Paparan

SPONSORED

Sunday, January 6, 2013

Info Pasukan Bola Sepak Johor dan Darul Takzim FC

Salam buat semua.

Johor pada musim 2013 telah mentransformasikan pasukan bola sepak nya. Ada dua pasukan mewakili Johor iaitu Johor FA dan Darul Takzim FC. Mestinya ada yang masih belum jelas tentang kedua-dua pasukan ini.

Johor
Pasukan Negeri. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1955. Stadium Tan Sri Hassan Yunus kat Larkin menjadi stadium rasmi pasukan ini. Dikenali sebagai 'jengking' sebelum ini telah memenangi liga Divisyen 1 yang kini menjadi Liga Super pada tahun 91. Berjaya memenangi Piala FA tahun 1998.


Musim 2013 bermain dalam Liga Perdana. Dibarisi sebahagian besar anak jati Johor dan dikuatkan dengan 2 pemain import dari Brazil, Andre Silva dan Muriel Orlando dari Argentina. Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang menjadi venue utama pasukan tuan rumah.


Darul Takzim FC

Pasukan berstatus kelab ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1972 dengan nama asal PKENJ FC. Menukar namanya kepada Johor FC pada tahun 1997 sehinggalah ditukar namanya kepada  Darul Takzim FC pada penghujung 2012 di bawah pengurusan baru oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor.

Menjadi Juara Liga Perdana 2 pada tahun 2001 dan seterusnya layak bermain dalam Liga Perdana 1 pada tahun 2002 dan 2003.


Musim 2013 dibarisi oleh pemain-pemain berstatus bintang pasukan kebangsaan Malaysia dan diperkuatkan oleh 2 pemain import dari Itali, Simone Del Nero dan dari Sepanyol, Daniel Gonzalez Guiza. Stadium Tan Sri hassan Yunos di Larkin sebagai tuan rumah rasmi yang sebelum ini digunakan oleh pasukan Johor FA.

Update terbaru berkaitan entri ada di  http://ukashahcharlie.blogspot.com/2014/02/senarai-pemain-johor-darul-tazim-jdt.html

2 comments:

  1. Keputusan terkini, streaming dan video highlight Liga Super, Liga Premier dan Liga FAM 2013 di http://sepaktonjol.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Keputusan terkini, streaming dan video highlight Liga Super, Liga Premier dan Liga FAM 2013 di http://sepaktonjol.blogspot.com/

    ReplyDelete

SPONSORED