Paparan

SPONSORED

Sunday, October 31, 2010

wang dan kasih sayang

Salam 1 Malaysia kepada anda semua.Diharapkan sume sihat2 belaka.mari  luangkan sedikit masa membaca blog post ni.sudi-sudikanlah.

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan
letih dan disambut baik oleh anaknya yang berusia
7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si
anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah. . boleh Amin tanya satu
soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di
pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-
sebuk nak tanya?

Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah
beritahu berapa pendapatan ayah sejam di
pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah
ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan
mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit
dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu
ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah?
Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak
sampai 10 ringgit?

Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari
duit, kamu senang-senang nak membazir ya..
Sudah, pergi masuk bilik..tidur! Dah pukul berapa
nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali
ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil
memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu
meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam
kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir
kemungkinan besar anaknya benar-benar
memerlukan duit untuk keperluan di sekolah
kerana anaknya tak pernah meminta wang
sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah
menuju ke bilik anaknya.
Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah..
Ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit
kaler merah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum
girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia
mengangkat bantalnya dan mengeluarkan
sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk
terhimpit oleh bantal.Bila ternampak duit itu, si
ayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu
dah ada duit sebanyak itu?? Dari mana kamu
dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia
menerangkan. ....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang
ayah bagi hari-hari tu.
Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin
tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya
lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..
Nah..ayah ambil duit ni.

Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu.

Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu
nak makan malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

"Jika HATI sejernih AIR, jangan biar ia KERUH.Jika HATI seputih AWAN,jangan biar ia MENDUNG. "

No comments:

Post a Comment

SPONSORED