Kali ini nak berperibahasa juga la.
DI MANA ADA KEMAHUAN, DISITU ADA JALAN. Peribahasa ini kita pelajari semenjak sekolah rendah lagi. Banyak peribahasa dihafal, juga sifir 1-12 kan.
Namun begitu, adakah anda mengerti maksudnya disebalik anda hafal nya?
Jika anda mahukan sesuatu, pastinya ada caranya untuk merealisasikannya. Dalam filem ADNAN SEMPIT, ada dialog "dimana ada kemahuan, disitu ada highway.." Ayat tu mungkin nak memodenkan peribahasa haha..Mungkin la. Peribahasa kan sejak zaman dahulu lagi. Dulu tak de highway atau lebuhraya..kah3 xtak begitu Shaheizy Sam?
Peribahasa tu juga boleh dikaitkan juga dengan HENDAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH. Okay, ayatnya mungkin mencetuskan kekeliruan, lantas kurang difahami. Jika kita mahukan sesuatu, kita akan cuba dengan seribu satu cara. Jika kita tak mahu, maka beribu-ribu dalih la.
Contohnya, kalau kita tak mahu ke kelas, maka kita akan cinta pelbagai alasan untuk tak ke kelas.
Betulkan saya jka saya silap
No comments:
Post a Comment