Amacam? terliur tak nak dapatkan smartphone macam gambar kat atas tu? Mesti teringin kan..Saya secara peribadi sememangnya nak..cuma duit yang tak de, impian dah ada. Itu patutkah dikatakan 'impian'? Entahlah.
Model-model smartphone seperti gambar kat atas tu sememangnya diketahui antara yang termahal dalam kelasnya. Apa model nya pun saya tak tahu, cuma saya tahu itu model samsung, motorola atau iPhone.
I-Phone (ntah betul ke ejaan ak nie) awalnya i-phone 3G, pastu lak I-phone 3GS dan terbaru plak, I-Phone 4 yang sebok ditayangkan kat tv tv nie. Ak tau mmg x mampu la nak membelinya,setakat tengok je org pakai, maklum la mahal sgt..rakyat biasa cam aku ni mana la layak dan mampu pakai benda alah ni kan..
KL Sentral (dalam) |
Ada la satu hari pada bulan 3 yg lepas, kat KL Sentral. Saper yg x kenal kl sentral kan, yg ada monorel la, lrt la. Aq makan kat mcd kt kl sentral. Nak dipendekkan citer..ada akak ni makan kat satu meja ni. Sambil bawa dulang makanan (wa bukan pekerja cleaner mc d okay) aku terlihat akak ni i-Phone dia letak atas meja. Dia nampak aku lalu dan tau aku tengok dia punya (i-Phone), cepat2 dia amik i-phone dia dan pegang. Ooo..ko ingat aku ni nak curi la i-phone ko..tau la baru beli..muka aku ni punyer la suci(cakap dalam ati je)
Sekarang ni pun desas desus kata nak keluar iPhone 5? Masa iPhone 3G baru-baru keluar..bukan main iklan-iklan kat televisyen. Kat rancangan Remaja TV3 siap tunjukkan kecanggihan iPhone 3G boleh main dram maya macam main dram betul.
Pastu keluarlah iPhone 3GS, pastu lagi keluar iPhone 4. Orang yang beli awal-awal iPhone 3G apa perasaan mereka ek sebab tak lama lepas tu ada keluar lagi versi yang terbaru dan lebih canggih.
Nokia adalah antara jenama telefon bimbit paling lama di Malaysia. Nokia 3310 memang sangat terkenal/famous masa aku sekolah rendah 10 tahun yang lalu. Poyo pulak kan 3310 boleh buka facebook seperti dalam gambar. Aku dulu lihat makcik-makcik aku ada handset ni, mahal beb handset ni..Aku suka main space impact. Saper ada Nokia 3310 dulu memang kaya lah.
Model apa tu ak tak ingat. Yg ak tau ni handset sabun |
Bila 3310 dah murah, terkenal la pulak handset Nokia 6610 atau dikenali sebagai handset'sabun'. Perh, minat giler kat nset ni..masa aku tingkatan satu tahun 2004, harga RM 700 beb..Kiranya paling mewah pada zamannya.Yelah ramai yang masih pakai nset skrin hitam putih, tapi handset sabun ni skrin bewarna. Ini lah antara handset skrin bewarna terawal. Masa sekolah dulu, siapa yang ada handset sabun ni memang akan bajet bagus la. Siap buka lagu kuat-kuat lagi.
Nokia sememangnya handphone yang tahan lasak. Aku memang tak ralat kalau handset Nokia aku jatuh, sebab memang tahan.
Dalam menghadapi persaingan dengan jenama yang lain, Samsung, iPhone dll..Nokia mengeluarkan siri model Lumia dan Asha. Rata-rata model nokia tersebut target yang mampu milik. Walaupun mampu milik, tapi pakai touch screen gak ni..
model-model Lumia. Abaikan pasal harga, harga sentiasa berubah. |
Sekarang ni, bukan Nokia kena bersaing dengan iPhone, Samsung, dan terbaru, HTC.
Satu lagi model yang femes dan ramai org guna ialah Blackberry.
Aku tengok mana aku pergi ada je org tgh dialing dgn blackberry. Sampaikan kat kelas aku berlambak guna blackberry. Perh, org Malaysia sekarang kaya2 nampaknya. Blackberry ni ada pelbagai model, saper yang ada duit atau x de masalah dengan duit boleh la pilih nak model blackberry yang macam mana. Canggih x canggih tu aku x tau la sbb x mampu nak guna blackberry.
Aku berminat gak nak pakai Blackberry kalau la ada rezeki. Ramai memilih Blackberry sebab nak bersosial network. Ini terutamanya facebook dan twitter. Korang suka online 24 jam, 7 hari sehari tanpa henti siang dan malam. Korang memang tak boleh hidup kalau tiada internet. Korang bukan kaya raya yang mampu spend lebih RM80 per month untuk internet. (BlackBerry Internet Service -BIS hanya RM20 per month.)
Blackberry z10 |
Terbaru, Blackberry z10 berada di pasaran. Kagum, bila lihat kawan dah ada Blackberry z10 walhal baru di pasaran. Blackberry kali ini 'touchscreen' seperti Samsung Galaxy dan iPhone.
Ini Galaxy apa eh? |
Bru2 ni aku ada beli nset baru gantikan nset lama yang x berapa best sgt. Tak de la canggih sgt tapi boleh la..sony xperia x10 mini. Tapi bila pikir2 balik, macam x payah je la kan beli nset cecanggih sangat, macam kamera 5mp ke 3G ke..TAPI aku tak guna pun function2 tu macam navigator tu. Macam2 aplikasi pun tapi aku x pakai, dah tu kena caj lebih lagi..lebih kering aq jadinya.
Bagi student macam aku. Pada hemat aku la (pendapat je, jgn kondem aku lak pasnie) tak perlu nak ada handset canggih2 sangat. Kita hanya student dan parents jugak yang support perbelanjaan kita. Cuba bayangkan apa perasaan mereka bila duit yang diberi utk pelajaran dan belanja semasa pengajian digunakan dengan membeli nset mahal2 sampai RM seribu lebih. Penat parent cati duit tau. Kalau nak tau susah ke x cari duit, cuba la try kerja masa cuti semester, bru tau rasanya kan.
Masa jadi student la kan (pendapat aku aje la), simpan je dulu duit tu sebab kalau handset canggih ni kena caj tambahan macam internet bulanan, masa dah bekerja nanti kan baru lah syok guna sebab dah ada GAJI. Adakah perlu kita ikut trend seperti bertukar-tukar telefon bimbit setiap kali keluarnya model terbaru?
WALAUBAGAIMANAPUN, pada sesiapa yang berkemampuan, jgn la anggap post nie melampau ke, dengki ke.Bukan cam tu la.. kalau mampu, x kisah la nak beli i-phone ke publicphone ke..duit masing2 suka hati la kan nak wat pape pun. Kalau ada duit, semuanya boleh jadi, sebab walaupun wang bukan segala-galanya tetapi semua benda perlukan wang walaupun masuk tandas awam sekalipun(ada gak tandas free macam kat stesen minyak dqan highway)
Zaman sekarang ni ramai students berada dalam kalangan yang ibubapa nya berjawatan besar macam doktor, lawyer,majistret,ahli muzik ke..Tapi..gunakan wang pemberian mereka dengan berhemah dan bijak berbelanja serta berjimat cermat..JIMAT SEBELUM KENA, BERINGAT SEBELUM HABIS..
wahhh...iphone...bila la aku dapat memilikinya...hahaha
ReplyDeletegenerasi sekarang semakin lembik
kalau kau banyak duit, hand phone mahal pun macam beli topi.
ReplyDeleteBetol2. ada duit semuanya boleyy
ReplyDelete