Paparan

SPONSORED

Thursday, June 20, 2013

Bacaan IPU Jerebu Naik Mendadak

Entri hari ini, 20 Jun 2013. Ini merupakan entri kedua berkenaan tajuk JEREBU.

Entri saya semalam, mengenai apa tindakan yang boleh anda semua ambil semasa jerebu dan kesan jerebu terhadap kesihatan.


jerebu di Muar

Hari ini khususnya di Johor melaporkan masalah jerebu yang lebih teruk berbanding kawasan lain. Kawasan yang ketara akibat jerebu ialah di Muar, Gelang Patah, Nusajaya, Kota Tinggi, Larkin Lama dan Pasir Gudang.


batu pahat
Sehingga jam 11 pagi ini, bacaan IPU di Muar naik mendadak kepada 383 berbanding 337 pada jam 7 pagi tadi diikuti Kota Tinggi dengan 232 berbanding 221 awal pagi tadi. 

3 negeri diisytihar kawasan larangan pembakaran terbuka iaitu 

Selangor, Melaka dan Johor  mengikut Seksyen 29AA (2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 2001, kecuali pembakaran mayat dan keagamaan, berkuat kuasa serta merta.

Pejabat Pelajaran Muar hari ini telah mengeluarkan pekeliling penutupan semua sekolah rendah dan menengah selama dua hari berikutan bacaan IPU mencapai tahap bahaya.


Bandaraya Johor Bahru 1.45PM. Thanks kepada pemilik gambar ini.

Kerajaan Johor mengaktifkan bilik gerakan di beberapa daerah apabila Indeks Pencemaran Udara(IPU) melebihi 200 bagi mengawasi masalah jerebu yang semakin membimbangkan melanda negeri itu.  

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Halimah Hassan, berkata mereka yang ingkar dengan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

Ketua Pengarah JAS, Datuk Halimah Hassan, berkata mereka yang ingkar dengan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

Orang ramai boleh melaporkan kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau 03–8888 0336 atau JAS di talian bebas tol, 1-800-88-2727.

Punca kemerosotan kualiti udara masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya yang sedang dialami negara masa kini dan dijangka berterusan sehingga September.

Wednesday, June 19, 2013

JEREBU Datang Kembali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua.

Entri ini ditulis ketika Malaysia dan Singapura sedang dilanda jerebu. Hari ini ketika entri ini dikarang, banyak tempat di Negeri Johor mencatatkan Index Pencemaran Udara (IPU) atau dalam bahasa Inggeris disebut Air Pollution Index (API) yang tidak sihat berbanding negeri-negeri lain.

Gambar dibawah ini diambil pada hari ini entri ini ditulis. Terima kasih kepada yang ambil gambar ini, kredit kepada anda. Gambar ini di KOMTAR, Johor Bahru. Singapura juga dilaporkan mengalami pencemaran udara (sumber Utusan 18/6/2013)


KOMTAR, Johor Bahru


Marina Bay Sands, Singapura samar-samar kelihatan

Apa tindakan yang perlu diambil semasa jerebu
1) Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.
2) Sentiaa cuba berada dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang sesuai.
3)Guna pendingin udara atau air-cond ketika memandu. Tak kan lah nak buka tingkap masa memandu dalam keadaan berjerebu macam ni kan. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.
4) Banya kan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
5) Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan aktiviti luar.


Apakah kesan jerebu terhadap kesihatan?
Memburukkan keadaan penyakit kronik yang dihadapi seperti:
# Penyakit obstruktif penafasan kronik
# Asma
# Radang paru-paru
# Sakit jantung
# Sakit tekak
# Sakit mata
# Batuk
# Selesema  

Entri seterusnya juga berkenaan JEREBU, lebih update dengan entri terbaru dilaporkan pada hari yang sama.

p/s: -sumber Kementerian Kesihatan Malaysia
-mohon kongsi gambar

SPONSORED