Paparan

SPONSORED

Tuesday, December 6, 2016

Sebagai Pelajar Sekolah, Apa Yang Buat Anda Rasa Merdeka

Hai.

Yeayyy SPM dah habis!!!MERDEKAAA!!! 

Habis SPM adalah kebebasan terunggul (cewahh) sebagai pelajar sekolah. Kerana apa? Sebab menandakan kita dah habis sekolah . Dah tak perlu study teruk-teruk untuk SPM. 

Memanglah dah habis SPM itu adalah Merdeka sebagai student..Tapi bukan merdeka sebagai student laa, sebab dah tak jadi student lagi dah. 

Okay, apa yang membuatkan anda rasa merdeka sebagai student, maksud saya masih bergelar student.

1) Dapat lepas dari spotcheck. Dulu saya pengawas, saya kebal la hahahaha.

2) Cikgu tak masuk kelas dan cikgu bagi kerja bebas, buat kerja sendiri. Alah sebenarnya cikgu pun bosan. Biasanya, bila cikgu ada mesyuarat atau pergi kursus. 

3) Barang larangan yang diambil oleh guru disiplin dapat balik dengan selamat. Dalam hati, eh cikgu ni mimpi ke apa pulangkan balik handphone aku kat aku balik. Zaman sekarang handphone masih barang larangan ke? Dah 8 tahun tinggalkan alam persekolahan.

4) Ditangkap ramai-ramai oleh guru disiplin, tapi kau sorang yang terlepas. Lebih-lebih lagi kau lah yang jadi dalang/mastermind. Bila kau sorang je yang terlepas, rasa macam hero pulak kan.

5) Masa exam, semua yang diulangkaji semua keluar sebijik. Ini khusus bagi yang suka study last minit, macam saya. Alah kat universiti pun camtu la jugak. Abis kuliah bukan nya reti nak buka buku, tapi lepak-lepak kat mamak.

6) Duduk kelas hujung-hujung, belajar ala kadar tapi jadi student tp 10 dalam sekolah masa exam. Mau tak bangga dengan budak kelas pandai-pandai yang tak dapat top 10 di sekolah.

7) Awek yang korang sibuk nak ngorat dan jual mahal, tiba-tiba mengatakan cinta kepada anda. Bukan main payah nak usha awek tu, bila dah give up, awek tu pulak mai kat anda dan klata i love you. Terasa dunia ini anaaa yang punya. 

8) Sekin lama terkongkong, awek korang yang dengan sendirinya mintak putus dengan korang. Yelah, kalau kita yang mintak putus, mula la kaum hawa kata lelaki semua sama

BATU PAHAT: Tempat buat Rubber Stamp

Hai.

Lama Tidak kemaskini Blog. Dah bersawang dah huhu.. Sibuk dengan kerja dan malas pun ye jugak haha..

Kali ini nak cerita tentang kedai membuat Rubber Stamp di Batu Pahat. Sebenarnya ada sahaja kedai buat Rubber Stamp di batu Pahat, cuma nya kedai-kedai tersebut kecil dan oang pun tidak perasan.
Kedainya..Di belakangnya bangunan tinggi itu adalah Hotel Garden
Kedai yang saya pergi ini terletak dekat dengan Stesen Bas Batu Pahat. Tempatnya cukup strategik kerana selain dekat dengan Stesen Bas, kedudukan nya dikelilingi dengan perlagai kemudahan dan tarikan. Antara lain, kedai-kedai kain, kedai telefon, Hotel Garden, medan selera, Merrybrown dan sebagainya. Kalau bosan-bosan, boleh lah merayap di Courts tengok-tengok perabot.

Stesen Bas batu Pahat, dari depan kedai

Kedainya terletak di Jalan Abu Bakar. Tak perlu saya lukis pelan sebab mercu tanda terdekatnya ialah berdekatan Stesen Bas Batu Pahat.

Harganya berpatutan pada saya, sebab saya pernah ke kedai lain harganya lebih mahal. Layanannya cukup baik.

Sunday, January 31, 2016

Batu Pahat- House of Baryani

Salam Hormat.

Lama sudah tidak update post dalam Blog ini. Selepas ini saya akan cuba meluangkan masa dengan pembaca/pengunjung yang sudi jenguk ke sini. Maaf jika blog ini tidak gah dan popular kerana blog ini bersifat peribadi dan cuba meng'antarabangsa' kan blog ini.

Panjang pulak celotehnya..

Batu Pahat memang terkenal dengan Nasi Baryani nya. Ada yang menyebut Briyani, ada yang menyebut Baryani. Tidak mengapa, asalkan faham. Orang dari KL sanggup datang Batu Pahat untuk nasi Briyani. Tak percaya? Haha..Sebenarnya bukan sahaja terkenal dengan Nasi Baryani nya, tetapi cukup terkenal dengan Mee Racun. Hah! Racunnn!!! Nama je Racun, tetapi tiada Racun. Apa bahan membuat Mee Racun, nanti saya update lagi jika ada pengetahuan.

Antara Restoran/kedai Nasi Briyani yang terdapat di Batu Pahat:.. 

1)Restoran Baryani Power di Taman Soga. Lokasinya di dalam kawasan perumahan di Taman Soga, agak dalam. Harganya tidak lah murah, haritu pada tahun 2015, harga dalam lingkungan RM 9-12 macam tu la. Kalau ada info, bagitau saya. Namun begitu, Restoran ini menawarkan Baryani Gam yang sedap dan ketenangan kerana tempatnya yang ada 'standard', selesa dan kurang orang. Parking kereta juga banyak. Berbaloi untuk dicuba. 





2) Restoran Baryani Pokok Sena, kerana di bawah Pokok Sena. Lokasinya di Jalan Bakau Chondong, berdekatan dengan Hotel Pelican. Jika anda dari Muar, selepas Jambatan Masuk Bandar Batu Pahat, teruskan perjalanan dan tidak juah dari situ la kedainya. Di sebelah kiri. Harganya agak murah.






3) Baryani Bakau Chondong (BBC). Nama nya sedmikian kerana lokasi kedai Briyani berkenaan di Jalan Bakau Chondong. Berhadapan Kompleks membeli belah The Summit yang suatu ketika dahulu menjadi tempat popular bersiar-siar hujung minggu. Kedainya baru dibuka dan merupakan premis rumah pada asalnya. Saya tidak pernah mencubanya, dan siapa yang pernah mencubanya sila komen.

Briyani Bakau Chondong. Imej Google Street View



4) Baryani Mohd Shah.
Baryani inilah yang paling terkenal di Batu Pahat. Seperti cerita saya sebelum ini, kedai ini sememangnya ramai pelanggan. Pelanggan terpaksa beratur panjang dan mereka tetap datang lagi. Ramai warga KL datang sini untuk mencuba Baryani Batu Pahat yang ini. Briyani nya sedap walaupun berasnya tidak panjang. Tiada Nasi Baryani Gam, hanya nasi Baryani biasa yang sememangnya memikat jika melihatnya. Harganya juga tidaklah mahal. 


Beratur dengan penuh sabar..Tetapi berbaloi

Harganya

Lokasinya tidak sukar untuk dituju. Terletak berdekatan Jambatan Batu Pahat( cuma ada satu sahaja jambatan di Bandar Batu Pahat). Berhadapan Hospital Putra. 

Kedai yang berada di medan Selera


Hospital Putra
Amat dinasihatkan datang sebelum pukul 12 tengah hari kerana ramai pelanggan dan kena beratur panjang. Selepas pukul 2 petang rasa nya sudah habis dah Baryani nya. 



Kewujudan Baryani Mohd Shah di sini menjadikan kedai-kedai Briyani yang lain membuka kedai berdekatan dengannya., tetapi tidak sehangat la.

Moga dapat merasai Nasi Baryani terbaik dari tempat asal. KL mahal ta


Wednesday, August 26, 2015

KENANGAN: Zam-zam Hair Oil



Masih kah kau ingat...

Saya masih ingat, dahulu semasa saya darjah satu tahun 1998 (boleh teka la umur saya sekarang kan) saya memakai minyak rambut ini ke sekolah.

Rambut saya pelik sedikit daripada orang lain, kerana saya kerinting. Biasalah budak-budak suka la mengejek sebab rambut saya tidak seperti kebanyakan orang lain. Ada sahaja la diorang kata, "weyh rambut kau kerinting sebab suka makan meggi eh?".

Walaupun rambut saya kerinting jenis gulung dan nampak tebal tetapi kalau rambut saya dipotong pendek nampak kulit kepala. Maknanya rambut saya tidak lah lebat.


Selepas saya menggunakan minyak rambut ini untuk beberapa lama, saya dapat rasakan rambut saya makin tebal. Tak tahu la nak happy ke tidak. Dahlah budak-budak ejek saya rambut meggi, kalau makin lebat makin meggi la haha..

Rasanya entri saya ini boleh jadi testimoni untuk lebatkan rambut haha.. Tetapi jangan minta suruh PM, sebab saya bukan penjual mahupun agen minyak rambut ini.

p/s: Masih ada lagi tak minyak rambut ni?lama tak guna


Sunday, August 23, 2015

Sambungan Kisah Monyet/Beruk yang Tangannya Luka Akibat Terkena Mercun Bola.

Hai semua.

Sebelum ini saya ada menulis artikel/entri mengenainya di sini . Anda juga boleh skrol blog ini kebawah kerana saya menulisnya tidak lama dahulu.

Kini saya kongsikan kisah apa yang terjadi baru-baru ini. Terima kasih kepada sumber-sumber atas maklumat.

Kisah beruk yang tangannya luka akibat terkena mercun. Kejadian berlaku bulan lepas di Taman TAR, Ampang. Beruk yang diberi nama Michai oleh NGO yang menjaga kawasan tersebut cedera ditangannya akibat ada individu yang tidak bertanggungjawab melempar mercun bola. Michai yang menyangka mercun itu adalah makanan dan mengambil lalu mercun tersebut meletup di tangannya. Lebih menyayat hati Michai telah dilanggar lari sabtu lepas dan mengalami kecederaan dalaman yang parah. Cubaan menyelamatkannya dengan membawa ke klinik haiwan gagal dan Michai telah mati. Banyak lagi kes penganiayaan dan pembunuhan hidupan liar di sana. Di harap pihak berwajib memantau aktiviti yang tidak bermoral oleh manusia yang tidak bertanggungjawab di sana.






SPONSORED