampung. Rasanya itu beg balik kampung kot,sebab besar saiznya. Beg ni digunakan untuk angkut pakaian ke dobi. Senang sikit takde la bawak satu baldi dengan motorsikal, jatuh la saham kalau aweks nampak kan.Hehe..


Gambar kat atas tu adalah begnya. Nampak tak tali beg yang sangkut kat bahu tu tercabut? Tak nampak..meh tengok gambar kat bawah pulak..


Situasi ni berlaku ketika nak balik bercuti. Sedang berlari nak cepat sebab bas dah nak jalan, tiba-tiba tali yang digalas kat bahu putus. Beg tu pun hampir terjatuh. Nasib baik member hantar ke stapid KL, mesti lenguh tangan jinjit beg yang berat tu. Ish3..masa nak cepat, masa tulah beg buat hal.

Kenapa dengan gambar dibawah? itu saya tungukkan zip daripada beg yang dah tercabut zipnya. Beg mana lagi, beg tu lah.


Masa nak 'packing' barang nak pulang semula ke kampus, dengan tak sekena mengena zip beg tercabut. TAk tau la macam mana leh terjadi. Beg-beg lain tak de pulak camni. Padahal beg ni masih baru, cantik lak tu. Hai nasib nasib..

Benda percuma qualitinya memang tak harapkan sangat. Pengalaman ini menyedarkan saya bahawa 'ada rupa ada harganya'. Tu simpulan bahasa yang bermaksud barang baik mestilah mahal. Macam juga beli baju RM 10 kat pasar malam, jangan harap kan baju tu tahan  lama.

Beg ni dapat free sebab menang pertandingan sukan. Tapi bukan beg saja yang saya dapat. Beg ni antara salah satu barang yang saya dapat. Selain tu dapat la pingat, tapi bukan lah pingat datuk ke datuk seri tu. Pingan emas. Dapatlah dijadikan kenangan dan digantung kat rumah. Untung pingat tu cantik berkilat..

P/S: tiap-tiap hari hujan, sediakan payung sebelum hujan..hehe..

SPONSORED