Paparan

SPONSORED

Showing posts with label Singapura. Show all posts
Showing posts with label Singapura. Show all posts

Saturday, August 22, 2015

Nama Presiden Pertama Singapura Tersalah Cetak pada Wang Kertas

Gambar sumber Utusan Malaysia
SINGAPURA 21 Ogos - Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) melakukan kesilapan memalukan apabila tersalah cetak nama Presiden Singapura yang pertama, Yusof Ishak dengan ejaan Yusok Ishak pada nota peringatan untuk wang kertas baharu S$50 sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50 republik ini.

Menurut portal The Strait Times, satu ringkasan penerbit nota tersebut menerangkan tentang keistimewaan wang S$50 bertulis, ‘Reka bentuk hadapan (wang kertas) bercirikan Yusok Ishak, Presiden pertama kita’.

Jelas laporan tersebut, wang kertas S$50 dan S$10 tertera potret Yusof Ishak yang dilancarkan kepada orang awam sejak semalam, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kesilapan.

Susulan kesilapan memalukan itu, Pengarah Urusan MAS, Ravi Menon berkata, beliau bertanggungjawab sepenuhnya ekoran kesalahan ejaan nama Presiden pertama Singapura.

“Kesilapan ini tidak sepatutnya berlaku dan tidak boleh diterima. Saya bertanggungjawab sepenuhnya.

“Saya memohon maaf bagi pihak rakan-rakan yang berusaha keras untuk menyediakan nota tersebut, tetapi turut berasa kecewa dengan kesilapan yang tidak disengajakan ini,” kata beliau sambil menambah akan membetulkan kesalahan ejaan itu.

Seorang jurucakap MAS yang enggan dinamakan berkata, pihaknya sudah mencetak pelekat baharu untuk menggantikan bahagian ejaan yang salah dan proses pemulihan itu akan dilakukan bermula Selasa ini.

MAS mencetak sejumlah 20 juta keping wang kertas S$50 dan 75 juta keping duit S$10 selain 2.8 juta edisi khas untuk kedua-dua nilai wang tersebut yang mempunyai nota peringatan.

Setiap rakyat Singapura diberi keutamaan untuk menukar wang lama kepada wang baharu sehingga 30 September ini dan setiap orang hanya dibenarkan memiliki lima set wang baharu.


Sumber: Utusan Malaysia

Saturday, July 23, 2011

20 Fakta tentang Islam

Assalamualaikum wbt dan selamat malam. Selesai menonton perlawanan antara Malaysia vs Singapura yang berkesudahan Singapura 5- Malaysia 3. Tak de banyak komen, cuma harapkan dapat bermain dengan bagus di bukit Jalil kelak. Kelemahan itu masih boleh diperbaiki tambahan pula sesudah perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab gergasi eropah baru baru ini.


Entri kali ini ingin berkongsi mengenai fakta agama kita iaitu Islam, salah satu agama yang paling cepat berkembang didunia.Terima kasih kepada saudara Asyraf atas perkongsian. Sebagai seorang Islam, marilah kita mengetahui sedikit sebanyak fakta mengenai Islam. 


1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir. Aku yakin, ramai yang tak tahu nama sebenar firaun. Betul tak?

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden. Aku pasti, ramai yang tak tahu fakta nih..

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

SPONSORED