Harga minyak tidak menentu di pasaran dunia. Ini bukan saja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.
Kita sebagai rakyat biasa tidak ada kuasa untuk mengekang perubahan harga minyak, yang pastinya lebih banyak naik drp turun. Sapa setuju angkat tangan.
Kita hanya mampu mengikut rentak kenaikan harga minyak yang sentiasa tidak menentu di pasaran. Bagi yang kerap mengisi minyak kat stesen minyak x kisah la pPetronas ke, Shell ke Esso ke yang pasti isi minyak kete/moto kat stesen minyak kan, PASTINYA rasai kesannya terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
-Pemanduan. Relax je bawak kereta/motosikal/lori dan kenderaan bermotor yang menggunakan minyak. Memandu dengan tenang dan jangan kelam kabut.
-Muatan Barang. Bawa barang yang perlu sahaja. Penambahan berat muatan sebanyak 50KG meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%. Haaa..ingat tuu.
-Tekanan angin tayar mestilah betul. Penggunaan minyak akan bertambah sebanyak 5 % akibatnya.
-Hadlaju. Bawak laju mestilah pakai banyak minyak.
-Matikan enjin jika tak gunakan kenderaan. Tak perlu biarkan enjin berkeadaan hidup jika sekadar tunggu orang.
-Jangan brek mengejut.
-Rancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Bila dah jem, lambat sampai ke destinasi dan lebih banyak minyak digunakan.
-Jalan kaki. Jikalau tempat yang dituju tu dekat dan hanya 15 minit berjalan kaki, mengapa perlu manggunakan kenderaan. Parking pun susah nak cari, kadang-kadang kena bayar pulak tu.
Banyak lagi cara jimatkan penggunaan minyak petrol cuma saya bukan la pakar.
Sayangilah duit anda kerana bukan mudah cari duit, bahkan begitu mudah duit hilang begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment