Paparan

SPONSORED

Wednesday, July 13, 2011

Hanya Terdapat di Universiti/Kolej.



Masa zaman sekolah dulu kala, semuanya teratur almaklumlah tinggal dengan ibu bapa. Bila dah masuk u atau kolej segalanya berubah. Ibu bapa tiada di sisi dan kena la pandai-pandai uruskan diri. Banyak berubahnya diri bila dah masuk universiti/ kolej ni tau.

1. Tidur pukul 2.30 am adalah yg paling awal. Ni memang biasa bagi kebanyakan. Sama ada study atau buat benda lain selain study. 

2. Mandi menjadi kurang penting. Haa..ada gak ni. 

3. Tidur menjadi benda yg penting. (selama mana pun anda tidur anda tetap akan mengantuk). 

4. Kitar semula dah sebati dlm p'gunaan pakaian ("Oh, jeans aku msih boleh bertahan hingga tahun depan..kotor sikit je"). Ni sapa yang x pernah buat? Tak tau la sama ada sibuk atau malas nak cuci baju.

5. Makan dua kali sehari adalah standard. Ada yg sekali je. Ini benda biasa...Majoritinya katanya nak save duit.

6. 10 minit lebih dari cukup masa untuk bersiap-siap untuk kelas pertama anda. Kalau di sekolah dulu, lambat datang sekolah kena tindakan disiplin, kurang-kurang pun kena tulis nama oleh pengawas.

7. Jika ruangan kuliah cukup besar, peluang untuk pinjam nota orang lain.

8. untuk sesetengah, tidakkah anda suka bila buku yg ditulis oleh pensyarah anda sendiri selalu diperlukan untuk kelas nya?

9. Paper yg 10 muka surat dulu kira mustahil, sekarang dah jadi kemestian.

10. Anda takkan perasan yg ramai org lebih bijak / kurang bijak dari anda.

11. Makanan ringan spt maggi jadi makanan kegemaran.

12. Belajar mencintai roomate anda, terutama bila dia meninggalkan bilik anda.

13. Untuk kelas. Lagi lambat lagi bagus. Menguap dalam kelas dah jadi kebiasaan :)

14. Anda takkan dpt bygkan sejauh mana sunyi nya rumah anda. (meriah yg amat sgt)

15. Majalah/ komic merupakan bahan bacaan dalam falsafah anda. Ada yang baca komik online ajer.


16. Tidakkah anda akan rasa hebat bila boleh berjaga lewat malam tanpa buat apa2, tp dapat melelapkan mata semasa dikelas plg minimum 5 saat.

17. Kawasan melepak jadi tempat berharga.

18. Anda tidak akan terlepas dgn "toyol". 

19. Study last minute akan menjadi kebiasaan.

20. Yg terakhir, hidup anda tidak akan sama spt dulu :)

No comments:

Post a Comment

SPONSORED