Paparan

SPONSORED

Wednesday, July 20, 2011

Tersebut lah kisah kemasyuran SHAHEIZY SAM



Assalamualaikum dan paece no war kepada kalian semua. Setiap kali tekan aje butang kontrol astro nak tengok tv, ada sahaja iklan filem-filem di pawagam. Kebanyakan filem-filem yang diiklankan mesti si Shaheizy Sam ada sekali kan. Perasan tak? Siapa yang tak kenal beliau kan. Namanya kian meningkat naik ditambah pula gaya lakonannya yang menghiburkan.

   Aku mula kenal  beliau ni masa pergi tengok wayang JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK kat Central Square(cs) Sungai Petani. Kalau mai sungai petani pasti nampak mall ni, takde la besar sangat tapi bolehlah nak jalan-jalan..Masa tulah pertama kali pi tengok wayang..Citer tu citer seram komedi,ada unsur-unsur lawak. Masa tu pun aku macam tak perasan pun dia berlakon.

central square,sg petani dari dalam teksi(x mampu berkereta)
      Masa berlakon ceriter JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK itulah jodon beliau dengan  studio perfileman gergasi, METROWEALTH Movies Production terjadi apabila Pierre Andre menarik diri berlakon untuk filem tu arahan Ahmad Idham, beliau  diberi peluang untuk memegang watak Johan dalam filem itu. Mesti korang tau kan siapa penerbit Metrowealth kan, David Teo pun jadi femes disebabkan Shaheizy Sam berlakon dalam filem-filem terbitannya. Shaheizy Sam membuktikan filem-filem lakonannya under Metrowealth David Teo ni mencatat kutipan BOX OFFICE.                                        



      Haaa...Masa beliau berlakon dalam ADNAN SEMP-IT aku mula kenal dengan beliau ni. Masa hari pertama tayang kat pawagam, masa tu aku kat Langkawi...bercuti .. Dalam filem ini beliau jadi Mat Rempit yang bersikap hopeless romantic. Perh, mat despatch a.k.a office boy a.k.a. budak pejabat ada awek yang kaya, bos dia. Kalau la realitinya, macam tak caya kan. Sory aku bukan kutuk office boy, aku cuma cakap pasal filem ini dan kalau terguris hati mintak maaf yo. Kutipan filem ni fulamak..lebih RM 8 juta...betapa hebatnya beliau ini. Aku siap beli vcd lagi tau.


      Beliau juga berlakon dalam filem KONGSI: Lu langsi lu mati. Ini filem kedua arahan pengarah baru, Farid Kamil dan hasilnya, mencatat kutipan RM 1 juta lebih dalam hanya SATU hari sahaja!! Perh asal beliau berlakon aje mesti gempak-gempak kutipannya. Beliau berlakon sebagai Temulakyang dihantar oleh majikannya yang benama Kimpedu(Bront Palare) ke Malaysia untuk kucar kacirkan kongsi gelap yang ada di Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur. Ketika itu, Kuala Lumpur dikuasai oleh tiga kumpulan kongsi gelap, masing-masing diketuai oleh Pak Maliki(Piee)(ketua kongsi gelap Melayu), Jimmy 
(ketua kongsi gelap Cina) dan Victor (ketua kongsi gelap India). Antara kekacauan yang ditimbulkan oleh Tumulak termasuklah membunuh orang bawahan Pak Maliki serta anak Victor. Hal ini telah menarik perhatian ASP Shariff untuk menyiasat kejadian yang berlaku. 


      Beliau berlakon dalam filem SEKALI LAGI bersama pelakon hot Lisa Surihani. Yang ni kalau ditanya dalam satu kelas, siapa kenal Lisa Surihani angkat tangan??Mesti rata-ratanya semua pelajar akan angkat tangan. Mia Sara Nasuha pelakon kanak-kanak yang dikenali selepas drama bersiri Adamaya sama berlakon sebagai anak Lisa Surihani. Filem ini aku masih belom tengok lagi kalau ada yang nak taja takde hal.




      Dalam Filem KL GANGSTER arahan anak Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof teritan Skop Production Sdn. Bhd, mesti korang tertanya-tanya kenapa Shaheizy Sam tak berlakon sama kan padaha filem yang macam ni kan 'makanan' beliau? Ok kalau nak tahu kenapa tak berlakon sebenarnya jadual pengambaraan Filem Kongsi dengan Kl Gangster bertembung antara satu sama lain, jadi beliau tak dapatlah berlakun sekali dengan Kl Gangster, sebagai gantinya beliau berlakon dalam Filem SAM(Saya Amat Mencintaimu) terbitan Skop Production arahan adik syamsul Yusof. Kiranya Shaheizy Sam berhutang lah dengan Skop production.


      Sepanjang penglibatan semula beliau dalam lakonan bermula tahun 2006, beliau berjaya  merangkul Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2010.Beliau ni mendapat kereta Nissan Teena 2.0L bernilai RM140,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd. Perh dapat kereta bernilai RM 140 000 free je kan, aku nak dapatkan kereta sebernilai itu pun semput nak bayar bulan-bulan. Tahniah kepada beliau dan sememangnya layak untuk mendapatkannya. Semoga terus sekses dan menghiburkan kami semua.











1 comment:

  1. nah tengok ni....

    http://farhanhanif.blogspot.com/2011/07/download-filem-sekali-lagi.html

    ReplyDelete

SPONSORED