Paparan

SPONSORED

Wednesday, April 24, 2013

Pilihan Raya Umun 13 dari Pandangan Rakyat Biasa

Salam buat semua.

Ketika ini mood pilihanraya sedang melanda.



Blog ini tidak menyebelahi mana-mana part politik, entri ini hanya lah pandangan dan huraian peribadi sahaja.

Sabtu 20 April 2013 merupakan hari penamaan calon-calon yang akan bertanding. Menariknya, kali ini calon bebas teramai dalam sejarah. Ahli-ahli parti baik dari parti pemerintah mahupun pembangkang menjadi calon bebas. Ahli-ahli parti BN mahupun Pakatan Rakyat mengenakan tindakan tatatertib terhadap mereka. Menurut peraturan/perlembagaan parti (pemerintah dan pembangkang), mana-mana ahli parti yang menjadi calon bebas akan terlucut keahlian secara automatik.




Tarikh keluar mengundi ialah pada 5 Mei 2013

     Yang peliknya, mengapakah sebegitu ramai ahli-ahli parti menjadi calon bebas? Yang menariknya Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim antara mereka. 

Bekas Menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai PAS. Semasa saya di penghujung zaman sekolah rendah, beliau agak terkenal. Beliau terkenal semasa zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM. 

     Berlaku pertembungan kerusi antara pakatan pembangkang di beberapa buah kerusi. Maknanya ada lebih dari satu calon dari pakatan pembangkang untuk perebutan kerusi.

     PRU kali ini merupakan Pilihan Raya laman sosial. Ini kerana PRU kali ini diadakan ketika meledaknya media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Saya percaya kalangan kaum ibu dan bapa juga ada akaun facebook. Dahulunya Facebook hanya diikuti oleh golongan muda mudi untuk bersosial di alam maya, tetapi ibu-bapa mereka juga tidak mahu ketinggalan juga. Betul tak?haha..

Facebook dijadikan medan informasi politik parti-parti yang bertanding. Setiap parti politik ada manifesto tersendiri yang menjanjikan itu dan ini kepada para pengundi. Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang ada 'page' di facebook dan juga di Twitter.

Ruang sosial maya ini digunakan untuk menyampaikan informasi ke seluruh negara, dan dunia..Ini memudahkan penyampaian maklumat, menjadikan maklumat cepat dan menarik. Disamping menjimatkan kos untuk fotostat bahan kempen yang 'black and white' kurang attractive berbanding ini.


   


     Calon-calon yang bertanding bukan sahaja dari kalangan ahli politik, malah disertai oleh golongan artis dan ustaz, selain bekas-bekas anggota tentera. Malah, ada artis yang walaupun tidak menjadi calon, tetapi membantu berkempen dalam pilihan raya umum kali ini. 

     Seperti kebiasaan, ada sahaja pertandingan lebih dari dua penjuru. Satu dari parti pemerintah, satu dari pakatan pembangkang dan lain-lain dari calon bebas. Untuk satu kerusi, ada yang calon bebas lebih dari satu.



     PRU 13 ini adalah antara paling mendebarkan. Pelbagai andaian bermain di fikiran saya:

1) Adakah Barisan Nasional (BN) akan memperoleh majoriti yang lebih besar berbanding sebelumnya. 

2) Adakah Pakatan Rakyat akan menang dan sekaligus membentuk kerajaan pusat?

3) Adakah Johor jatuh ke tangan pembangkang. Ini kerana pakatan pembangkang menggandakan usaha mereka untuk meruntuhkan kubu tradisi BN. Penasihat DAP Lim Kit Siang yang sebelum ini menyandang kerusi  Parlimen Ipoh Timor kini bertanding untuk kerusi Parlimen Gelang Patah. Lawan beliau ialah calon BN iaitu Menteri Besar Johor Dato Abdul Ghani Othman.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub bertanding kali ini di dua kerusi Johor. Sebelum ini beliau memegang kerusi di Kelantan. Beliau di Johor bertanding di Kerusi DUN Nusajaya dan Parlimen Pulai(maaf jika tersilap).


Masjid Negeri Selangor
4) Apakah akan jadi kepada negeri-negeri yang dipegang oleh pakatan pembangkang, adakah masih di kekuasaan mereka atau jatuh ke tangan BN? Negeri-negeri tersebut adalah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Selangor menjadi perhatian kerana BN dan pakatan pembangkang berjuang untuk mendapatkan kembali atau memertahankan. Di televisyen pihak BN berkempen untuk mendapatkan kembali Selangor melalui tema 'Sayangi Selangor Yakini BN'.

5) Mampukah Perdana Menteri meneruskan legasi BN mendapat mandat mentadbir kerajaan persekutuan? Beliau pertama kali menjadi PM memimpin partinya dalam pilihanraya. Beliau menghadapi cabaran di kala BN hilang majority 2/3 dan Pakatan Rakyat yang sedang kuat. Beliau kena berusaha keras mengembalikan keyakinan rakyat yang tercalar teruk dalam pilihanraya terdahulu.

Kita tunggu dan lihat keputusan pilihanraya nanti. Jom pulang mengundi. Bukan selalu dapat mengundi ni.






No comments:

Post a Comment

SPONSORED