Entri ini meupakan kesinambungan daripada entri yang lepas: Lebuhraya Senai-Desaru(SDE) Pun Mahu Kasi Dikaun Tol
Selamat Datang ke Pasir Gudang |
Aktiviti-aktiviti ekonomi utama di Pasir Gudang adalah melibatkan elektrik dan elektronik, kimia, oleokimia,kimia biofuels, produk-produk makanan, industri asas kejuruteraan, pelabuhan-pelabuhan dan logistik, pergudangan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), dan plastik.
Untuk pengetahuan, Pasir Gudang pun ada litar..Dibina pada tahun 1986, Litar Johor adalah litar lumba motor antarabangsa kelas pertama di luar Lembah Klang. pada mulanya ia hanya menjadi tumpuan peminat-peminat tempatan, kemudian mula dikenali bukan sahaja di peringkat wilayah malahan di seluruh dunia. Walaupun hanya merupakan litar baru, cabaran tatarajah 3.86 km bakal menarik penyertaan daripada para pelumba .
Semalam telah pergi ke Pasir Gudang atas urusan penting keluarga. Dari utara nak ke Pasir Gudang..banyak jalan nya. Semalam, nak cuba la guna Lebuhraya Senai- Desaru yang baru. Lebuhraya ni menghubungkan Senai dan Desaru. Sekali sekala nak cuga cuba, bila lagi kan nak guna..
Dari arah utara di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), keluar exit ke Senai Utara. Kat lebuhraya PLUS ada papan tanda..ikut je..
Bandar Pasir Gudang |
Kebiasaannya, Lebuhraya Pasir Gudang yang menjadi laluan kebiasaan pastinya sesak. Nak balik dari Pasir Gudang lalu laluan ni lah, sesak gak lah.
Kelebihannya, SDE ni memang sedap je guna, sunyi dan jarang orang guna. Yang banyak guna lori-lori.. kalau nak bandingkan dengan Lebuhraya Pasir Gudang yang menjadi laluan kebiasaan,memang la sesak tak kira la sabtu (semalam) pun jem.
lengang kan |
Masa berhenti kat R&R, banyak bas-bas persiaran berhentikan penumpang untuk membuang air. Pekedai kat R&R tu cakap, memang biasa keadaannya, sebab kebanyakan mereka pelancong-pelancong ni dalam perjalanan ke Desaru.
Desaru |
Apa pulak kena mengena gambar Desaru kat sini. Ala saja je, Sebab kata guna Lebuhraya Senai- Desaru (SDE) letak la sekali jadi hiasan.
No comments:
Post a Comment