Paparan

SPONSORED

Thursday, September 11, 2014

Citarasa Wanita Pilihan

Assalamualaikum dan Selamat Kembali

Umur saya 23 tahun, sedikit pengenalan kepada diri sekejap. Seorang lelaki dan tentunya sebagai lelaki ori, mahukan awek, dan berkahwin. Saya masih single (promote diri).

Siapa dah ada awek? apakah yang membuatkan anda memilih si dia berbanding orang lain. Apakah ciri-ciri si dia yang membuatkan anda tertarik lantas berusaha memikatnya sehingga berjaya? Kongsikan kepada saya yang masih bujang hihi (macam desperete je hoho).

Aspek yang utama ditinjau dari hadis Rasulullah SAW ialah dengan sabdanya, maksudnya :
Dikahwini perempuan (dijadikan isteri) itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka utamakanlah perempuan yang mempunyai agama dan beruntunglah hidup kamu…”

Ada 4 sebab memilih wanita untuh dikahwini mengikut hadis di atas:
1) Hartanya
2) Keturunannya
3)Kecantikannya
4) Agamanya

Isu utama entri ini berkenaan 4 perkara di atas.

Siapa yang tak nak perempuan cantik? Lelaki semestinya nak ushar atau menjeling jika terlihat perempuan cantik. Saya pernah berjalan dengan seorang perempuan yang boleh tahan cantik di pusat membeli belah yang ramai orang. Ramai lelaki memandang kami mungkin ada 2 sebab. Yang pertama, cuci mata tengok perempuan cantik. Yang kedua, ushar lelaki yang berjalan bersamanya.

Sesungguhnya memiliki gadis cantik menjadi kebanggaan lelaki dan lambang kehebatan dan kejantanan. lelaki bangga jika aweknya cun. 

Kerana kecantikan, si lelaki sanggup bersaing untuk mendapatkan awek tersebut. Dah jadi isteri orang pun, masih ada lelaki yang ushar line dan nak ngorat..kalau tak, takdelah isteri kantoi kena tangkap basah dengan lelaki jantan lain kan..

Wanita berharta juga menjadi sebab seseorang wanita itu dikahwini. Tapi yang ini banyak merujuk kepada sebab lelaki itu dikahwini oleh wanita kan..Wanita mana yang tak mahukan bakal suami yang stabil ekonominya. Biasa dengan inilah wanita dilabel dengan mata duitan. Kesian lelaki kan..

Fokus kembali kepada wanita dikahwini disebabkan harta. Ini tidaklah ketara berbanding wanita dikahwini disebabkan kecantikan. Lelaki yang ada SPM kadang-kadang ada taste tinggi tau nak kahwin dengan wanita yang berijazah dan bekerja bagus. Lelaki dapatlah tumpang tuah hasil isterinya. Tetapi lelaki perlu ingat, lelaki bertanggungjawab tau menyediakan nafkah kepada isteri2 (wowww lebih satu isteri kah) dan anak-anak walaupun isteri kaya tak kira lah kaya biasa-biasa atau kaya kaw kaw..

Isteri juga dinikahi kerana keturunannya. Siapa yang tak nak isteri keturunan baik-baik kan.. Rasanya semua faham akan ini dan tak perlulah saya tulis panjang lebar.


Paling penting dalam Islam, carilah wanitah untuk dikahwini atas dasar Agamanya. Agama adalah panduan hidup dan wanita yang beragama tahu menjaga dirinya selaras dengan Islam. Mengapa perkara ini penting? Wanita beragama adalah tunjang manakala hartanya, kecantikannya dan keturunannya adalah tambahan atau bonus kepada anda jika dapat isteri sebegitu.

Rumah tangga harmoni dan aman damai kerana kehidupan berkeluarga yang berkat. Sikap dan perangai ahli keluarga bergantung kepada seberapa kuatkah pegangan agama. Seseorang yang kuat iman takut lakukan perkara yang dimurkai Allah dan jenayah. Misalan,kesedaran agama menjadikan masyarakat tidak mencuri dan mengambil hak orang lain. Letak lah RM 50 di atas meja, tak de siapa nak ambil sebab masing-masing tahu RM 50 tu bukan hak mereka. 

Nilai agama menjadikan jenayah dapat dibendung kerana seseorang yang berfikir mahu lakukan jenayah berfikir bahawa Allah melihat perbuatannya. Begitu juga dengan wanita beragama, sikap jujur dan amanah ada dalam dirinya. Dalam hubungan suami isteri memerlukan kejujuran maka Islam menerapkan nilai kejujuran. 

Ini menunjukkan Islam itu menyeluruh dan cara hidup. Islam mempengaruhi cara hidup, buktinya kalau nak berjanji sebut inshaAllah, nak beri salam ucap Assalamualaikum.


Saya juga ada lah pengalaman nak diceritakan. Saya pernah berkenalan dengan wanita yang agak berduit. Dia tak kisah pun nak ber'sms' walaupun tak de pelan friends and family atau aktif 5 (alah yang jimat kalau sms sesama rangkaian telefon la). Kalau keluar makan, tak main lah medan selera..mesti kena gi restoran. Saya bukanlah kaya mana, kalau lama-lama berkenalan dengan dia, mau lingkup makan restoran je). Tak main lah MyVi, katanya terlalu 'commoner' atau ramai sangat orang pakai. Citarasa kereta Eropah. Bila lama-lama kenal hati budi, saya merasakan saya tak layak dan tak serasi. Cara kami bagai langit dan bumi. Islam sendiri menggalakkan agar mencari pasangan yang 'sekufu'.Huhu dia kata MyVI too commoner(betul ke ejaan nya), tapi saya pakai motor kapcai lama, itu pun motor ayah saudara yang sudi beri pinjam.


Jangan pernah putus asa cari jodoh. Bunga bukan sekuntum. Bukan bunga ros je kat taman bunga kan hoho..Kapel putus kapel putus tu adatlah, pengalaman tu penting. Kawan sekolah ada cakap dulu, "takkan hidup cuma belajar je? nanti nak cerita apa kat anak-anak nanti? pengalaman hanya belajar,belajar,belajar.." haha logik gak. Nanti boleh cerita kan anak-anak kisah-kisah cinta monyet. Bini kat sebelah jeles je kah3.

Saya pernah berkenalan dan berkawan dengan wanita yang boleh tahan cantik. Kalau ikut takrifan lelaki, semua lelaki nak ushar dia haha..Apa stigma anda terhadap wanita cantik?

-pengotor
makcik saya dulu masa belajar kat oversea serumah dengan seorang wanita yang agak lawa berbanding yang lain. Mak cik saya kata dia pengotor, harap je muka lawa.

-pisau cukur
biasanya kalau nak dapatkan wanita cantik, duit di kocek kena lah banyak. Tak takut nak keluar duit belanja awek. Kalau kedekut, nanti awek tu cari mamat yang kaya berkereta mahal.

-jual mahal
yang ni biasa atau standard. statement ini biasanya lelaki yang nak cuba ngorat wanita cantik tetapi tak dapat. Gelak sikittt haha..Diorang ni memilih, kalau lelaki tu tak hensem macam Aaron Aziz( nasib baik dah kahwin) atau berpelajaran, jangan harap wanita tu nak pandang sebab dia rasakan dia patut dapat lebih daripada itu memandangkan dia cantik.

Yang itu semua stigma je tau..jangan lah serang saya laju laju pulak.

Wanita cantik sememangnya menjadi perhatian ramai lelaki. Sebagai boyfriend/teman lelaki ataupun suami, adakah anda bangga atau berasa terancam sebab ramai nak ushar atau cuci mata. Terpulanglah kepada anda nak pilih yang macam mana. Semua orang nak kan yang cantik-cantik sahaja. Kalau semua nak yang cantik aja, macam mana pula wanita yang  kurang cantik pula? Saya tengok laku je wanita yang kurang cantik ini. Sesungguhnya jodoh dah ditetapkan Allah dan Allah sebaik-baik perancang.

Ada je wanita cantik yang masih belum berkahwin berbanding wanita yang kurang cantik, ada dua anak pulak tu. 

Definisi cantik bagi anda bagaimana? Adakah yang berpakaian menjolok mencolok(tatabahasa yang betul) itu ditakrifkan sebagai cantik? Ataupun yang pakai tudung singkat tayang aset besar? Atau memakai fesyen tudung  pelik-pelik dan berbaju kurung ketat?

Berharta nya seseorang wanita menjadi kan wanita itu memiliki pakej tambahan sebagai calon isteri bagi kebanyakan lelaki. Wanita kaya dapat mengubah kehidupan seseorang lelaki. Kalau dulu anak pesawah, bila dah berkahwin dapat jadi pemegang saham dalam syarikat milik keluarga isteri. Ini kekayaan segera. Best ni.

Walaubagaimanapun, paling penting saya memilih wanita atas dasar sikap dan sekufu. Sikap itu juga sebahagian daripada topik wanita dinikahi kerana agamanya. Sebelum kenal seseorang, memang lah kita tertarik disebabkan awek itu cun dan cantik. Bila dah bercinta lama-lama ada lah masalah. Sebab kita kenal dan cintakan karakter, bukan kecantikan. Kecantikan itu luaran, sikap itu pembawaan diri. Sebab itulah wanita yang bukan berkulit cerah macam salji ada yang berminat sebab ada daya penarik. 

Cantik tetapi gedik. Kebanyakan lelaki tidak mahu wanita yang gedik. Wanita memanglah manja tetapi jangan lah gedik sangat. Sikit-sikit nak merengek, nak berkepit dah macam takde kerja lain kah. Bila sikap wanita itu molek, semua orang pasti selesa dengannya dan ramai lah suka mendekatinya. 

Bagi saya, kecantikan, dan harta wanita tersebut adalah bonus kepada lelaki yang memilikinya. Sekufu penting dalam kehidupan suami isteri agar tidak timbul isu mengungkit, merendah diri dan memandang rendah antara satu sama lain.



No comments:

Post a Comment

SPONSORED