Paparan

SPONSORED

Wednesday, March 21, 2012

Keputusan SPM 2011 Akhirnya Tiba jua Saat nya..dan Pengalamanku

Salam buat semua.

Tajuk di atas pun sudah dapat menggambarkan akan apa yang ditulis dalam entri kali ini. Berkenaan SPM, Sijil Pelajaran Malaysia. Peperiksaan awam yang akan ditempuhi oleh semua yang bergelar pelajar. Dulu pun, saya calon SPM 2008.. Result saya dulu..tak straight A pun, tapi ada la A nya. Result boleh tahan la..

Tarikh pengumuman keputusan SPM 2011 seperti diketahui dan di ambil kisah oleh semua calon yang menunggu dengan penuh tabah dan sabar, pada 21 Mac 2012 hari Rabu.

Rabu ni juga, iaitu pada hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib dijadualkan akan datang ke kampus ku, UiTM Shah ALam.  Tak pernah bertemu dan mendengar suaranya dan ucapannya secara langsung ataupun 'Live'. Semuanya melalui TV dan tidak secara langsung.



Cara semak keputusan SPM melalui SMS:
SPM Result [No.Kad Pengenalan] dan hantar ke 15888

Contoh:
1). SPM Result 911101-04-1111
2). Hantar ke nombor 15888



Sebut pasal isu dapat semua A ataupun 'Straight A's', saya dulu memang tak dapat pun semua A. Ada je B nya. Bila terima keputusan SPM dulu, rasa ralat gak la sebab tak dapat keputusan semua A seperti idaman semua calon SPM. Nak buat macam mana kan, kena la terima dan bersyukur. Abah pun bawak la pergi makan tengah hari untuk menyambut keputusan SPM. Masa lunch, abah pun bincang la nak amik jurusan apa  kat Universiti dulu. Memandangkan x dapat semua A, terasa diri ini kerdil dan tak tahu nak amik kos apa nanti. Medik, rasa dah tawar hati, walaupun keputusan masih lagi layak dan dianggap baik untuk ambil bidang Medik.

sekadar hiasan. famous gambar ni kat facebook
Bila dapat tahu keputusan, perasaan ketika itu memang tidak dapat terkawal. Masing-masing bersorak dan ada juga yang sedih. senario ini biasa dilihat setiap tahun kat TV. Korang dulu pun tengok kan kat TV setiap tahun. Sekarang, turn korang pulak. Manalah tahu masuk TV ke kan.

JANGAN SAMPAI BUNUH DIRI. Ingatlah, SPM bukan penamat hidup. Umur baru 18 tahun, lama lagi korang nak rasa kehidupan (i-Allah jika umur panjang). Kadang kala, cemerlang SPM tidak semestinya cemerlang bila kat universiti nanti. Bila kat universiti, semua orang adalah sama, tiada beza pandai mahupun tidak.

Jika rasa diri x cemerlang masa SPM dulu, ingatlah bahawa ada yang lebih lemah dari anda. Jangan terlalu merasa diri tu rendah sangat. Percayalah, bila jumpa kawan baru kat Universiti nanti, mereka juga tidak la cemerlang mana pun masa SPM dulu-dulu. Yang cemerlang SPM, dah tentu majoritinya dah fly belajar luar negara dan jarang seuniversiti dengan anda nanti. Yang sekawan universiti anda nanti tentunya sekelompok yang lebih kurang sama saja tarafnya.

Akhir kata, selamat maju jaya dan berusaha tangga kejayaan.

No comments:

Post a Comment

SPONSORED