Paparan

SPONSORED

Tuesday, January 24, 2012

Jutawan 200 ringgit

bayangkan..jika anda jadi kaya..
Salam buat semua

Hari ni 24 januari 2012, Raya Cina hari ke-dua dan bunyi mercun bam bum sana sini.

Sebagai student, saya dan yang lain2 happy..kerana sudah jadi kaya  RM 200..Tapi bukan dalam tunai la, dalam bentuk voucher (betul ke ejaan ni?). Jadila..daripada tak dapat apa2..Kurang-kurangnya dapat lah membantu student yang memerlukan macam saya ni membeli buku..Almaklumlah, buku bukanlah murah..

Vaucar ni sah sampai 31 Mac, maknanya vaucar ni ada tarikh luput. Masalahnya, sekarang ni kebanyakan student/pelajar sedang bercuti semester sampai awal atau pertengahan bulan Mac ni. Sempat tak? Cuba sempatkan. Saya sendiri pun masih belum guna.

Habisla..PM dah 'sound'..
Tertarik dengan gambar PM (Perdana Menteri) kita kat facebook pasal baucar ni. Entah betul, entah tidak. Tapi agak menarik untuk dikongsi..

Secara mudahnya, gambar tu dapat difahami maksudnya. "kenapa salahgunakan baucar buku?" Berita Harian semalam ( 23 Januari) ada petik pasal isu ni.

Sebelum ni, ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah. Apa dimaksudkan tidak berfaedah? Maksudnya, membeli sesuatu bukan untuk pelajaran.Baucar ni tidak boleh di'cash' kan, jadi nak tak nak, kena lah tebusnya dengan pembelian.


Baucar buku 1 Malaysia ..ada juga menjualnya secara terbuka di Internet. Internet memudahkan urusan harian, tetapi hendaklah menggunakan internet dengan berfaedah dan sebaiknya. Jual di internet, wah siap ada potongan istimewa lagi..Betul ke tidak, berita ada melaoprkannya.


Saya ingin mengucapkan terima kasih atas pemberian baucar ini. Pemberian dari kerajaan adalah dari hasil wang pembayar cukai, hargailah mereka.

Siapalah saya nak cakap? Tapi saya hanya kongsikannya di blog sendiri.

                                                                                                                                          Wassalam

No comments:

Post a Comment

SPONSORED