Paparan

SPONSORED

Saturday, August 31, 2013

Soalan Sejarah SPM ke PMR ni?

Rasanya soalan-soalan ni memang famous kat ruang sosial..ala saya hanya kongsi dalam blog saya.


Memang saya ketawa terbahak-bahak membacanya..

Soalan2 SPM yg pernah mencabar minda kita dulu2.. masihkah kita ingat lagi apa jawapan nya...

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Belagak 
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung

6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk
Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Pah
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a. Ah Long
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau

Hayatilah sejarah negara kita.
Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-56..

Friday, August 23, 2013

Proton Suprima S, Nak ke Tak Nak?

Salam.

Saya tertarik dengan isu pelancaran model terbaru Proton Suprima S. Dilancarkan pada Sabtu 17 Ogos 2013.

Secara mudah, model ini sebenarnya adalah Proton Preve versi hatchback. Proton terus membuat nama baru pada model keluarannya.



Suprima diambil dari perkataan English, 'supreme' manakala huruf S mewakili, 'Sporty'



Proton Suprima S dikuasakan oleh enjin Proton CamPro 1.6 Turbo dan datangkan dalam dua variasi iaitu Executive dan Premium.

Banyak orang bandingkan Suprima S dengan Toyota Vios 2013 yang dijangka akan dikeluarkan Oktober 2013.






Sebenarnya Enjin CamPro 1.6 ke 1.8 ni? Bukan 1.6 ke...


Suprima S:-
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638

Toyota Vios 2013:-

  • Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo – RM93,200.00
  • Toyota Vios 1.5 G – RM88,500
  • Toyota Vios 1.5 E – RM82,900
  • Toyota Vios 1.5 J (Automatik)  – RM77,300
  • Toyota Vios 1.5 J (Manual) – RM73,200
Suprima S (atas) ,Vios (bawah). Kredit to arenakereta.com
Proton Suprima S ini ditawarkan dalam lima variasi warna iaitu, Atlantic Blue, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Tranquilty Black.

Fokus entri ini berkenaan komen-komen Proton Suprima S. Ada posotive dan ada negatifnya.

UNTUK KOMEN POSITIF, Proton semakin mampu mengeluarkan produk yang berkualiti bukan sahaja untuk pasaran dalam negara bahkan untuk standard pasaran luar negara. Proton cuba menjadi syarikat automotif setanding dengan syarikat automotif lain di luar negara. Penyokong Proton percaya pihak Proton berusaha untuk membaiki kualiti dari semasa ke semasa.

Bermula dengan model Preve, Proton cuba membuktikan ia mampu keluarkan produk yang mencapai standard luar negara. Maksud Preve’ (disebut Prae-vae) ia dipinjamkan daripada bahasa Sepanyol membawa maksud ‘memperuntukkan’ diubah suai daripada perkataan asal bahasa Inggeris (Proof) yang membawa maksud ‘bukti’ . Membuktikan keupayaan Proton selama 27 tahun untuk melahirkan model yang boleh diangkat sebagai produk bertaraf global setanding dengan jenama kereta terkemuka lain.

Suprima S dilengkapi enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assist dan kamera undur. Suprima S  mendapat 5 bintang di dalam ujian keselamatan ANCAP.

Suprima S dikuasakan dengan enjin 1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.

Kereta import tidak sempurna dan ada je masalah. Begitu la juga dengan keluaran tempatan. 

Ada yang memuji Suprima S kerana spesifikasinya yang lebih baik berbanding dengan kereta/model lain dengan range harga yang sama. Contoh, Suprima S harga RM 70k lebih tapi ciri-cirinya seperti kereta import harga RM 130k.  





Sudah tentu ada KOMEN NEGATIF. Kebanyakan komen nya berkenaan harganya yang mahal. Harganya hampir RM 80 000 seperti harga kereta import. keluaran Proton untuk golongan pertengahan dan tidak sepatutnya mahal. Tak ramai yang mampu memiliki Suprima S. 

Ada juga kritikan Suprima S perlu kah turbo? Orang sanggup beli Nissan Almera berbanding dgn Preve, keluaran Proton yang lepas. Objektif Proton untuk keluarkan model kenderaan rakyat, ciri turbo tidak perlu kerana rakyat biasa tidak mampu nak urus kos turbo. Katanya turbo menyebabkan kenderaan tidak jimat petrol? Semasa saya di pameran Suprima S, ada orang disitu komen pasal ciri turbo, jadi tidak jimat minyak. Mereka mahukan model tanpa turbo. Zaman sekarang, ramai fokuskan kenderaan yang jimat petrol.

Ada juga yang kritik model Proton jual mahal dalam Malaysia tetapi murah di pasaran luar seperti Australia. Mengapa? Perlukan pencerahan, terima kasih...

Harga kereta import mahal kat Malaysia disebabkan cukai. Kalau tak, mungkin kereta import lebih murah berbanding kenderaan keluaran nasional.

Terakhir, ada yang serik dengan keluaran Proton. Mereka fikir model Proton mesti bermasalah. Betul ke? 

Jangan hentam saya, saya hanya suarakan suara pengguna. Tak semua bersetuju dan tak semua menentang dengan kita kan.



Tuesday, August 20, 2013

Mencari Motorsikal yang Boleh Simpan Helmet?

Salam buat semua.

Saya tertarik dengan motorsikal yang mempunyai kelebihan menyimpan helmet di dalamnya. Dahulu, saya lebih gemar kepada motorsikal yang hebat dengan kelajuan dan prestasi seperti Yamaha 135 LC. Kapcai jelah, nak prestasi superbike memang tak lah...saya tak kaya sangat.

Yamaha 135 LC diakui sememangnya diminati ramai termasuk juga saya sendiri. Kini saya dah nak habis pengajian di universiti, motorsikal mahal-mahal bukan lagi fokus saya. Saya lebih cenderung ke arah kereta. Jadi saya tak kisah sangat motorsikal yang gempak-gempak.

Begitu banyak sekali model-model kereta baru dikeluarkan di pasaran. Semuanya menarik, tak kira kereta nasional mahupun non-nasional. Pendek kata, bergantung kepada kemahuan dan kemampuan seseorang. Lain orang lain pilihannya.

Baiklah, kisah pasal kereta akan dicerita kemudian. Saya fokuskan kali ini berkenaan motorsikal. 

Honda Future dan Honda Spacy.

Honda Future tu apa? Di tv keluar iklan pasal motorsikal terbaru keluaran Honda. Aku memang berminat dengan motorsikal ni. Menurut sumber harganya antara RM5,578 hingga RM5,998 ( tak termasuk cukai jalan). Bagi aku harganya agak berpatutan untuk motorsikal 125cc.


Yang ini motorsikal kapcai a.k.a gear manual.

Ada 3 versi:
1)Ada sport rim dan tanpa brake disc belakang,

2) Tiada sport rim  dan tanpa brake disc belakang,

3) Full spec, dengan sport rim dan ada  brake disc belakang.

Perkara pertama yang aku minat pasal motorsikal ni ialah boleh simpan helmet full. Agak menarik kerana leceh la nak bawak kehulu-kehilir helmet takut kena rembat. Biasanya kalau nak simpan kat motor kalau nasib tak baik, senang jer orang nak potong tali helmet. Aku sanggup adakan box kat belakang motor untuk simpan helmet. Motor lain jarang ada kelebihan simpan helmet kat bawah tempah duduk atau kebuk.



Untuk kategori kapcai, motor ni antara penggunaan minyak paling rendah. Tangki minyak juga besar dalam kategorinya, 5.6 liter. Tangki minyak besar, tak perlu asyik-asyik kena isi minyak.


  
Kalau bajet kewangan tak banyak, motor ni boleh dipilih. Nak beli Yamaha LC, agak mahal hampir 7k. Lagipun, boleh simpan helmet, tu ciri-ciri paling aku suka. Tapi motorsikal ni pada aku, masih tak boleh lawan kehenseman Yamaha.


Honda juga mengeluarkan motorsikal kategori skuter yang boleh menyimpan helmet, iaitu Honda Spacy. Bagi yang tidak begitu reti bawak motorsikal gear manual ataupun berasakan leceh bawak motorsikal gear manual, Honda Spacy untuk anda.


Kebuknya ataupun ruang simpan barang bawah seat luas hinggakan cukup untuk memuatkan topi keledar/helmet full-face. Honda Spacy dilengkapi enjin 110cc.

Kapasiti tangki minyak petrol 5.2 liter. Kurang sedikit jika nak bandingkan dengan Honda Future. Enjin motorsikal akan berhenti secara automatik apabila tongkat sisi diturunkan. Honda Spacy ditawarkan pada harga atas jalan RM4,999.00 seunit.

Ada 4 warna pilihan :



-Pearl Metaloid White







-Euphoria Red Metallic








-Megallanic Black










-Luminous Orange






Kedua-dua model motorsikal ini saya memang puji. Kelebihannya bukan sahaja boleh simpan helmet full-face, malah boleh isi minyak petrol yang banyak. Harga nya juga berpatutan.

Wednesday, August 14, 2013

Fenomena Hantaran Perkahwinan Mahal




Salam buat pembaca dan pengunjung.

Tertarik dengan artikel akhbar Kosmo baru-baru ini. Artikel ini juga menjadi topic bualan blog-blog. Sebenarnya isu ini memang dah lama dirisaukan, Cuma tak mahu diperbesarkan dan hebohkan satu Malaysia ni.

Artikel Kosmo pada Sabtu 10 Ogos 2013, 3 Syawal 1434 H. Sebenarnya saya memang sangat jarang beli surat khabar, cuma kali ini saya membaca di rumah Pak cik ketika dating beraya ke rumah beliau. Dari jauh saya melihat artikel muka depan akhbar kosmo menarik perhatian saya, lalu saya pun membacanya.

Sudahkah anda membacanya?





Zaman sekarang, ada 3 perbelanjaan utama sepanjang hidup:
1) Rumah
2) Kereta
3) Perkahwinan

Dalam akhbar Kosmo, ramai membujang lantaran hantaran mahal. Nilai anak dara berkelulusan ijazah boleh mencecah RM 50 000. Trend masa kini meletakkan hataran mahal-mahal. Ibu bapa menganggap nilai hantaran anak perempuan mereka mengambarkan nilai anak mereka dan maruah. Jikalau nilai hantaran murah, murah la maruah dan mereka malu.

Sungguhpun begitu, hantaran mahal hanyalah antara faktor kenapa ramai hidup membujang. Ianya bukanlah faktor terbesar kerana tidak menemui calon sesuai dan tiada komtmen jga antara faktor ramai hidup membujang.



                                

Kebiasaannya, wanita berkedudukan tinggi dalam kerjaya kebanyakan hidup membujang. Kenapa eh? Antara sebab biasa mereka sebegitu ialah mereka tiada komitmen untuk berkeluarga dan tiada calon sesuai dan sekufu dengan taraf tinggi mereka.

Tujuan perkahwinan adalah mengelakkan berlakunya zina dan maksiat. Jikalau untuk berkahwin pun sudah sukar, maka maksiat akan berleluasa dan banyak lah lahirnya anak luar nikah. Anda bersetuju dengan saya?

Hantaran perkahwinan bukanlah rukun nikah. Ianya hanya adat Melayu dalam berkahwinan. Betulkan saya jika saya silap. Ianya bukannya wajib. Yang penting mas kahwin.

                                               

Trend artis-artis meletakkan nilai hantaran yang tinggi untuk perkahwinan mereka menjadi ikutan masyarakat Malaysia kini. Masyarakat berasakan dengan meletakkan nilai hantaran yang tinggi mereka akan glamour. Sekampung akan cerita pasal nilai hantaran anak-anak dara mereka. Makin tinggi nilai hantaran, makin bangga dan glamour.

Meletakkan nilai hantaran yang tinggi menyebabkan hasrat lelaki bujang untuk berkahwin dalam usia yang muda terpaksa ditangguhkan. Lelaki bujang baru menamatkan pengajian, terpaksa bayar hutang pelajaran. Untungla kalau takde hutang belajar kan. 


Hutang kereta mesti la ada. Kereta bukanlah barangan mewah seperti masa lalu. Kereta adalah keperluan. Sewa rumah bagi mereka yang tidak tinggal dengan ibu bapa. Mereka juga kirim wang bulanan kepada ibu bapa mereka. Jadi tinggal berapa wang mereka untuk menyimpan? Mereka baru sahaja bekerja, berapa la gaji mereka kan. Siapa yang ada pengalaman dan kisah, boleh dikongsikan.


Yang ni cuma cerita pasal kos nilai hantaran perkahwinan. Ini belum lagi kos lain-lain untuk kahwin.

Kesimpulan, siapa yang tak mahu perkahwinan yang sempurna. Bakal isteri dan keluarga mereka mahu lelaki tersebut stabil dari segi kewangan. Dalam bab nilai hantaran, berpada-pada lah dengan nilainya.

Tuesday, August 13, 2013

Minyak Gamat Wajib Ada kat Rumah




Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidifitri.

Sudah banyak duit raya dikumpul?

Entri kali ini mengenai minyak gamat. Saya tertarik nak menulis mengenainya kerana semenjak kecil, saya guna minyak gamat untuk sakit dan luka-luka kecil. Masa kecil- kecil dulu, saya sering luka. Banyak sebab saya luka dan antara sebab terbesarnya ialah jatuh daripada basikal. Sakit woo jatuh basikal.. Ianya berkesan kan? Tak perlu pergi klinik kat Bandar sana, jimat masa dan ongkos.


Dulu saya sangkakan gamat adalah sejenis tumbuhan. Jangan la gelak, itu zaman sekolah dulu la. Gamat adalah binatang invertebrata, pemakan makanan organic yang hidup di dasar laut, memiliki keistimewaan meregenerasi sel paling cepat. Jika gamat itu dipotong-potong, gamat akan segera sembuh hanya dalam tempoh 2 jam, masing-masing potongan gamat akan menjadi binatang sendiri-sendiri.

Gamat banyak terdapat di Langkawi. Banyak kedai di sana menjual minyak gamat dan menjadikannya sebagai produk pelancongan Langkawi. Tahun lepas saya ke Pulau Kapas Terengganu pun saya ada Nampak gamat kat dasar lautnya.

Nenek moyang terdahulu telah lama menggunakan gamat untuk meningkatkan kesihatan badan, menyembuhkan luka dan sebagai ubat penahan sakit semulajadi.

Kajian-kajian para saintis lain berjaya membuktikan gamat sebagai penawar alternatif kepada ubat-ubatan pada masa akan datang.

Gamat mempunyai khasiat yang tinggi tetapi tidak mengandungi kolesterol. Mengandungi lebih daripada 50 jenis nutrients seperti protein, lemak, gula, vitamin B1, B2, asid nikotinik, kalsium fosfat, zat besi, iodin vanadium, zink, kalium, krominium, asid benzoid, kondrotin sulfat dan asid mukopoliakarida. Wah begitu banyak kan nutrients dalam gamat.

Selain itu, ia juga kaya dengan growth factor yang mempercepatkan pertumbuhan sel-sel baru yang telah rosak. Kolagen di dalam gamat adalah tinggi sebanyak 92% untuk memerangi kesan penuaan dan kemerosotan prestasi sel di dalam badan manusia.

Kerana khasiat gamat, banyak produk perubatan dan kecantikan berasaskan gamat.

Wednesday, August 7, 2013

Lirik Lagu Raya Pilihan


Lirik Selamat Hari Raya – Ahmad Jais

Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa

Setahun menghilang
Sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat hari raya

Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf diminta
Mensuci hening dosa

Seruan kita
Untuk semua
Selamat selamat
Selamat hari raya

*Ulang Daripada Mula

Selamat selamat

Selamat hari raya

_________________________________________________________________________________

Kepulangan Yang Dinanti – Aman Shah

Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali

Terbayang senyuman di wajah nan sepi
Pulangnya anakmu di pagi yang murni
Kasihmu seharum kasturi
Melambai anakmu kembali

Dalam dakapan keheningan maya
Pertemuan yang menyentuh di jiwa
Sekian lamanya terpisah
Harapan kini menjadi nyata

Kiranya perpisahan terjadi lagi
Anakmu pergi mencurahkan bakti
Doamu teriring selalu
Semoga bertemu kembali

*Ulang Daripada Mula

Pulanglah di hari raya
Begitulah harapan ayahanda
______________________________________________________

Pulanglah – Aishah

Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah


Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

(Chorus)
Apakah suratan
Aidilfitri suatu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merinduimu sayang
Ku menanti dengan hati rela

*Ulang Chorus

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merinduimu sayang
Ku menanti dengan jiwa raga

Pulanglah kepangkuan ku oh sayang
Ku menunggumu di hari raya
______________________________________________________

Salam Dunia- M Nasir

Suara tangis yang kau dengar
Memecah hari kudus ini
Adalah aku
Mengenang pemilikmu

Kita pohon kemenangan
Meroboh kota keakuan
Ini saatnya
Yang kunanti-nanti

Mereka yang dilanda derita
Redhalah harimu kan tiba
Cahaya kekasih yang benar
Menghapus segala api kemarahan
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya

Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya

Inilah hari kita
Tiada lagi rasa ketakutan

Mereka yang dilanda derita
Redhalah harimu kan tiba
Cahaya kekasih yang benar
Menghapus segala api kemarahan

Inilah hari kita
Tiada lagi rasa ketakutan

Inilah hari kita oh…

Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya

______________________________________________________

Airmata Syawal- Siti Nurhaliza

Sayu… hati ini makin sayup
Rindu… terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah
______________________________________________________

Seloka Hari Raya- Hail Amir

Indahnya sungguh dihari raya
Ramainya orang bersuka ria 2x

Adikkku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama 2x

Uji Rashid:
Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda 2x

Sanak saudara sedang menunggu
Dihari mulia bertemu mesra 2x

Hail Amir:
Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda 2x

Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahgia 2x

Uji Rashid:
Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra 2x

Hail Amir & Uji Rashid:
Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama 2x
______________________________________________________

Sesuci Lebaran- Siti Nurhaliza

Sesuci… di hening subuh sunyi
Sesuci… terdengar nurani
Sesuci… salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri

Lebaran… terasa kesayuan
Lebaran… takbir bersahutan
Lebaran… memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan

Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa… sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa

Pohonlah ampun maafKepada ibu bapa
Sahabat dan sanak saudara
Sama sama kita gembira

Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira
______________________________________________________

Esok Hari Raya- Dr Sam

Pagi-pagi lagi dah ribut
Nak ke pasar berebut-rebut
Lipat beras ketupat pulut
Serta memasak cepat merungut

Anak bulan belumlah nampak
Esok raya atau tidak
Lodeh rendang sudah di masak
Depanlah rumah masih berselerak

( 1 )
Gembiranya bila mendengar berita
Jika terlupa hendak berbuka puasa
Esok hari raya
Esok hari raya
Esok hari raya
Esok hari raya
Esok hari raya

( 2 )
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Selamat hari raya

( ulang dari 1, 2, 2 )

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Hari raya !
 _____________________________________________________

Nazam Lebaran- Siti Nurhaliza

( 1 )
Berdendang mari berdendang
Berdendang di seluruh alam
Bergema suara bergema
Nazam lebaran

Bertingkah rentak bertingkah
Bertingkah paluan rebana
Berkisah alunan berkisah
Nazam lebaran

( ulang 1 )

Kuduskanlah kemaafan
Tuluskan keampunan
Di hari mulia ini
Sucikan diri

Di langit (berkilauan)
Dan di bumi (berkelipan)
Nur Ilahi menerangi
Syukurlah (kepadanya)
Laungkanlah (kepujian)
Zikir rindu pada yang Esa

Bergemalah nazam lebaran

( ulang 1 )

Berkalamlah sejarah
Kehidupan manusia
Kembali jernih hati yang bersih
Di bulan yang mulia

Dendang mari berdendang
Dendang lagu lebaran
Tingkah mari bertingkah
Alun nazam lebaran

Bergemalah nazam lebaran

( ulang 1 )

Bergemalah nazam lebaran
Kuduskanlah kemaafan
Tuluskanlah keampunan
Di hari mulia ini
Sucikan diri

Di langit (berkilauan)
Dan di bumi (berkelipan)
Nur Ilahi menerangi
Syukurlah ( kepadana)
Laungkanlah ( kepujian)
Zikir rindu pada yang Esa

Bergemalah nazam lebaran

Puji pada Ilahi
Takbir di pagi mulia (2x)
Raikan
Lebaran
Di hari kemenangan

( ulang 1 )
 _____________________________________________________

Suara Takbir- P Ramlee

Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi

Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci

( korus )
Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu

Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan

( ulang dari korus )
______________________________________________________

Cahaya Aidil Fitri- Black Dog Bone

Bila tiba hari raya
Semua insan bergembira
Tetapi bagiku hanya kesedihan
Yang menyelubungi hidup

Ayah dan juga ibuku
Telah pergi selamanya
Terbiarlah aku ibarat musafir
Yang haus di padang pasir

Siapakah yang sudi
Menghulurkan simpati
Kepada nasibku ini
Agar dapat kurasa
Nikmat di hari raya
Seperti insan yang lain

Ku meminta dan berdoa
Kepada Yang Maha Esa
Tabahkan hati berilah pedoman
Cahaya Di Aidil Fitri
______________________________________________________

Selamat Hari Raya- Saloma

Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya
______________________________________________________

Menjelang Hari Raya- DJ Dave

*
Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut syawal tiba

Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa

(chorus)
Oh… cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh… sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira

Selamat hari raya
Aidil fitri mulia
Semoga berbahagia
Hidup aman sentosa

(ulang *)
______________________________________________________

Dari Jauh Kupohon Maaf- Sudirman

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

(chorus)
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

(ulang chorus)

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh
______________________________________________________

Ku Pohon Restu Ayah Bonda- Mamat

Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata…

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Kesalahan diri ku…
______________________________________________________

Satu Hari di Hari Raya- M. Nasir

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya                                             
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan
______________________________________________________

Dendang Perantau- P. Ramlee

Di Hari Raya
Terkenang Daku Kepada Si Dia
Kampungku Indah Nun Jauh Di Sana
Ayah Serta Bondaku

Di Tepian Mandi
Danauku Hijau Yang Aman Damai Selalu
Nun Di Sanalah Tempat Aku Bertemu
Aku Dan Dia

[Chorus]
Apakan Daya
Masa Tak Akan Kembali
Hancur Musnahlah Semuanya

Impian Yang Murni
Tinggal Menjadi Kenang-Kenanganku
Hanya Rangkaian Kata Dan Lagu
Dendang Perantau










SPONSORED