Paparan

SPONSORED

Wednesday, July 13, 2011

Malaysia jadi negara tua tahun 2030??


Haa.. tu la hakikatnya. Apa maksudnya negara tua? adakah dah uzur macam org tua yang susah nak berjalan? atau negara dah tak boleh bmaju lagi??

Tajuk diatas diambil kerana ada berita mengenainya. Ini bukan cerita rekaan bagi pelaris cerita..ni benar belaka. Tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Nak tau apanya?

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjurkan Malaysia menjadi sebuah negara tua pada 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun ke atas mencakupi 15 peratus daripada jumlah populasi.  So, apa masalahnya??  Ok, teruskan ceritanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pada masa ini, bilangan warga emas di Malaysia adalah seramai 2.1 juta atau 7.3 peratus daripada keseluruhan penduduk. Kenyataan menteri ni juga diambil baru lagi. 

Datuk Seri Shahrizat berkata jangka hayat penduduk juga diunjur menokok daripada 72.6 tahun pada 2010 kepada 74.2 tahun pada 2020 bagi lelaki, manakala jangka hayat wanita meningkat kepada 79.1 daripada 77.5 tahun bagi tempoh yang sama. 

Masa belajar subjek Geografi zaman sekolah menengah dulu,(masih budak-budak lagi) memang ada belajar yang perempuan memang hidup lebih lama berbanding lelaki. Nak tau kenapa tu saya tak berapa ingat sangat. Jangka hayat penduduk jadi bertambah sebab taraf kesihatan pun meningkat. Kerajaan banyak membina hospital-hospital dan pusat kesihatan dengan bayaran yang cukup murah. Hospital swasta pun banyak wujud. Kat tempat saya di Batu Pahat yang takde la bandar sangat, tapi ada Hospital Pantai dan Hospital Putra(milik kerajaan Melaka). 

Shahrizat berkata kementeriannya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menubuhkan Rumah Seri Kenangan untuk memberi penjagaan dan perlindungan kepada warga emas yang daif.

Katanya sehingga 31 Mei lepas, terdapat sembilan Rumah Seri Kenangan di seluruh negara yang memberi penjagaan dan perlindungan kepada 1,942 orang penghuni.

Beliau berkata selain Rumah Seri Kenangan, kementerian juga menubuhkan 22 Pusat Jagaan Harian Warga Emas menerusi kerjasama strategik dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi manfaat kepada 16,331 warga emas di seluruh negara.

Shahrizat berkata kerajaan telah memperuntukkan RM733,260 untuk NGO terbabit sepanjang tahun lepas.

Warga tua pun pendududk negara juga, kerajaan layan mereka secara adil dan saksama. Suatu hari nanti kita juga akan menjadi tua dan memerlukan penjagaan.

No comments:

Post a Comment

SPONSORED