Paparan

SPONSORED

Saturday, February 4, 2012

Melayu Mudah Lupa

Salam buat semua.

Hari ini Sabtu, 4 Febuari 2012, cuti yang agak lama kerana Maulidur Rasul esok hari ahad, maknanya Isnin cuti dan Selasa Taipusam pun cuti juga. Ambil kesempatan ini untuk bersama keluarga. Baru balik dari jemputan majlis kahwin, jalan raya pun jem, maklum lah cuti panjang..Minggu lepas dah cuti Tahun Baru Cina.

Entri ini sambungan dari entri Perjuangan Belum Selesai baru-baru ini. Entri kali ini berminat untuk topik ini pula. Kedua-dua nya pun dari negarawan Tun Dr. Mahathir.

Sajak Melayu Mudah Lupa dibacakan oleh Mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di akhir ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.






MELAYU MUDAH LUPA

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai




No comments:

Post a Comment

SPONSORED