Paparan

SPONSORED

Tuesday, January 28, 2014

Anugerah Juara Lagu 28 dan Hafiz

Entri kali ini bukan sekadar tentang keputusan anugerah Juara Lagu(AJL) 28, tetapi juga berkenaan Hafiz Suip, artis yang sedang meniti zaman kegemilangannya.



26 Januari 2014 telah berlangsungnya anugerah Juara Lagu ke 28, bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil dan bersiaran langsung melalui TV3. Anugerah Juara Lagu ini mempertaruhkan 12 buah lagu terbaik bagi merangkul  gelaran Juara Lagu ke 28.

Hafiz Suip telah dinobatkan sebagai Juara Lagu ke 28 menerusi lagu ‘Bahagiamu Deritaku’. Lagu ciptaan daripada Ly dan lirik daripada Baiduri tersebut telah berjaya mengatasi 11 buah lagu lain yang turut melangkah ke pusingan akhir AJL 28.

Juara AJL 28 membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM35,000. Manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing meraih RM15,000 dan RM10,000 juga berserta trofi. Juara bagi persembahan terbaik dan vokal terbaik pula memenangi wang tunai berjumlah RM 10,000.

Dibawah ialah senarai penuh para pemenang di Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28):

Juara Lagu Ke 28
 Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku
 Komposer & Penulis Lirik – LY & Baiduri

Untuk lagu sama juga, Hafiz melakar satu lagi kejayaan apabika menerima anugerah X-pax sebagai lagu terbanyak dimuat turun. 

Naib Juara Lagu 
 Hyper Act – Hanya Aku
 Komposer & Penulis Lirik – Hyper Act & Frozen

Tempat Ketiga 
 Awi Rafael & Altimet – Kalau Aku Kaya
 Komposer & Penulis Lirik – Omar K, Audi Mok & Altimet

Persembahan Terbaik
 Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku

Vokal Terbaik
 Jaclyn Victor – Ikut Rentakku

*    *    *    *    *
Hafiz adalah bintang Akademi Fantasia Musim ke 7 pada tahun 2009. Sorot kembali sejarah penglibatan Hafiz dalam dunia seni tanah air. Dahulunya Hafiz berambut kerinting sekarang berambut pendek. Hafiz menjuarai pertandingan tersebut. Bersama hafiz dalam konsert akhir akademi fantasia ialah Aril (naib johan), Akim (tempat ketiga), Yazid dan Isma.
Hafiz kemudiannya terus gemilang dengan pelbagai anugerah. 

AIM 20

Melalui lagu Bahagiamu Deritaku yang menang AJL 28 ini, Hafiz Suip mencipta kejayaan tersendiri apabila membawa pulang tiga trofi pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) 2013 yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Menerusi album Luahan Hati Anak Seni, penyanyi yang berasal dari Bumi Kenyalang ini menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku, Rakaman Album Terbaik dan Album Terbaik.

Masih ingatkah lahu 'Awan Nano'. lagu yang dipopularkan oleh Hafiz ini telah memenangi AJL 26 tahun 2012. Lagu ini ciptaan M. Nasir dan Budi Hekayat sebagai penulis lirik.

Awan Nano- Juara Lagu 26
Selain itu, lagu-lagu nyanyian Hafiz yang lain juga dicalonkan dalam AJL sebelum ini. Lagu 'Noktah Cinta' ciptaan Ajai memenangi tempat ketiga dalam AJL 25. Lagu 'Ku Akui' juga ciptaan Ajai menang tempat ketiga AJL 27


Untuk SHOUT! Award 2013, Hafiz telah memenangi 2 anugerah iaitu Popstar Award dan Power Vocal Award.   


Hafiz juga mencipta nama dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Pada 2009, Hafiz  dicalonkan sebagai Artis Baru Lelaki Popular dan 2011, Hafiz telah memenangi anugerah  Penyanyi Lelaki Popular.

Untuk anugerah Planet Muzik, jadual di bawah boleh menghuraikan pencalonan dan pencapaian Hafiz. (kredit kepada wikipedia)

Tahun
Kategori
Karya Tercalon
Album
Keputusan
Tewas Kepada
2011
Artis Lelaki Terbaik
Masih Jelas
Dicalonkan
Lagu Terbaik Malaysia
Dicalonkan
Hafiz - Awan Nano
Menang
Lagu Terbaik
Menang
2013
Artis Lelaki Terbaik
Dicalonkan
Lagu Terbaik Malaysia
Dicalonkan
Dicalonkan
Duo / Kolaborasi Terbaik
Menang
Lagu Serantau Paling Popular
Menang
Artis Serantau Paling Popular
Menang
Ikon Media Sosial
Dicalonkan

Entri kali ini saya berkisahkan pasal Hafiz kerana melihat potensinya sebagai artis yang boleh pergi jauh dan berjaya pada masa akan datang. Semoga kehadiran Hafiz dalam industri muzik tanah air menghangatkan lagi industri. 

SPONSORED