Paparan

SPONSORED

Wednesday, August 26, 2015

KENANGAN: Zam-zam Hair Oil



Masih kah kau ingat...

Saya masih ingat, dahulu semasa saya darjah satu tahun 1998 (boleh teka la umur saya sekarang kan) saya memakai minyak rambut ini ke sekolah.

Rambut saya pelik sedikit daripada orang lain, kerana saya kerinting. Biasalah budak-budak suka la mengejek sebab rambut saya tidak seperti kebanyakan orang lain. Ada sahaja la diorang kata, "weyh rambut kau kerinting sebab suka makan meggi eh?".

Walaupun rambut saya kerinting jenis gulung dan nampak tebal tetapi kalau rambut saya dipotong pendek nampak kulit kepala. Maknanya rambut saya tidak lah lebat.


Selepas saya menggunakan minyak rambut ini untuk beberapa lama, saya dapat rasakan rambut saya makin tebal. Tak tahu la nak happy ke tidak. Dahlah budak-budak ejek saya rambut meggi, kalau makin lebat makin meggi la haha..

Rasanya entri saya ini boleh jadi testimoni untuk lebatkan rambut haha.. Tetapi jangan minta suruh PM, sebab saya bukan penjual mahupun agen minyak rambut ini.

p/s: Masih ada lagi tak minyak rambut ni?lama tak guna


Sunday, August 23, 2015

Sambungan Kisah Monyet/Beruk yang Tangannya Luka Akibat Terkena Mercun Bola.

Hai semua.

Sebelum ini saya ada menulis artikel/entri mengenainya di sini . Anda juga boleh skrol blog ini kebawah kerana saya menulisnya tidak lama dahulu.

Kini saya kongsikan kisah apa yang terjadi baru-baru ini. Terima kasih kepada sumber-sumber atas maklumat.

Kisah beruk yang tangannya luka akibat terkena mercun. Kejadian berlaku bulan lepas di Taman TAR, Ampang. Beruk yang diberi nama Michai oleh NGO yang menjaga kawasan tersebut cedera ditangannya akibat ada individu yang tidak bertanggungjawab melempar mercun bola. Michai yang menyangka mercun itu adalah makanan dan mengambil lalu mercun tersebut meletup di tangannya. Lebih menyayat hati Michai telah dilanggar lari sabtu lepas dan mengalami kecederaan dalaman yang parah. Cubaan menyelamatkannya dengan membawa ke klinik haiwan gagal dan Michai telah mati. Banyak lagi kes penganiayaan dan pembunuhan hidupan liar di sana. Di harap pihak berwajib memantau aktiviti yang tidak bermoral oleh manusia yang tidak bertanggungjawab di sana.






Saturday, August 22, 2015

Kisah Nenek Tua Mata Buta Berniaga Makanan Ringan Menjadi Viral

Kisah seorang nenek buta berniaga makanan ringan menjadi viral atas jasa Nasir Runner. Kerana Nasir Runner, kisah nenek tua ini mendapat perhatian berita. Saya kongsikan berita dari Harian Metro...

Klang: Matanya buta tetapi hatinya terang. Disebabkan itu, Hendon Satari @ Suradi, 75, mampu melakukan apa yang tidak mampu dilakukan orang lain apabila dalam keadaan buta dan lanjut usia, dia masih menyorong gerai sejauh kira-kira 200 meter hampir setiap hari untuk menjual makanan ringan bagi menyara kehidupannya.

Bagi ibu tunggal tiga anak yang berniaga di Jalan Hassan, Kampung Sungai Udang, di sini, walaupun tidak boleh melihat, ia bukan halangan untuk dia mencari sesuap nasi tanpa meraih simpati orang lain.

"Walaupun mata buta, alhamdulillah hati mak cik terang apabila seperti dapat

melihat dan kadang-kadang mak cik boleh naik bas seorang diri ke pekan berhampiran untuk mencari barang keperluan harian dan sebagainya.

"Syukur, dalam usia sebegini mak cik dikurniakan kesihatan yang baik apabila doktor juga mengesahkan tidak menghidap sebarang penyakit hanya kadang-kadang

demam namun itu perkara biasa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Lorong Surau Al Shukriah, Kampung Sungai Udang, di sini, pagi tadi.

Kisah Hendon sebelum ini ‘viral’ di laman sosial dan ramai yang simpati dengan nasibnya.

Menurutnya, dia masih mencari rezeki bersendirian kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.

“Mak cik tak nampak nak...tapi mak cik tak mahu menyusahkan orang lain mahupun anak sendiri. Selagi dikurniakan kesihatan yang baik, mak cik tak kisah untuk menyorong gerai kecil dan usang ini untuk berniaga.

"Kadang-kadang makcik pun tak larat memandangkan faktor usia dan kudrat yang semakin tidak mengizinkan tapi nak buat macam mana, nak tak nak mak cik kena berniaga kalau tak siapa nak bagi mak cik makan.

"Kalau musim hujan habis basah kuyup. Makcik dah biasa semua itu dan kalau boleh memang tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada anak kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab lain," katanya.

Menurutnya, setiap Isnin hingga Jumaat dia bangun seawal 6.30 pagi membuat persiapan berniaga sebelum membuka gerai seawal 7.30 pagi kecuali Sabtu dan Ahad.

"Mak cik beli gerai bergerak dengan harga RM300 dan tumpangkan gerai itu di sebuah kedai runcit. Selalunya dari rumah mak cik akan ke gerai runcit itu menaiki bas sebelum menyorong gerai kecil itu hampir 200 meter ke lokasi berniaga iaitu di tepi jalan berhampiran sekolah tadika.

"Mak cik beli makanan ringan secara borong di sebuah pasar raya di Klang dengan modal RM20 dan kemudiannya menjualnya kepada penduduk di sini terutama pelajar sekolah.

"Pendapatan mak cik tidak menentu bergantung kepada pelanggan. Sehari boleh dapat RM3 hingga RM5 tapi pernah juga tak ada pelanggan. Untung atau rugi itu tidak

penting asalkan rezeki itu datang hasil titik peluh sendiri dan bukannya meminta sedekah atau meraih simpati orang lain," katanya.

Hendon berkata, dia tinggal bersama anak perempuan dan lima cucu dan mula berniaga kecil-kecilan sejak lebih 20 tahun lalu selepas kematian suaminya, Tuni Minhad.

Katanya, walaupun ketiga-tiga anaknya bekerja dan ada yang menetap di Melaka dan Pulau Indah, dia tidak mahu menyusahkan mereka yang juga mempunyai tanggungjawab lain selain masih boleh berdikari sendiri.

"Selain hasil berniaga makanan ringan itu mak cik juga mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu sebanyak RM350 sebulan.

"Wang itu mak cik kumpul untuk modal berniaga selain usaha untuk mendapatkan gerai yang lebih selesa namun ia masih belum mencukupi," katanya yang boleh dihubungi menerusi nombor telefon 0123979505.

Hendon turut menerima lawatan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menghulur bantuan wang tunai bagi meringankan beban ditanggung wanita warga emas itu.

Sementara itu, Pengurus LZS Daerah Klang, Saiful Anuar Abdullah Saleh berkata, bantuan berbentuk kewangan itu adalah untuk sara hidup sementara waktu dan LZS akan menilai semula bantuan yang boleh diberikan memandangkan wanita warga emas itu tinggal bersama salah seorang anaknya dan lima cucu.

"Pihak kami akan mengkaji pendapatan isi rumah terlebih dulu dan seterusnya akan mempertimbangkan bantuan yang layak diberikan kepadanya.

"Sebelum ini memang LZS ada memberi bantuan tetapi apabila dimaklumkan di bawah tanggungan anaknya pihak kami membawa perkara itu kepada JKM.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan mempertimbangkan semula jenis bantuan yang boleh diberikan bergantung kepada syarat yang ditetapkan LZS.

"Kami juga sentiasa berhubung dengan wanita warga emas itu untuk perkembangan dari semasa ke semasa termasuk tahap kesihatannya," katanya.

Sumber Berita: Harian Metro

Nama Presiden Pertama Singapura Tersalah Cetak pada Wang Kertas

Gambar sumber Utusan Malaysia
SINGAPURA 21 Ogos - Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) melakukan kesilapan memalukan apabila tersalah cetak nama Presiden Singapura yang pertama, Yusof Ishak dengan ejaan Yusok Ishak pada nota peringatan untuk wang kertas baharu S$50 sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50 republik ini.

Menurut portal The Strait Times, satu ringkasan penerbit nota tersebut menerangkan tentang keistimewaan wang S$50 bertulis, ‘Reka bentuk hadapan (wang kertas) bercirikan Yusok Ishak, Presiden pertama kita’.

Jelas laporan tersebut, wang kertas S$50 dan S$10 tertera potret Yusof Ishak yang dilancarkan kepada orang awam sejak semalam, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kesilapan.

Susulan kesilapan memalukan itu, Pengarah Urusan MAS, Ravi Menon berkata, beliau bertanggungjawab sepenuhnya ekoran kesalahan ejaan nama Presiden pertama Singapura.

“Kesilapan ini tidak sepatutnya berlaku dan tidak boleh diterima. Saya bertanggungjawab sepenuhnya.

“Saya memohon maaf bagi pihak rakan-rakan yang berusaha keras untuk menyediakan nota tersebut, tetapi turut berasa kecewa dengan kesilapan yang tidak disengajakan ini,” kata beliau sambil menambah akan membetulkan kesalahan ejaan itu.

Seorang jurucakap MAS yang enggan dinamakan berkata, pihaknya sudah mencetak pelekat baharu untuk menggantikan bahagian ejaan yang salah dan proses pemulihan itu akan dilakukan bermula Selasa ini.

MAS mencetak sejumlah 20 juta keping wang kertas S$50 dan 75 juta keping duit S$10 selain 2.8 juta edisi khas untuk kedua-dua nilai wang tersebut yang mempunyai nota peringatan.

Setiap rakyat Singapura diberi keutamaan untuk menukar wang lama kepada wang baharu sehingga 30 September ini dan setiap orang hanya dibenarkan memiliki lima set wang baharu.


Sumber: Utusan Malaysia

VIRAL: Monyet Hilang Jari Akibat Mercun

Hai.

Gambar monyet putus jari akibat mercun bola telah menjadi viral di media sosial. Di zaman media sosial ini, maklumat dari pelusuk dunia dan tanah air mudah tersebar. 

Sewaktu kecil, saya dan mungkin anak-anak kecil yang lain diajar supaya menjauhi monyet kerana takut diapa-apakan. Yelah, haiwan manalah ada akal macam manusia, boleh sahaja monyet kacau dan mencederakan kita. Kadang-kadang ada budak nakal membaling objek supaya dapat menghalau monyet

Namun, masing-masing sudah dewasa. Kedewasaan juga haruslah seiring dengan pertumbuhan otak dan kemanusiaan. Membaling sesuatu objek dengan tujuan untuk mencederakan monyet mahupun makhluk lain adalah tindakan yang tidak wajar. 

Lihatlah gambar monyet di sebelah. Tidak rasa kesian ke melihatnya? Lebih sedih, monyet ini dilihat bersama anak-anaknya. Baling mercun bola kepada monyet, monyet ingatkan ianya makanan. Kasih sayang ibu/ bapa dengan mengambil mercun bola yang disangka makanan untuk diri dan anak-anaknya bertukar tragedi apabila monyet tersebut cedera.

Mercun bola kan kuat letupannya.. bukannya mercun pop pop. Saya sendiri pun takut nak dekat dengan sekelompok budak-budak tak cukup umur yang sedang bermain mercun bola kerana sel-sel otak mereka belum berhubung, memikirkan kesan dan akibat perbuatan mereka. Mereka tahu mahu berseronok sahaja.. bila putus jari akibat bermain mercun, masuk berita surat khabar, buletin utama. 

Manusia kira beruntung kerana kalau sakit jumpa doktor. Abis haiwan? Haiwan cuba meneruskan kehidupan tanpa dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat mahupun BR1M. Jika cacat, sukar lah haiwan tersebut nak mencari makanan, memanjat pokok.

Diharapkan post saya kali ini dan viral nya kisah ini di media sosial( masuk tv ke tak eh berita ini?) memberikan pengajaran jangan menganiaya haiwan. Mereka juga makhluk hidup. Islam melarang umatnya menganiaya haiwan meskipun anjing sekalipun. Ada sirah/kisah di mana seorang pelacur masuk syurga kerana menyelamatkan dan memberi anjing itu minum. 

Didik lah anak anda supaya mengasihi makhluk Tuhan. Kalau tidak mahu/mampu bela, janganlah menyusahkan kehidpuan haiwan tersebut/

p/s: saya menulis dalam keadaan sebak





Datin Seri Rosmah Mansor Memang Cantik dari Kecil

Hai

Baru-baru ini gambar lama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bersama isterinya tersebar. Yang menarik perhatian pengguna media sosial, mereka tidak menyangka berkenaan wanita yang disamping Datuk Seri PM.



Wanita tersebut dipercayai Datin Seri Rosmah Mansor. Woww terkejut kan Datin Seri lawa eh?? Haha sebab tu dulu Datuk Seri tergila-gila kan dia kan.

Di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita dibelakangnya. Lihat sahaja ‘wanita pertama’ atau First Lady yang berdiri di belakang setiap pemimpin, pasti ramai yang kagum dengan mereka semua.

Bukan sahaja bijak serta sentiasa kelihatan sofistikated dan berprestij, mereka juga memiliki kecantikan yang luar biasa secara semula jadi yang menginspirasikan ramai wanita di luar sana.


Menurut senarai kajian terbaru yang dikeluarkan oleh listabuzz.com, Datin Seri Rosmah kini tersenarai sebagai "First Lady" kedua tercantik di Asia selepas Puteri Halya dari Dubai yang menduduki carta pertama. Ini merupakan satu kebanggaan buat rakyat Malaysia kerana isteri Perdana Menteri kita dipilih sebagai wanita kedua tercantik di Asia.

Untuk pengetahuan, Datin Seri Rosmah Mansor diijabkabulkan dengan Datuk Seri Najib Razak pada tahun 1987. Datin Seri dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 10 Disember 1951 dan mendapat pendidikan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana dalam Sosiologi dan Pertanian di Louisiana State University.

Beliau merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (BAKTI) dan juga memegang jawatan sebagai Penaung untuk Kanak-kanak di Hope Foundation, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Persatuan Orang Orthopedically OKU Malaysia, Majlis Aids Malaysia, Institut Jantung Negara Yayasan dan banyak lagi.

Jangan jeles...

Friday, August 21, 2015

Jenis-jenis Fobia

Hai semua.

Entri kali ini ingin berkongsi tentang jenis-jenis fobia. Kredit kepada Fizo Omar. terima kasih Fizo Omar atas perkongsian dan izinkan saya pula berkongsi dengan pengunjung blog saya.



1) Yang pertama...


Ini menyebabkan seseorang takut untuk mencuba dan mengubah dirinya untuk berjaya.


2) Yang kedua..
 Takut bini pun boleh hahaha...


3) Yang ketiga...

Kalau bunyi petir sabung menyabung atau bunyi letupan bom, siapa yang tidak takut kan..

4) Yang keempat...

Jangan pandang belakang...


5) Yang kelima...

Haaa...saya teringat akan iklan kenapa tidak mahu derma darah, di radio. "Saya tak boleh laa..saya takut jarummm"

Di bawah ini saya kongsikan 8 sebab untuk menderma darah.



6) yang keenam
Malu itu sebahagian daripada iman. Kalau tak tahu malu, maka anda akan buat perkara yang tidak senonoh. Terlalu malu menjadikan anda fobia.

7) Yang ketujuh


Jangan la takut kat abang...abang baik la, tak makan orang aummm.. 


8) Yang kelapan...

 





Saya juka takut jika apa yang saya lakukan menemui kegagalan. Saya percaya, anda juga takut jika anda gagal dalam peperiksaan kann..Walau bagaimana pun, jangan takut berusaha jika telah gagal.

Terima kasih sekali lagi kepada Fizo Omar akan perkongsian dan gambar yang menarik. Ilmu dan perkongsian anda memberi manfaat. Semoga beliau dan anda semua terus berjaya.

p/s: takut lipas terbang kat mana eh???


Perhatian Kepada Lelaki Berumur 30 Tahun ke Atas, Mungkin Anda Bakal Suami Neelofa

Gambar kredit kepada Beautifulnara.com
Hai semua.

Agak over tak tajuk entri kali ini??hahaha...

Jika anda berumur dalam lingkungan 30-an ke atas, dan belum kahwin (poligami kalau berani), mahu mencari bakal isteri dan ibu kepada anak-anak anda yang cun dan popular, anda menepati senarai/list calon suami Neelofa. Siapa yang tak kenal Neelofa..

Tidak percaya?? Percayalaahhhh (lagu Siti Nurhaliza)



"Kalau bole lelaki itu biarlah melepasi umur 31. Ini kerana bagi saya mereka dalam umur begini sudah matang dan faham erti sebuah hubungan." Ini Neelofa yang cakap weyhhh..

Jadi, kepada anda yang sudah berumur 30 dan ke atas masih belum kahwin, jangan lah berasa rendah diri kerana mungkin anda lah yang Neelofa cari. Hahahahahaha...

Jika diperhatikan, kenapa banyak wanita yang telah berjaya mahukan bakal suami yang berumur 30 ke atas? Dan begi lelaki pula yang sibuk dengan kerjaya, kebanyakan daripada mereka mahu berkahwin pada lewat 20-an atau 30-an. Adakah anda terfikir mengapa?

Umum mengetahui lelaki yang sudah berusia 30-an lebih stabil atau sudah stabil dari segi kewangan dan kerjaya. Wanita sudah tentunya mahukan bakal suami dan bakal bapa kepada anak-anaknya mampu menjaga dan menanggung nafkah mereka. Namun jangan lah salah anggap kan ianya sebagai materialistik, kerana lelaki yang telah stabil kerjayanya dan kewangannya lebih diyakini. Sebab itu, ramai gadis muda berkahwin dengan Datuk, Tan Sri. Yang berkahwin dengan lelaki yang berpangkat Datuk dan jauh lebih beza usia itu saya tidak mahu ulas, anda fikirkan.


Lelaki muda belum berkemampuan untuk berkahwin. Selepas tamat pengajian, mereka mempunyai komitmen untuk bayar hutang PTPTN, kereta dan rumah( masih sewa kot). Mereka baru sahaja mula kan kehidupan, banyak memerlukan wang. Nak berkahwin banyak memerlukan kos. Zaman sekarang wang hantaran pun dah mahal, katering, upah jurugambar, baju kahwin. 

Saya sendiri pun tidak berkahwin dalam 2-3 tahun ini, mak tak kasi haha awal sangat katanya. Tidak mengapa lah, selagi masih bujang, masa bersama ibu bapa banyak. Janganlah risau kalau kawan-kawan anda dah nak kahwin. Jodoh dah ditentukan, sabar dan berdoa lah.

Saya ada berbual dengan pemandu teksi yang baru sahaja berkahwin dalam bulan itu juga. Dia mengatakan dia membelanjakan kurang-kurang RM 40 000. Tetamu walimatul urus, kurang-kurang kena jemput hampir seluruh taman perumahan, belum lagi kawan-kawan ibu bapa, kawan-kawan anda yang dari zaman tadika hinggalah anda besar panjang ini hah. Justeru, bersederhanalah dalam membuat majlis kahwin. 

Sememangnya lelaki lebih lambat matang berbanding wanita. Wanita, apabila sudah berumur 26 mereka mula lah berasa mereka anak dara tua di saat ramai kenalan mereka yang wanita sudah berkahwin. bagi lelaki yang dalam lingkungan 20-an, mereka masih mahu berseronok dan belum bersedia memikul tanggungjawab. Bagi lelaki yang sudah berkahwin, tahniah jodoh anda awal.

Sekian, selamat mencuba nasib.



Thursday, August 20, 2015

VIRAL: Lelaki ini Kena Sepak Penumbuk Akibat Mengeluarkan Kata-kata Rasis




Lelaki ni kena pelempang dan penyepak bertalu-talu selepas mengeluarkan kata2 rasis. Kejadian berlaku di sebuah Mc Donald's Singapore.
Seorang lelaki, India atau Negro (maaf tidak berapa jelas la video) yang berang dengan kata-kata seorang lelaki Cina melepaskan penampar dan berlaku lah adegan bergaduh. Dalam video ini, nampaknya lelaki India/Negro ini lebih kuat. 

Lelaki Cina mnghina orang Melayu dan India dan suruh pulang ke negara asal. Sungguhpun lelaki Cina itu kena pukul, orang-orang Cina yang menyaksikan kejadian tersebut tidak campur tangan kerana perbuatan lelaki Cina tersebut agak keterlaluan dan rasis, sudah tentunya yang lain tidak menyokong tindakan tersebut. 

Sebenarnya isu rasis telah lama. Pada zaman moden, rakyat yang celik dengan pelajaran, masing-masing tidak sukakan isu rasis. Rasis, bukan pada sesuatu kaum, ianya terpulang dan bergantung kepada individu itu sendiri. Individu itu sendiri yang bersikap rasis, kita tidak boleh katakan yang sesuatu kaum itu rasis.

KECANTIKAN: Natural Beauty Lebih Baik

Kecantikan adalah hakmilik setiap insan. Setiap makluk telah diciptaka sebaik-baik kejadian. Biasa kita dengar akan perkataan-perkataan ini. 


L'oreal..kerana dirimu begitu berharga
Sambutan terhadap produk-produk kecantikan amat memberangsangkan. Lihat sahaja lah kelahiran-kelahiran produk kecantikan baru tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan (betul ke tak ayat nya ni hihi??) Pengusaha-pengusaha produk kecantikan melihat potensi dan peluang perniagaan ini, maka lahirlah jutawan Dato Aliff Syukri (Terlajakk Laris..), Datuk Sosilawati Lawiya (Al-Fatihah untuk beliau), Puan Rozita Ibrahim (Pengasas Produk Sendayu Tinggi) dan ramai lagi.


Dato' Aliff Syukri. Gambar kredit beautifulnara
Kekayaan jutawan-jutawan produk kecantikan sememangnya mengkagumkan. Banyak antara mereka bermula dengan hidup susah dan kemudiannya berjaya, seharusnya menjadi contoh kepada yang lain.  
Rosalinda Ayamas

Produk-produk kecantikan banyak menggunakan cogan kata/slogan/ ayat ayat untuk menarik minat pelanggan atau bakal pelanggan kepada produk-produk mereka. Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kecantikan sangat penting bagi wanita kerana meningkatkan keyakinan wanita. Wanita cantik mestilah menjadi kegilaan..mana lah tahu dapat kahwin dengan anak Dato/Tan Sri ke kan..Setiap wanita pastinya menjaga kecantikan kerana takut hantaran kahwin kurang (bidalan masyarakat kita). Kecantikan menjadi aset wanita. Kalau lelaki, rupa paras yang hensem bukanlah isu besar pun.
Kristen Stewart

Kecantikan wanita ada banyak untuk diperkatakan faktornya. Pakaiannya seperti cara pakai tudung (tudung bawal,tudung lilit, tudung fareeda), alat solek, pencuci muka, vitamin c, kolagen. Usaha para wanita seharusnya dipuji, yelah untuk suami juga kan..Suami berasa bangga ada isteri cantik.

Baru-baru ini, isu lelaki saman isteri kerana bersolek berlebihan menjadi viral di media sosial. Anda boleh lihat gambar di bawah ini.



Apa yang anda boleh lihat dan rumuskan daripada gambar di atas. Sungguh berbeza muka bila dah bersolek dengan tidak bersolek. Entri ini menfokuskan solek/mekap. Kolagen, krim muka mahupun fesyen hijab tidak difokuskan. Kalau cantik kerana pemakanan (vitamin c, kolagen) itu sebenarnya lebih baik. Kami kaum lelaki sememang nya suka dengan wanita pandai bergaya dan bersolek. 



Tetapi, lelaki lebih suka akan wanita yang pandai jaga diri, jaga kesihatan, sama ada kurus( bersenam, pergi gym), dahi licin( scrub muka, petua-petua, pencuci muka, bedak sejuk mak cun) mahupun tingkah laku. Bersolek tidak kekal kerana anda masih sebegitu. Bersolek hanya menutup, bukan meningkatkan kecantikan. Dapat tak maksud saya? Usaha untuk cantik itu bagus, tetapi kalau boleh jangan terlalu bergantung kepada alat mekap, kerana khuatir jadi kesan kepada kulit muka. 


Scrub muka guna bahan natural
Bercakap (eh bercakap??) tentang scrub muka, saya ingin kongsi lah serba sedikit manalah tahu berminat nak mengamalkannya. Kalau guna cara moden mestilah mahal macam pergi jumpa pakar kulit, rawatan lazer bagai. Scrub muka boleh gunakan bahan-bahan yang natural macam lemon, gula dan tomato. Nak scrub kena tunggu jerawat reda, selepas gunung berapi meletop. Lakukan secara konsisten, mungkin jika baru buat seminggu hasilnya masih belum ada. Konsisten buat, insyaallah akan nampak kesannya.

Entri ini tidak mengutuk akan kecantikan, malah yang cantik itu kan indah. Cantiklah pada cara yang baik. Bermekap okay, cuma janganlah terlampau sampai hari-hari mekap seperti pengantin baru. Orang lain pun boleh mengata anda kalau hari-hari macam tu kan.

Wednesday, August 19, 2015

Port Dickson: Tarikan Pelancong ke Negeri Sembilan

Pinjam jap eh empunya gambar

Pantai Port Dickson (PD) adalah tempat percutian hujung minggu yang menarik untuk warga kota. Port Dickson lebih terkenal dengan pantainya yang menarik, kemudahan yang mencukupi dan infrastruktur yang baik. Terdapat juga pelbagai jenis penginapan bagi mereka yang ingin bercuti di sini. Antara pantai yang terkenal di sini adalah Teluk Kemang dan Blue Lagoon. Terdapat juga infrastruktur untuk sukan air dan aktiviti pantai.

Port Dickson hanya mengambil masa lebih kurang satu jam dengan kereta untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Port Dickson di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). Ada dua alternatif nak ke Port Dickson, iaitu melalui Lebuh Raya bertol (Lebuhraya Seremban Port Dickson) atau jalan biasa yang tidak begitu memuaskan. 

Port Dickson terkenal akan pantainya. Hotel-hotel dan resort banyak didirikan di sepanjang pantai untuk kemudahan pelancong. Port Dickson bukan sahaja menawarkan percutian pantai semata-mata.
Glory Beach Resort

Anda boleh memilih untuk bermalam di hotel ataupun perhi hari sahaja kerana jarak antara Kuala Lumpur ke Port Dickson bukannya juah pun kalau nak balik rumah. Sekali-sekala bawa anak isteri apalah salahnya luangkan masa 2-3 hari kan. 

Pantai Teluk Kemang
Jaraknya cuma 10 km ke selatan bandar Port Dickson. Kawasan perkelahan ini disebut sebagai Port Dickson sahaja, walaupun sebenarnya kawasan perkelahan itu terletak di sepanjang pantai Teluk Kemang.

Pantai Teluk Kemang adalah pantai yang paling popular dan lebih meriah kalau dibandingkan dengan pantai-pantai lain di sepanjang 18 km  pesisir pantai Port Dickson. Banana boat aktiviti popular disana. Tapi, bersedia lah anda untuk tercampak daripada banana boat.


Kemudahan-kemudahan nya lebih baik dan terjaga. Harga makanan nya pun tidak lah mahal. Saya perhatikan Port Dickson makanan dan minuman agak mahal, maklumlah tempat pelancongan.

Kalau daripada lebuhraya Seremban- Port Dickson, anda akan berjumpa dengan bulatan. Belok ke kiri untuk ke Pantai Teluk Kemang. Kalau ke kanan nak ke Bandar Port Dickson. Bandar Port Dickson saya lihat tidak meriah, kerana tarikan nya di pantai.


Muzium tentera Darat
Bagi sesiapa yang minat akan cerita ketenteraan, perang dan sejarah, anda boleh lawati Muzium Tentera Darat yang terletak tidak jauh dari Pantai Teluk Kemang. Muzium Tentera Darat Port Dickson ini merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia.


Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang membawa kita kepada jalan cerita atau perjalanan ketenteraan kita dari era Kesultanan Melayu Melaka, era Portugis dan Belanda, era Penjajahan British, era penubuhan Askar Melayu sehinggalah kepada era Tentera Darat Hari ini.


Antara yang menarik perhatian di Muzium Tentera Darat Port Dickson ini adalah replika terowong bawah tanah sepanjang 142 meter bermula dari Blok B dengan dua pintu keluar iaitu di Kampung Hutan dan Pesawat Caribou yang bertujuan memberi pengalaman sebenar kepada setiap pengunjung.

RABU – AHAD
10:00 pagi – 5:00 petang
Waktu Tutup
Isnin & Selasa
Kemasukan: Tiada dikenakan bayaran untuk melawat Muzium Tentera Darat.
Hubungi :
06-6409488, 6409484, 6409481, 6409482
admin@armymuseumpd.gov.my
Muzium Tentera Darat
Kem Si Rusa,
Persiaran Pahlawan,
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan, MALAYSIA

PD Ostrich Show Farm
Antara tarikan terbaru( terbaru eh?) di port Dickson. Biasanya kita tahu Port Dickson hanyalah percutian di Pantai. Tidak ramai yang tahu pun PD Ostrich Farm ini. Anak-anak pasti teruja melihat besarnya burung unta dan telurnya. Dedahkan anak anda dengan hidupan liar secara langsung, jangan asyik tengok National Geographic sahaja. 

Bayaran masuk dewasa RM 13, Kanak-kanak dan Warga Emas RM 8. Tolong bagitahu kalau ada perubahan harga.

AGAMA: Ibadah Umrah



Rukun Umrah
Rukun umrah terbahagi kepada 5 iaitu:

  1. Niat
  2. Tawaf
  3. Saie
  4. Bercukur atau bergunting
  5. Tertib


Huraian terperinci bagi setiap rukun adalah seperti dibawah.


1. Niat

Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:

نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى

Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”


2. Tawaf

Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.

Syarat- syarat sah tawaf

– Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T.

Lafaz niat Tawaf Umrah:

Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”

Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.

Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).

Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.

Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.

Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.

Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).

Mesti suci daripada hadas besar.

Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).

Mesti menutup aurat.


3. Sai’e

Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah.

Syarat-syarat sah Sai’e:
1. Hendaklah dilakukan selepas melakukan Tawaf
2. Mulai daripada Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah
3. Cukup tujuh kali dengan yakin, iaitu dikira dari Safa ke Marwah     sekali dan dari Marwah ke Safa sekali
4. Hendaklah saie sehingga sampai ke penghujung tempat saie di         Bukit Safa dan Bukit Marwah pada tiap-tiap kali.
5. Hendaklah saie di tempat yang ditentukan sekarang.
6. Mengekalkan niat untuk bersaie sepanjang masa melakukan saie     itu.

Sunat-sunat Sai'e:
1. Keluar ke tempat saie melalui Pintu Safa.
2. Menaiki Bukit Safa dan Marwah hingga sampai ke batu-batu           bukit.
3. Mengadap ke arah kiblat dan mengangkat kedua-dua belah               tangan sambil mengucapkan: ( AllahuAkhbar3x Walillaulhamd)     setiap kali berada di atas Bukit Safa dan Marwah.
4. Berlari-lari anak bagi lelaki (tidak bagi wanita) apabila sampai di     suatu tempat yang bertanda lampu hijau.
5. Berturut-berturut (muwalat) antara pusingan saie.
6. Suci daripada hadas besar dan kecil serta menutup aurat.
7. Berjalan kecuali uzur. Maka boleh menggunakan kenderaan             seperti kerusi roda.
8. Berdoa
9. Berittiba‘(m
emakai pakaian ihram dalam keadaan membuka             bahu sebelah kanan bagi lelaki sepanjang tawaf).

Tahallul

Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.

Syarat Tahallul

Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:
Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.


Tertib

Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).


Wajib Umrah
Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam.

Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah:
1. Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
2. Menjaga larangan ihram.
3. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan     bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan           niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum       sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat     umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor                   kambing dikenakan.


Amalan-amalan Semasa di Tanah Suci:
1. Solat berjamaah
2. Solat jenazah
3. Solat sunat
4. Puasa sunat
5. Khatam al-Quran
6. Memandang Baitullah
7. Berdoa terutamanya di tempat-tempat yang mustajab doanya
8. Beriktikaf dalam masjid


miqat (tempat berniat ihram)







Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):

Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.

Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.

Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:

Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.

Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.

AGAMA: Ibadah Haji




Haji adalah ziarah suci yang dilakukan umat Islam ke Makkah, Arab Saudi setiap tahun dan merupakan yang terbesar di dunia. Haji adalah rukun ke-5 yang wajib dilaksanakan seperti yang tertakluk dalam Rukun Islam, kewajipan agama ini hendaklah dilakukan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka bagi yang berkemampuan dan larat mengerjakannya.


Syarat

Keempat-empat mazhab dalam fahaman Ahli Sunnah Waljamaah iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan mazhab Hambali menetapkan bahawa syarat-syarat menunaikan haji adalah seperti berikut:
  • Beragama Islam. Haji tidak diwajibkan kepada orang bukan Islam dan jika dilakukan, hajinya adalah tidak sah.
  • Merdeka. Golongan hamba sahaya tidak wajib melakukan haji.
  • Baligh. Haji adalah tidak wajib bagi kanak-kanak dan haji mereka itu sah jika dia telah mumaiyiz. Walau bagaimanapun, kefarduan haji kanak-kanak itu masih belum terlepas melainkan dilakukan setelah baligh.
  • Berakal. Orang yang gila tidak diwajibkan untuk mengerjakan haji dan jika ia dilakukan, maka hajinya tidak sah.
  • Berkemampuan. Bagi syarat ini, terdapat beberapa bahagian yang perlu dipatuhi seperti:
1. Berkuasa membayar semua perbelanjaan haji sehingga selesai.
2. Mempunyai kenderaan untuk pergi dan balik daripada haji.
3. Mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang         yang di bawah tanggungannya.
4. Keadaan perjalanan hajinya adalah aman daripada sebarang         kekacauan.
5. Tidak mengalami sebarang masalah semasa berada dalam             kenderaan.
Bagi mazhab Hambali, ia menambah dua lagi syarat iaitu sihat anggota tubuh badan dan perjalanan haji itu hendaklah aman.

Wukuf di Arafah

Rukun

1)  Niat ihram haji.Rukun haji merupakan suatu amalan asas yang         mesti ditunaikan. Jika rukun-rukun haji tidak dilakukan, maka         hajinya adalah tidak sah dan ia wajib digantikan. Rukun-rukun         haji adalah seperti:Lafaz niat haji hendaklah dilakukan di miqat       dan jika jemaah haji sudah berada di kawasan Makkah, maka           niat boleh dilafaz di kawasan itu sendiri. Selepas niat, para               jemaah wajib menjaga segala amalan mereka terutamanya               berkaitan amalan wajib dan larangan semasa dalam melakukan         haji 
2)  Wukuf di Arafah
3)  Melakukan tawaf rukun (tawaf ifadhah)
4)  Sa'i, yakni lari-lari ayam atau berjalan cepat di antara bukit Safa      dan Marwah.
5)  Mencukur/menggunting rambut. Paling sedikitnya memotong          tiga helai rambut.
6)  Tertib, yakni menjalankan rukun haji secara berurutan.

Jenis

Ibadat haji terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
  • Haji Ifrad: Ifrad bermaksud "berasingan". Manakala haji ifrad pula bermaksud melakukan haji dan umrah secara berasingan di mana umrah tidak dilakukan dalam bulan haji. Haji jenis ini tidak dikenakan dam.
  • Haji Tamattuk: Tamattuk bermaksud "bersenang-senang". Haji tamattuk membawa erti umrah dilakukan dahulu pada bulan haji. Haji dilakukan kemudian ketika tiba masanya untuk menunaikan haji. Haji jenis ini dikenakan dam.
  • Haji Qiran: Qiran bererti "bersama-sama". Maksud haji qiran adalah melakukan haji dan umrah secara serentak. Haji jenis dikenakan dam dan dilakukan oleh kalangan jemaah haji yang tiba lewat pada waktu haji (7 dan 8 Zulhijjah).

Dam

Dam dari segi bermaksud bahasa ialah darah. Dari segi istilah syarak pula, ia membawa maksud denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang telah meninggalkan perkara yang wajib semasa menunaikan haji atau melanggar perkara larangan. Dam terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

Dam Tertib dan Taqdir



Dam tertib dan Ta'dil:



Dam takhyir dan Taqdir:




Dam takhyir danTa'dil


*Nota Dam: Kredit kepada Lembaga Tabung Haji







SPONSORED