Sabtu ini, akan berlangsungnya pusingan kedua separuh akhir Piala Malaysia. Seperti mana yg diketahui, 4 pasukan mara ke pasukan akhir, iaitu kedah, kelantan, negeri sembilan dan satu-satunya pasukan berstatus kelab, Johor FC.
2 perlawanan akan berlangsung. Kedah akan bertandang ke Kota Bharu menentang tuan rumah, Kelantan dan manakala Johor FC menerima kunjungan Negeri Sembilan di Pasir Gudang.
Pada pusingan pertama separuh akhir, Kedah gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar seri dgn Kelantan. Kedua-dua pasukan bermain dgn semangat juang yg tinggi dengan kedua-dua pasukan saling berbalas-balas serangan. Tentunya pasukan2 akan buat yang terbaik bagi melayakkan pasukan mereka ke peringkat akhir.
Pada pusingan pertama separuh akhir di Paroi, Johor FC secara tidak diduga mengejutkan penyokong Negeri Sembilan apabila menjaringkan 1 gol berharga pada minit2 akhir akibat kesilapan penjaga gol tuan rumah. Pada perlawanan tersebut tuan rumah lebih banyak menguasai permainan.
Walau bagaimanapun, teka teki pasukan yg akan ke peringkat akhir akan terjawab sabtu malam 23 okt. sume pasukan tentunya akan berjuang habis-habisan.
-majulah sukan utk negara-
No comments:
Post a Comment