Paparan

SPONSORED

Tuesday, August 18, 2015

Trend Kahwin Lewat di Malaysia

Salam buat pembaca dan pengunjung sekalian.

      Topik kali ini berkenaan dengan KAHWIN. Ya, kahwin. Siapa yang dah berkahwin? Kongsi sedikit pengalaman anda hihi..mudah atau susah nak kahwin ke, atau pun kehidupan sebagai orang yang dah berkahwin. 

      Gambar di bawah ini berkenaan dengan faktor utama tidak berkahwin, baik lelaki mahupun wanita.


      Mari kita berbincang berkenaan topik ini, seperti statistik yang dikeluarkan oleh LPPKN atau nama penuhnya Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara.


      Saya menulis bukan main tulis sahaja, tapi berdasarkan sumber LPPKN. Mungkin ada idea saya yang anda tidak berpuas hati atau kurang tepat, anda boleh kemukakan dalam ruangan komen.


      Faktor terbesar lelaki tidak berkahwin ialah masalah kewangan, manakala bagi wanita pula ialah tiada calon sesuai.


      Masalah kewangan hampir mendominasi separuh daripada statistik kenapa lelaki tidak berkahwin, iaitu sebanyak 44.7%. Anda pastinya ada hujah tersendiri berkenaan faktor masalah kewangan. Nak kahwin, masing-masing mula la mengaru kepala nak cari duit buat belanja kahwin.



      Nilai wang hantaran pula menjadi masalah kepada lelaki yang mahu berkahwin. Trend masa kini nilai wang hantaran mahal mahal. Kos sara hidup masa kini yang makin mahal, nilai hantaran pula meningkat selari dengan nilai ekonomi.Masyarakat merasakan taraf anak mereka mengikut nilai hantaran. Jiran sebelah letak hantaran RM 15,000 takkan kita nak kalah dengan diorang?? Ini perkara yang menjadi isu. 

      Islam tidak menetapkan kadar maksimum dan minimum jumlah mas kahwin bagi seseorang wanita kerana Islam mengiktiraf wujud perbezaan dalam masyarakat dari segi kekuatan ekonominya dan setiap kaum turut memiliki adat resam tersendiri. 

      Kalau merujuk kepada info di atas, nilai hantaran mengikut taraf pendidikan. Andai kata kalau nak berkahwin dengan wanita yang berijazah atau ada degree, nilai hantaran antara RM 12,000 hingga RM 15,000. OMG!!Itu baru pasal wang hantaran, belum lagi kos barang hantaran berdulang-dulang dengan walimatul urus majlis makan makan lagi. Makin ramai jemputan, makin banyak pakai belanja duit. Kos lain lain seperti pakaian pengantin dan pelamin perlu diambil kira. Kos-kos lain belum termasuk. Katering?


      Bagi wanita pula, faktor terbesar wanita tidak berkahwin ialah tiada calon yang sesuai. Yang ini memang saya nampak pada hari ini terutamanya bagi wanita yang bergaji besar. Setuju? Wanita berpangkat besar sukar mencari calon yang sesuai dengan taraf hidup mereka. Lalu, mereke lambat kahwin atau hidup membujang.

      Ada juga wanita yang lebih selesa hidup membujang. Mereka mampu berdikari dengan hasil titik peluh mereka. Mereka tidak bergantung kepada wang lelaki. Tetapi perkara ini tidak menjadi faktor kepada lelaki untuk lambat berkahwin. Rasanya lelaki tidak selesa hidup membujang lama-lama kan? Lelaki mahukan wanita untuk menguruskan kehidupan mereka menjadi lebih teratur. Semasa bujang, kehidupan lelaki tidak terurus, baju tak basuh dan rumah berserak. Tiada lelaki yang tak mahu berkahwin kerana itu lambang kejantanan dan kelelakian haha..

      Lain-lain faktor antara lelaki dan wanita tidaklah nampak begitu ketara kerana itu hanya faktor-faktor kecil. Ada sahaja faktor- faktor lain selain daripada masalah kewangan untuk lelaki dan tiada calon sesuai untuk wanita. Walaupun faktor tiada calon sesuai merupakan faktor utama bagi wanita, namun ada juga lelaki lambat berkahwin kerana masalah tiada calon sesuai tetapi faktor tersebut bukanlah faktor utama lelaki lambat berkahwin.

      Akhir-akhir ini banyak lelaki berkahwin lewat kerana kerjaya. Lelaki mahukan ekonomi mereka stabil sebelum berkahwin. Banyak je lelaki yang berkahwin pada usia 30 tahun dan ke atas. Umur tersebut bukanlah lewat untuk berkahwin bagi lelaki zaman ini. Emak saya pun bersetuju lelaki berkahwin umur 30 tahun bukan lah lewat sangat sebab lelaki memanglah kahwin lambat sikit sebab lelaki yang nak tanggung nafkah anak bini kan, ekonomi kena stabil dahulu. Wanita tiada maslah nak berkahwin awal 20-an kerana mereka ditanggung oleh suami mereka. Wanita berkahwin awal 20-an masih diamalkan seperti zaman dahulu walaupun zaman dah maju.  Namun ini  termasuk dalam faktor masalah kewangan.

      Faktor komitmen terhadap keluarga hanyalah isu kecil. Keluarga mana mahu biarkan anak mereka kahwin lambat sangat ataupun tak nak kahwin. Biasanya mak mak akan kata "kau ni bila la nak kahwin ni Jah ooi..Hassan yang dulu nak pinang kau pun dah ada dua orang anak dah ni. Bila mak nak ada cucu ni.." Kan, stigma masyarakat menyebabkan yang membujang segan nak bujang lama-lama.  Masing-masing pun ada komitmen terhadap keluarga, jadi ini bukan isu sangat sebab bukan anda seorang sahaja ada keluarga kan..

No comments:

Post a Comment

SPONSORED