Paparan

SPONSORED

Friday, May 22, 2015

Drama Bersiri 'Dia Isteri Luar Biasa' Di TV3 menggantikan drama 'Hati Perempuan'

TV3 terus menghiburkan penonton setianya melalui slot drama bersiri jam 7 petang dari Isnin - Khamis. Drama bersiri Dia..Isteri Luar Biasa menggantikan drama Hati Perempuan. 


Drama ini menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Shukri Yahaya, Fathia Latiff dan Keith Foo. Fathia Latiff dan Keith Foo pernah bergandingan sekali dalam drama Arianna Rose, dimana Keith Foo jadi hero, Fathia jadi heroin. Tetapi dalam drama Dia Isteri Luar Biasa ini Keith Foo memegang watak sebagai lelaki lembut wakakaka... Dalam drama Melayu zaman 2010 ni, kalau tiada watak lelaki lembut memang tak sah kan. 

Keith Foo memegang watak lelaki lembut!! Keith Foo yang sado memeang watak lelaki lembut dan jika beliau mampu bawakan watak nya dengan baik..maka makin popular lah Keith Foo ini. Fathia Latiff sering menjadi watak utama dan heroin dalam drama-drama melayu. Wah, murah rezeki dia kan..

Arianna Rose
Drama ini mampu membuatkan saya berminat untuk mengikutinya walaupun baru ditayangkan beberapa episod, jika dibandingkan dengan drama-drama sebelum ini. Entah mengapa. Adakah anda juga berasa seperti saya? Mungkin disebabkan Keith Foo memegang watak lelaki lembut, pelakon-pelakon nya yang top dan elemen-elemen kekeluargaan seperti keganasan rumahtangga dan sayangkan anak.

Dalam drama ini, Fathia memegang watak sebagai Dewi. Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat sendiri dengan apa cara sekali pun.
Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya.

Sebenarnya, Dewi bukannya nak sangat nak kahwin..tetapi terpaksa demi mendapatkan zuriat seperti amanat ibunya supaya ada pewaris perniagaan. Keith Foo (Kamarul), pembantu Dewi juga meminati Dewi walaupun dia lelaki lembut. Kita tengok je nanti bagaimanakah kesudahannya.  

Thursday, May 14, 2015

Istanbul: Kota Antara Dua Benua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih mengunjungi blog ini. 

Entri kali ini berkisahkan tentang Istanbul.

Saya tertarik dengan Istanbul kerana keindahannya, sejarahnya dan geografinya.

Istanbul, walaupun bukanlah ibu negara Negara Turki tetapi ianya adalah kota terbesar di Turki. Istanbul dahulunya dikenali sebagai Constantinople.

Istanbul. Bentuk peta nya pun dah unik kan



Selat Bosphorus sepanjang 32 km, menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam di Istanbul. Selat Bosphorus memisahkan benua Eropah dan Asia. Kalau anda perasan, Istanbul terbahagi kepada dua, di Eropah dan Asia. Kebanyakan tempat menarik seperti Masjid Biru rupa-rupanya terletak di bahagian Eropah..dulu saya ingatkan di Asia haha..

Golden Horn
Golden Horn

Holden Horn (Tanduk Emas) amat dikenali disebabkan faktor sejarah kerana menjadi saksi kejatuhan Constantinople. Kejatuhan Constantinople merujuk kepada penawanan ibu kota Empayar Byzantine (Empayar Rom Timur)  oleh Empayar Uthmaniyyah pada hari Selasa, 29 Mei 1453. Kejadian ini menandakan berakhirnya Empayar Byzantine yang berusia lebih kurang 1,000 tahun itu yang ketika itu sudah berpecah kepada beberapa kerajaan monarki Greek.

Constantinople dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara Dan Perairan Tanjung Emas.  Pada waktu ini, tentera Islam telah mengepung kota Constantinople tetapi mereka tidak berjaya memasuki pintu utama kota ini yang berada di Golden Horn kerana jalan masuk ke Golden Horn telah dihalang dengan rantai besi raksasa yang berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople.


Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanduk/Tanjung Emas yang dikawal dengan rantai raksasa. Baginda telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanduk/Tanjung Emas melalui jalan darat. Malam itu juga, tentera Uthmaniyyah telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai. 

Akhirnya pada 29 Mei, Constanstinople berjaya ditundukkan. Constantinople membolehkan bangsa Turki mengukuhkan kedudukan mereka di Eropah serta meluaskan wilayah mereka ke Balkan dan Mediterranean. Selain faedah ketenteraan, kota itu juga memberi faedah ekonomi melalui perdagangan rempah.

Entri kali ini tidak sempat nak update pasal tempat pelancongan yang menarik terdapat di Istanbul. Mungkin lain kali sahaja dan teruskan sokongan dan melawat blog ini yang tidak seberapa ini.


SPONSORED