Paparan

SPONSORED

Tuesday, May 31, 2011

ISU kenaikan tarif elektrik


Salam sejahtera  sume.

Semalam kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik berkuatkuasa 1Jun,esok. Hari ini, banyak surat khabar menjadikan pengumuman ini sebagai tajuk utama akhbar-akhbar mereka. Contohnya di Berita Harian: Tarif baru elektrik dan di Utusan Malaysia:Tiada kenaikan guna 300 kWj.

Tarif elektrik bagi sektor domestik, komersial dan industri dinaikkan daripada 31.31 sen/kwj kepada kepada 33.54 sen/kwj. Ini bermakna, kenaikan pada kadar purata sebanyak 2.23 sen per kilowatt sejam (kwj).





Keputusan kerajaan menaikan tarif elektrik selaras keputusan kerajaan menyemak semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung daripada RM10.70/MMBtu (unit termal British) kepada RM13.70/MMBtu.


Bagaimanapun, kenaikan tidak membabitkan kira-kira 75 peratus atau 4.4 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kwj sebulan atau kurang. Oh, maknanya tarif tu kena pada yang guna lebih daripada 300kwj sebulan. Saya tak tau la beban ke tidak sebab bukan saya yang membayar bil elektrik tiap2 bulan.


Kerajaan memberi jaminan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektrik mereka berjumlah kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember 2011.


Tak taula nak komen apa pasal ni, cuma harap tidak membebankan rakyat termasukla saya yang serba sederhana ni.


Cuti cuti Malaysia jom sempena cuti ni.







No comments:

Post a Comment

SPONSORED