Raya haji telah berlalu. Saya serta mahasiswa seangkatan bercuti bersempenanya. Saya dan kawan sekampus cuti pertengahan semester selama seminggu. Dapat la jumpa keluarga. Tapi cuti yang diharapkan enjoy tidak lah seberapa enjoy kerana dalam fikiran dihantui assignment dan test-test sekembalinya dari cuti.
Saya lihat kengkawan yang lain tension a.k.a. tertekan sampaikan makan pun tak lalu. Dahlah makan pun menolak bila diajak makan. Semakin lama belajar di universiti, semakin berat kerja dan tanggungjawab.
Beberapa bulan lepas, saya masuk pertandingan. Tak sangka saya johan a.k.a. Tempat Pertama. Tak pernah dapat tempat pertama jadi seronok lah. Jika anda berusaha keras untuk mencapai kejayaan dan akhirnya berjaya/menang, sudah pastinya berasa manis gembira happy bangga bla bla bla...
Salah satu hadiah yang saya dapat ialah BEG balik kampung. Rasanya itu beg balik kampung kot,sebab besar saiznya. Beg ni digunakan untuk angkut pakaian ke dobi. Senang sikit takde la bawak satu baldi dengan motorsikal, jatuh la saham kalau aweks nampak kan.Hehe..
Situasi ni berlaku ketika nak balik bercuti. Sedang berlari nak cepat sebab bas dah nak jalan, tiba-tiba tali yang digalas kat bahu putus. Beg tu pun hampir terjatuh. Nasib baik member hantar ke stapid KL, mesti lenguh tangan jinjit beg yang berat tu. Ish3..masa nak cepat, masa tulah beg buat hal.
Kenapa dengan gambar dibawah? itu saya tungukkan zip daripada beg yang dah tercabut zipnya. Beg mana lagi, beg tu lah.
Masa nak 'packing' barang nak pulang semula ke kampus, dengan tak sekena mengena zip beg tercabut. TAk tau la macam mana leh terjadi. Beg-beg lain tak de pulak camni. Padahal beg ni masih baru, cantik lak tu. Hai nasib nasib..
Benda percuma qualitinya memang tak harapkan sangat. Pengalaman ini menyedarkan saya bahawa 'ada rupa ada harganya'. Tu simpulan bahasa yang bermaksud barang baik mestilah mahal. Macam juga beli baju RM 10 kat pasar malam, jangan harap kan baju tu tahan lama.
Beg ni dapat free sebab menang pertandingan sukan. Tapi bukan beg saja yang saya dapat. Beg ni antara salah satu barang yang saya dapat. Selain tu dapat la pingat, tapi bukan lah pingat datuk ke datuk seri tu. Pingan emas. Dapatlah dijadikan kenangan dan digantung kat rumah. Untung pingat tu cantik berkilat..
P/S: tiap-tiap hari hujan, sediakan payung sebelum hujan..hehe..


