Paparan

SPONSORED

Thursday, January 26, 2012

Saman Ekor..Apa tu?

Salam buat semua


Saman ekor, apakah itu? Sering dengar berita kat tv pasal saman ekor tapi tahu tak apakah itu?



Saman ekor merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan yang berkenaan. Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ. Istilah rasmi bagi saman ekor ialah Notis Pol.170A.




Perbezaan Saman Ekor dengan saman-saman lain dan siapa yang mengeluarkan Saman Ekor ini serta untuk kesalahan apa?


Saman ekor dihantar secara pos berdaftar kepada pemilik kenderaan. Manakala saman lain adalah yang dikeluarkan secara terus kepada pemandu kenderaan sejurus selepas kesalahan dilakukan. Saman ekor dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia ke atas kesalahan mamandu had laju sahaja. 



HAK ANDA?

Saman sepatutnya dikeluarkan secara terus kepada anda sejurus selepas kesalahan dilakukan
Mengapa?
Ada kemungkinan kenderaan di dalam gambar adalah kenderaan yang menggunkan no pendaftaran palsu yang menyamai no pendaftaran anda! 




Anda sepatutnya tidak perlu membayar kompaun jika tidak mengaku melakukan kesalahan.
Mengapa?
Ini adalah kerana Saman Ekor hanyalah n otis meminta maklumat.



Penulis juga menggunakan cara copy-edit paste kerana masih mempelajari penulisan blog. Segala kesulitan dan kesilapan tidak disengajakan.

No comments:

Post a Comment

SPONSORED