Paparan

SPONSORED

Thursday, April 25, 2013

10 Golongan Manusia yang Diusir dari Padang Mahsyar

Perkongsian daripada sumber lain



1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadudomba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8. Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

p/s: Sekadar perkongsian dan peringatan kepada semua

Wednesday, April 24, 2013

Pilihan Raya Umun 13 dari Pandangan Rakyat Biasa

Salam buat semua.

Ketika ini mood pilihanraya sedang melanda.



Blog ini tidak menyebelahi mana-mana part politik, entri ini hanya lah pandangan dan huraian peribadi sahaja.

Sabtu 20 April 2013 merupakan hari penamaan calon-calon yang akan bertanding. Menariknya, kali ini calon bebas teramai dalam sejarah. Ahli-ahli parti baik dari parti pemerintah mahupun pembangkang menjadi calon bebas. Ahli-ahli parti BN mahupun Pakatan Rakyat mengenakan tindakan tatatertib terhadap mereka. Menurut peraturan/perlembagaan parti (pemerintah dan pembangkang), mana-mana ahli parti yang menjadi calon bebas akan terlucut keahlian secara automatik.




Tarikh keluar mengundi ialah pada 5 Mei 2013

     Yang peliknya, mengapakah sebegitu ramai ahli-ahli parti menjadi calon bebas? Yang menariknya Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim antara mereka. 

Bekas Menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai PAS. Semasa saya di penghujung zaman sekolah rendah, beliau agak terkenal. Beliau terkenal semasa zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM. 

     Berlaku pertembungan kerusi antara pakatan pembangkang di beberapa buah kerusi. Maknanya ada lebih dari satu calon dari pakatan pembangkang untuk perebutan kerusi.

     PRU kali ini merupakan Pilihan Raya laman sosial. Ini kerana PRU kali ini diadakan ketika meledaknya media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Saya percaya kalangan kaum ibu dan bapa juga ada akaun facebook. Dahulunya Facebook hanya diikuti oleh golongan muda mudi untuk bersosial di alam maya, tetapi ibu-bapa mereka juga tidak mahu ketinggalan juga. Betul tak?haha..

Facebook dijadikan medan informasi politik parti-parti yang bertanding. Setiap parti politik ada manifesto tersendiri yang menjanjikan itu dan ini kepada para pengundi. Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang ada 'page' di facebook dan juga di Twitter.

Ruang sosial maya ini digunakan untuk menyampaikan informasi ke seluruh negara, dan dunia..Ini memudahkan penyampaian maklumat, menjadikan maklumat cepat dan menarik. Disamping menjimatkan kos untuk fotostat bahan kempen yang 'black and white' kurang attractive berbanding ini.


   


     Calon-calon yang bertanding bukan sahaja dari kalangan ahli politik, malah disertai oleh golongan artis dan ustaz, selain bekas-bekas anggota tentera. Malah, ada artis yang walaupun tidak menjadi calon, tetapi membantu berkempen dalam pilihan raya umum kali ini. 

     Seperti kebiasaan, ada sahaja pertandingan lebih dari dua penjuru. Satu dari parti pemerintah, satu dari pakatan pembangkang dan lain-lain dari calon bebas. Untuk satu kerusi, ada yang calon bebas lebih dari satu.



     PRU 13 ini adalah antara paling mendebarkan. Pelbagai andaian bermain di fikiran saya:

1) Adakah Barisan Nasional (BN) akan memperoleh majoriti yang lebih besar berbanding sebelumnya. 

2) Adakah Pakatan Rakyat akan menang dan sekaligus membentuk kerajaan pusat?

3) Adakah Johor jatuh ke tangan pembangkang. Ini kerana pakatan pembangkang menggandakan usaha mereka untuk meruntuhkan kubu tradisi BN. Penasihat DAP Lim Kit Siang yang sebelum ini menyandang kerusi  Parlimen Ipoh Timor kini bertanding untuk kerusi Parlimen Gelang Patah. Lawan beliau ialah calon BN iaitu Menteri Besar Johor Dato Abdul Ghani Othman.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub bertanding kali ini di dua kerusi Johor. Sebelum ini beliau memegang kerusi di Kelantan. Beliau di Johor bertanding di Kerusi DUN Nusajaya dan Parlimen Pulai(maaf jika tersilap).


Masjid Negeri Selangor
4) Apakah akan jadi kepada negeri-negeri yang dipegang oleh pakatan pembangkang, adakah masih di kekuasaan mereka atau jatuh ke tangan BN? Negeri-negeri tersebut adalah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Selangor menjadi perhatian kerana BN dan pakatan pembangkang berjuang untuk mendapatkan kembali atau memertahankan. Di televisyen pihak BN berkempen untuk mendapatkan kembali Selangor melalui tema 'Sayangi Selangor Yakini BN'.

5) Mampukah Perdana Menteri meneruskan legasi BN mendapat mandat mentadbir kerajaan persekutuan? Beliau pertama kali menjadi PM memimpin partinya dalam pilihanraya. Beliau menghadapi cabaran di kala BN hilang majority 2/3 dan Pakatan Rakyat yang sedang kuat. Beliau kena berusaha keras mengembalikan keyakinan rakyat yang tercalar teruk dalam pilihanraya terdahulu.

Kita tunggu dan lihat keputusan pilihanraya nanti. Jom pulang mengundi. Bukan selalu dapat mengundi ni.






Monday, April 22, 2013

Kenali Tan Sri Hj Hassan Yunos

Salam buat semua.

Pukul 12 malam ni, maka genaplah umur saya 22 tahun, 22 April 1991. Dah layak mengundi dah..Nama pun dah masuk dalam daftar pengundi. So tunaikanlah kewajipan mengundi, pesanan untuk anda dan untuk penulis.

NamaTan Sri Hj Hassan Yunos mula menjadi sebutan akhir-akhir ini. Ini berikutan namanya menjadi sebutan untuk nama Stadium Larkin di Johor Bahru sempena musim bola sepak Malaysia. Nama Stadium Larkin dinamakan sempena nama beliau. Untuk makluman, saya akan maklumkan sedikit sebanyak siapakah Tan Sri Hassan Yunos.

Terima kasih kerana luangkan masa ke sini. :)

Untuk maklumat umumnya, beliau adalah Menteri Besar Johor (1959 - 1967)




Tan Sri Hj. Hassan Yunus dilahirkan pada tahun 1907 di Muar, Johor. Setelah menamatkan pendidikan awal. Kerajaan Negeri Johor telah menghantar beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mekah dalam bidang Syariah.

Sekembalinya dari menuntut, beliau berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Johor sebagai Penolong Mufti (1.1.40). pada 1 Januari 1943 beliau menjawat jawatan Penolong Kadi dan memanggku jawatan Mufti Negeri hinggalah sebelum merdeka. Dengan kedudukan yang dipegang, beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Negeri Johor dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor.

Tan Sri Hj. Hassan juga seorang yang aktif dalam kegiatan politik dan menyertai Persatuan Melayu Johor. Beliau adalah salah seorang “Orang Tujuh” menandatangani surat bantahan kepada Sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union.

Apabila Dato’ Onn meninggalkan UMNO, Persatuan Melayu Johor mengambil alih. Dalam Pilihanraya Umum Pertama, beliau dilantik sebagai Menteri Besar pada 27 Jun dan beliau adalah Menteri Besar yang pertama di lantik menerusi proses pilihanraya. Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunus meninggal dunia pada 12 Julai 1968.

Ini meupakan senarai Menteri Besar Johor:

1995 - Kini : Dato' Abdul Ghani Bin Othman
1986 -1995 : Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin
1982 - 1986 : Dato' Abdul Ajib Bin Ahmad
1967 - 1982 : Tan Sri Othman Bin Mohd Saat
1959 - 1967 : Tan Sri Hj Hassan Bin Yunus
1955 - 1959 : Dato' Idris Bin Ibrahim
1952 - 1955 : Dato' Syed Abd. Kadir Bin Mohamed
1947 - 1950 : Dato' Onn Jaafar
1935 - 1947 : Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid
1931 - 1934 : Dato' Abdul Hamid Bin Yusuf
1928 - 1931 : Dato' Mustapha Bin Jaafar
1923 - 1928 : Dato' Abdullah Bin Jaafar
1920 - 1922 : Dato' Mohamed Bin Mahbob
1886 - 1919 : Dato’ Jaafar Bin Muhammad


Sumber: 
-Laman web rasmi pejabat menteri Besar Johor

SPONSORED