Paparan

SPONSORED

Tuesday, March 22, 2011

Libya:semakin meruncing

salam bahagia kepada anda semua yang budiman.

Semalam terbaca berita tentang serangan tentera bersekutu yg terdiri daripada USA, Britain, Perancis dan sekutunya ke atas Libya. Puncanya hanya satu, Gaddafi.Rakyat Libya yg anti-Gaddafi menentang dan menubuhkan puak pemberontak agar Gaddafi berundur dari tampok kuasa selama lebih kurang 42 tahun.

Namun,Gaddafi tidak mengalah dan mahu mematahkan pemberontakan tersebut.

Ketegangan di Libya kini telah menyebabkan pihak kuasa Barat terutama Amerika dan British sudah melancarkan beberapa tindakan yang boleh meningkatkan lagi ketegangan serta menyebabkan Libya berada di ambang perang sivil yang bakal menghancurkan seluruh negara tersebut.

Ini merupakan alasan pihak barat untuk campur tangan ke atas negara lain.

Adakah masalah akan selesai dengan campur tangan dan serangan pihak bersekutu barat? atau mungkinkah lebih teruk?

Kita sama2 tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment

SPONSORED