Paparan

SPONSORED

Thursday, March 26, 2015

KENANGAN: Business Card Zaman Sekolah

Salam buat pembaca dan pengunjung.

Zaman persekolahan menengah dahulu, adalah zaman yang penuh kenangan. 

Gambar di bawah boleh menghuraikan apa yang saya cuba hendak sampaikan.

#BiarGambarBerbicara


Saya juga tidak terlepas daripada melalui zaman itu. Tetapi saya tidak membuat business card yang ada gambar artis-artis. Saya pernah lah menerima kad-kad seumpamanya sebagai salah satu cara memperkenalkan diri yang bergaya. Saya tidak ingat berapa kos untuk membuat kad ini, mungkin RM 3 jika tidak silap saya.

Friday, March 13, 2015

KENANGAN:Digimon Device

Hai dan salam ketemu kembali..

Lama sudah tidak kemaskini blog ini atas faktor sibuk. Sekarang cuba kembali ber blogging. Terima kasih kepada pengunjung yang menyokong pembangunan blog ini yang tak semegah mana.



Apa nama benda alah dalam gambar tu eh? Digivice?

Seperti anak anak kecil sebaya ku..saya juga memiliki Digimon tu. Saya juga tak nak kalah gak.

Saya tak ingat bagaimana permainan itu menjadi terkenal, sehinggakan hampir semua budak-budak sebaya ku pun ada Digimon. Tak sangka juga lah abah pun nak belikan haha. Terima kasih abah..

Dulu beli harga dalam RM 30, satu amaun yang agak mahal bagiku pada umur 8 tahun pada tahun 1999. Dulu masa tu gak ada istilah "Y2K" tapi tak tau apa maskudnya. 15 tahun kemudian baru saya tahu (tahun lepas). 

Kalian tahu tah "Y2K" tu apa? Ianya adalah ringkasan untuk "year 2000". Dulu kan masa penghujung tahun 90 an kan femes sebab nak masuk ke alaf baru. "Alaf" bermaksud setiap 1000 tahun..Patutlah dulu "Y2K" terkenal.

Digimon kalian semua bentuk nya bagaimana? Saya punya bentuk empat segi, warna putih kekuningan yang bila malam atau gelap je, nampak cahaya terang. 



Saya punya Agumon. Alah Digimon peliharaan Taichi tu la..


Bosan gak asyik dapat Agumon pastu bila membesar jadi Greymon jee...Seperti kebanyakan budak pintar yang lain..saya cucuk sesuatu yang keras seperti plastik atau kotak kat bawak device tu semata mata terpengaruh dengan pertukaran digimon lain. Saya cuba sendiri dan ternyata Agumon membesar menjadi Devimon atau budak-budak panggil sebagai  Darkmon.


Devimon
Pada masa itu, kalau dapat Digimon yang macam teddybear atau monyet masing-masing bangga dah sebab rasa dah kuat dah. Dulu masing-masing bawak Digimon ke sekolah. Kalau ada 'spot-check' konfem berlonggok Digimon kena rampas. 

Dua tahun kemudian barulah rancangan Digimon disiarkan di Malaysia melalui ntv7.



Punyalah banyak nama-nama Digimon ni..Pak Cik kat kampung suka menyebut "bertukar menjadi Kabuterimon" bila tengok anak-anak buahnya di kampung menonton rancangan Digimon ni dulu haha..Siapa yang mempunyai ilham yang sebegitu banyak untuk mereka nama-nama Digimon yang beratus-ratus tu eh? 

Selepas berakhirnya Digimon 1 kat ntv7, saya masih lah layan/menonton Digimon 2..Sesudah habisnya Digimon 2, saya dah tak mengikuti siri-siri Digimon mungkin zaman Digimon sudah berakhir..Dah zaman sekolah menengah dah.

Digimon Device ni dulunya seperti sebahagian daripada keychain dan dibawa kemana-mana. Kalau jumpa orang yang bawa Digimon Device tu siap ajak lawan lagi haha..Paling kelakar bila lawan dengan Digimon yang keluarkan kuasa 'tahi'. 

Sememangnya Digimon pernah mewarnai zaman kanak-kanak sebelum wujudnya zaman kanak-kanak dengan smartphone. Dahulu zaman Digimon, sekarang zaman Clash of Clans, juga seperti Digimon yang menggunakan alat elektronik.





SPONSORED