Paparan

SPONSORED

Sunday, January 31, 2016

Batu Pahat- House of Baryani

Salam Hormat.

Lama sudah tidak update post dalam Blog ini. Selepas ini saya akan cuba meluangkan masa dengan pembaca/pengunjung yang sudi jenguk ke sini. Maaf jika blog ini tidak gah dan popular kerana blog ini bersifat peribadi dan cuba meng'antarabangsa' kan blog ini.

Panjang pulak celotehnya..

Batu Pahat memang terkenal dengan Nasi Baryani nya. Ada yang menyebut Briyani, ada yang menyebut Baryani. Tidak mengapa, asalkan faham. Orang dari KL sanggup datang Batu Pahat untuk nasi Briyani. Tak percaya? Haha..Sebenarnya bukan sahaja terkenal dengan Nasi Baryani nya, tetapi cukup terkenal dengan Mee Racun. Hah! Racunnn!!! Nama je Racun, tetapi tiada Racun. Apa bahan membuat Mee Racun, nanti saya update lagi jika ada pengetahuan.

Antara Restoran/kedai Nasi Briyani yang terdapat di Batu Pahat:.. 

1)Restoran Baryani Power di Taman Soga. Lokasinya di dalam kawasan perumahan di Taman Soga, agak dalam. Harganya tidak lah murah, haritu pada tahun 2015, harga dalam lingkungan RM 9-12 macam tu la. Kalau ada info, bagitau saya. Namun begitu, Restoran ini menawarkan Baryani Gam yang sedap dan ketenangan kerana tempatnya yang ada 'standard', selesa dan kurang orang. Parking kereta juga banyak. Berbaloi untuk dicuba. 





2) Restoran Baryani Pokok Sena, kerana di bawah Pokok Sena. Lokasinya di Jalan Bakau Chondong, berdekatan dengan Hotel Pelican. Jika anda dari Muar, selepas Jambatan Masuk Bandar Batu Pahat, teruskan perjalanan dan tidak juah dari situ la kedainya. Di sebelah kiri. Harganya agak murah.






3) Baryani Bakau Chondong (BBC). Nama nya sedmikian kerana lokasi kedai Briyani berkenaan di Jalan Bakau Chondong. Berhadapan Kompleks membeli belah The Summit yang suatu ketika dahulu menjadi tempat popular bersiar-siar hujung minggu. Kedainya baru dibuka dan merupakan premis rumah pada asalnya. Saya tidak pernah mencubanya, dan siapa yang pernah mencubanya sila komen.

Briyani Bakau Chondong. Imej Google Street View



4) Baryani Mohd Shah.
Baryani inilah yang paling terkenal di Batu Pahat. Seperti cerita saya sebelum ini, kedai ini sememangnya ramai pelanggan. Pelanggan terpaksa beratur panjang dan mereka tetap datang lagi. Ramai warga KL datang sini untuk mencuba Baryani Batu Pahat yang ini. Briyani nya sedap walaupun berasnya tidak panjang. Tiada Nasi Baryani Gam, hanya nasi Baryani biasa yang sememangnya memikat jika melihatnya. Harganya juga tidaklah mahal. 


Beratur dengan penuh sabar..Tetapi berbaloi

Harganya

Lokasinya tidak sukar untuk dituju. Terletak berdekatan Jambatan Batu Pahat( cuma ada satu sahaja jambatan di Bandar Batu Pahat). Berhadapan Hospital Putra. 

Kedai yang berada di medan Selera


Hospital Putra
Amat dinasihatkan datang sebelum pukul 12 tengah hari kerana ramai pelanggan dan kena beratur panjang. Selepas pukul 2 petang rasa nya sudah habis dah Baryani nya. 



Kewujudan Baryani Mohd Shah di sini menjadikan kedai-kedai Briyani yang lain membuka kedai berdekatan dengannya., tetapi tidak sehangat la.

Moga dapat merasai Nasi Baryani terbaik dari tempat asal. KL mahal ta


SPONSORED