Salam buat pembaca sekalian dan selamat datang ke mari.
Dijemput follow blog ini sebagai sokongan.
PDRM punyer |
Mitsubishi EVOLUTION? Pernah dengar x? Aish, saper yang x
kenal EVO ooi.. Kereta idaman kebanyakan muda mudi kerana ciri-ciri sport dan
mewah, tapi tu la..harga pun besh..
Ianya juga sangat dikenali dengan 'EVO', kereta keluaran
Mitsubishi Motors. Setakat ini, sudah 10
versi rasmi dikeluarkan, menggunakan sistem pernomboran Roman.
Evo asalnya jual kat pasaran Jepun sahaja, tetapi
memandangkan mendapat permintaan..membawa kepada penjualan di seluruh dunia.
Ni la sejarah EVO berdasarkan gambar dari Mitsubishi
Evolution yang terawal sehinggalah Mitsubishi Evolution terkini yang digunakan
unit-unit tertentu Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Inilah dia model Evo bermula pada tahun 1992 sehingga la
sekarang yang biasa dilihat kat jalan raya..Mitsubishi Lancer, rangka lebih
kurang sama dengannya tetapi keupayaan prestasi Evo X sudah tentulah lebih
gempak!! dah harganya pun gempak kan. Bila bawak kat mall, mesti banyak aweks
yang memandang kan.
Evo IX adalah model Evolution pertama dibawa masuk ke
Malaysia melalui pengedar sah di Malaysia iaitu Mitsubishi Motors Malaysia.
Sebelum ini, model-model Evolution yang terdahulu dibawa masuk melalui
pengimport pihak ketiga.
Lancer dalam RM 120 k lebih, manakala Evo X harganya dalam
RM 323 ribu lebih!! mampu amik Evo??
* * *
Ok, ini update baru untuk entri ini. Zizan Raja Lawak(siapa
tak kenal beliau kan). Baru-baru ini banyak blogger post entri mengenai Zizan
telah membeli Mitsubishi Evolution X atau Evo 10. Lambat post entri pasal ni
sebab tak de masa sangat nak update blog. Ini pun update baru kepada entri yang
lama. Biar pembaca dapat membaca banyak isi dalam satu entri. Ye tak?
bergaya beb Zizan.. |
Murah rezeki Zizan kan. Mampu beli Evo 10. Zizan memang
sedia maklum sukakan kereta berkuasa tinggi. Kereta yang Zizan beli ni bukan la
spec biasa macam kat kilang tu. Kereta dia diupgrade oleh M7. Yang tu tak tau
la, yang penting GEMPAK!! Evo 10 ni Zizan beli di Mutiara Motors, Larkin.
Kat highway nanti berdesup la kereta Zizan pergi. Kita hanya
makan asap je la kan.
nice post... saya pun minat evo
ReplyDeletesaya pun minat gakkk
ReplyDelete