Paparan

SPONSORED

Monday, July 29, 2013

Chelsea Asia Tour 2013 in Malaysia

Salam buat semua



Aksi jelajah Asia Chelsea bertemu Harimau Malaya telah berlangsung pada 21 Julai 2013.

Perlawanan ini adalah pertemuan kali keempat melibatkan Malaysia dan Chelsea sejak tahun 2003. Keputusan terbaik Harimau Malaya menentang Chelsea ketika tewas 0-1 pada tahun 2011.

Perlawanan kali ini berlangsung di Stadium Shah Alam. Walaubagaimanapun, tiada siaran langsung di televisyen Malaysia.

Astro Arena:
Isnin, 22 Julai – 3.00 petang
Selasa, 23 Julai – 8:30 malam
Jumaat, 26 Julai – 8:30 malam

Astro SuperSport (Ch 810) & Astro SuperSport HD (Ch 831)
Isnin, 22 Julai – 8.00 pagi and 5.00 petang

Selasa, 23 Julai – 9:30 malam

MALAYSIA :Fadhli Shas(m90)
CHELSEA :Traore(m6),De Bruyne(m29),Lukaku(m49),Moses(m89)

Peminat Chelsea telah dapat menunaikan hajat mereka melihat pasukan kesayangan mereka beraksi dengan lebih dekat. Bukan mudah kan nak bawa pasukan gergasi ke Malaysia. 

Dari perlawanan, ternyata Harimau Malaya perlu lebih banyak pelajari. Ranking Malaysia pun sudah jatuh banyak ni.

Friday, July 19, 2013

Shisha haram

Salam Ramadan...

Kenal tak apa itu shisha? Lihat gambar di bawah:



Shisha selalu ada kat kedai-kedai makan lebih-lebih lagi pada waktu malam.


Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam putuskan shisha adalah haram bagi umat Islam.


Selain menghisap shisha, jawatankuasa yang bersidang Rabu lalu turut melarang umat Islam daripada menyediakan sebarang perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti berkaitan shisha.

Ini diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.


Berita pengharaman shisha disebarkan dan dimaklumkan melalui televisyen dan akhbar-akhbar.  

Tulisan dan gambar-gambar hanya perkongsian kepada pembaca.

Alvin, Vivian & Bak Kut Teh

Salam Ramadan untuk semua.!10 Ramadan hari ini, terawih hari ke 11.

Mutakhir ini  heboh mengenai benda alah bawah ni.



Pembaca boleh menilai sendiri apa di atas itu.

Gambar ini menimbulkan kontroversi kerana meletakkan logo halal pada gambar Bak Kut Teh. Ini seolah-olah tidak menghormati sensitiviti penganut beragama Islam. Tambahan pula, bulan suci umat Islam.

SKMM telah memanggil pasangan ini untuk merakamkan kenyataan dan membantu siasatan.

Pasangan terbabit hadapi 3 tuduhan menghina Islam.

1) Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial facebook "Alvi dan Vivian-Alvivi".

Penerbitan itu mengandungi gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!" yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

2) Tuduhan kedua mereka juga didakwa memuat naik penerbitan itu di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi, yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan agama berlainan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

3) Bagi pertuduhan ketiga, kedua-dua tertuduh didakwa mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di www.alviviswingers.tumblr.com.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Murtazadi Amran, sebentar tadi.

Hakim Mahkamah Sesyen menolak permohonan ikat jamin dan mereka terpaksa merengkok di dalam penjara sehingga kes dibicarakan. Alvin di Penjara Sungai Buluh manakala Vivian di penjara Kajang. 23 Ogos ditetapkan untuk sebutan kes.




SPONSORED