Paparan

SPONSORED

Friday, May 31, 2013

Poco-poco

Salam Jumaat.


Poco-poco mencetuskan fenomena, seperti juga Oppa Gangnam Style. Setiap kali ada aktiviti riadah mahupun rekreasi berkumpulan, pastinya tarian poco-poco turut ada selain daripada Aerobik dan J-Robik. 

Lagu Poco-poco dicipta oleh Arie Sapulette, kelahiran Ambon Indonesia. Beliau menciptanya lagu itu setelah mendapat inspirasi daripada seorang gadis gempal yang lincah menari di suatu pesta. Dek kerana terlalu seronok melihat kelincahan gadis gempal tersebut menari hingga terkeluar perkataan poco-poco dari mulutnya.

Setelah Arie berpindah ke Jakarta tahun 1995, lagunya telah dinyanyikan oleh penyanyi terkenal di Indonesia, Yopie Latul dan bermula dari situ rentak tari poco-poco semakin popular di Indonesia hinggalah menular ke seluruh nusantara. Tarian poco-poco dianggap sebagai satu medium senaman yang boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat usia mahupun status, daripada majlis korporat hinggalah ke sekolah dan padang-padang senaman.

Keseluruhan lagu itu juga membawa maksud tubuh yang sihat, badan yang tegap dan dilagukan dengan iringan tari yang mudah serta menghiburkan. Gerak tariannya umpama senaman aerobik, membuatkan badan berpeluh dan berasa lebih sihat. Jurulatih senaman bertauliah, Adila Idris berkata dua langkah ke kanan, dua langkah ke kiri, satu langkah ke belakang, kemudian ke depan dan ke belakang Begitu seterusnya gerakan itu diulang-ulang.




Namun begitu, tarian poco-poco mencetuskan kontroversi apabila ia telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari 2011. Bagaimanapun beberapa negeri lain masih belum membuat belum membuat keputusan dan sedang membuat kajian lanjut.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan berkenaan hukum tarian poco-poco:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 - 22 April 2011 telah membincangkan Hukum Tarian Poco-poco Dan Seumpamanya Menurut Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa berdasarkan dapatan daripada kajian awal yang dikemukakan, fakta yang menunjukkan bahawa tarian poco-poco yang dipraktikkan di Malaysia mempunyai kaitan secara langsung dengan ritual penganut agama Kristian masih belum dapat dibuktikan sepenuhnya dan kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan bagi memastikan fakta sebenar asal usul tarian tersebut. Walaupun demikian, Muzakarah mengambil perhatian dan menghormati keputusan pengharaman tarian poco-poco yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Sehubungan itu, bagi memastikan apa jua bentuk tarian sama ada poco-poco atau sebagainya tidak bertentangan dengan ajaran Islam, Muzakarah memutuskan supaya sebarang bentuk tarian yang dilakukan hendaklah merujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam yang telah diputuskan sejak tahun 2007 seperti berikut, antaranya:
a) Berpakaian menutup aurat, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam;

b) Gerak tari yang disembahkan tidak menimbulkan fitnah;

c) Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah;

d) Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan agama bukan Islam; dan

e) Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.”


Monday, May 27, 2013

Kepentingan Hutan



Entri kali ini berkenaan perkongsian kepentingan hutan. Bagi yang mencari jawapan apakah kepentingan hutan, entri ini sedikit-sebanyak menyumbang kepada jawapan anda :)

Hutan dapat dijadikan kawasan tadahan air hujan. Dengan ini, kita dapat menggunakannya dalam pelbagai aspek kehidupan harian seperti memcuci, memasak dan lain-lain. Air adalah nadi kehidupan. Bayangkanlah jikalau hidup tanpa air. Ok lah bayangkan jika sehari tiada air, apa kita rasa? Busuk kan kita sebab tak dapat mandi. Air penting untuk tubuh badan. Pastinya semua orang tahu kepentingan minum air masak. Kesimpulannya, hutan tiada, air pun tiada. Oleh sebab itu, hutan menjadi nadi kehidupan kepada penduduk bumi.


Selain itu, hutan juga menjadi kawasan mainan fauna di muka bumi ini. Sering kita dengar istilah flora dan fauna kan. Bagi yang tidak tahu maksud kedua-dua perkataan itu, flora ialah tumbuh-tumbuhan dan fauna ialah haiwan dari bahasa mudahnya. Hutan yang berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna, hutan dapat menyelamatkan flora dan fauna. Hutan merupakan tempat tinggal bagi haiwan-haiwan. Seringkali kita melihat berita, harimau atau gajah sesat di kampong. Sebab kan apa? Hutan yang menjadi tempat tinggal mereka makin pupus/kurang, kemana lagi mereka mahu tinggal.  Hal ini demikian kerana kepupusan flora dan fauna berkait rapat dengan hutan.


Sementara itu, hutan juga dapat memainkan peranan sebagai pengawal pemanasan global. Pemanasan global berlaku kerana pencemaran dan sikap manusia yang tidak cinta akan alam sekitar. Pernah kah ke hutan simpan atau taman Negara? Terasa sejuk dan nyaman kan.  Oleh hal yang demikian, tahap kepanasan di muka bumi ini dapat dikurangkan agar kita tidak berpanas. Tumbuh-tumbuhan membekalkan oksigen yang diperlukan oleh manusia dan haiwan. Tumbuh-tumbuhan pula memerlukan karbon dioksida untuk proses membuat makanan.

Hutan ialah tempat manusia mencari rezeki, terutamanya Orang Asli.  Orang Asli yang tinggal di hutan mencari kayu kayan dan kayu api untuk dijual. Hutan membekalkan sumber makanan. Hasil hutan seperti herba dan ubat-ubatan dapat terus dicari dengan kewujudan hutan. Diharapkan amalan perubatan tradisional dapat diperkembangkan jika hutan dijaga dengan baik.

Hutan membekalkan hasil balak. Hasil balak menyumbang kepada ekonomi dan peluang pekerjaan. Malaysia merupakan pembekal kayu-kayan kepada negara luar seperti Jepun. Eksport balak menyumbang kepada hasil cukai kerajaan, yang digunakan untuk pembangunan infrastruktur awam dan pembayaran gaji-gaji kakitangan awam.

Hutan menjadi daya tarikan sesebuah negara. Pelancong-pelancong asing datang ke Malaysia yang sememangnya terkenal dengan hutan hujan tropika. Mereka ingin merasai keindahan hutan kerana di tempat mereka hutannta tidak sehebat dan seindah Malaysia. Pecinta alam sememangnya suka datang ke hutan untuk berinteraksi dengan alam semula jadi.  Kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan kemudahan rekreasi hutan ini. Pewartaan hutan sebagai hutan simpan menjadikan hutan terpelihara dan dijadikan kawasan rekreasi. Pelancongan meningkatkan imej dan ekonomi negara.


Jelaslah bahawa hutan sangat penting untuk keseimbangan ekosistem. Jangan lah kita hanya memikirkan keuntungan yang sementara ini tanpa mempedulikan pemeliharaan dan pemmuliharaan hutan. 

SPONSORED