Paparan

SPONSORED

Friday, March 23, 2012

Berhujung Minggu ke Zoo Negara Malaysia

Salam buat pembaca dan pengunjung yang budiman.

Hari ini Jumaat, esok dah cuti  Sabtu dan Ahad. Tak ada program ke untuk hujung minggu? Tak perlu pergi jauh-jauh sampai luar negara, dalam negara ni pun banyak tempat menarik boleh dikunjungi. Satu Malaysia ni pun belum habis teroka lagi kan. Bersiar-siar kat dalam negara lebih jimat daripada ke luar negara, disamping dapat meningkatkan ekonomoi negara.

Saya di Shah Alam dan di lembah Klang ni pun ada je tempat boleh singgah. Rehat-rehat menenangkan fikiran daripada bebanan kerja dan tugasan. Terfikir saya nak ke Zoo Negara..Kenapa, kelakar ke? Tak jauh pun kan..

Zoo Negara terletak di Ulu Kelang, so, tak jauh pun kan dari K.L. Ditubuhkan pada 14 November 1963. Wah dah lama kan Zoo Negara ditubuhkan. Dulu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pernah berlakon kat situ dalam cerita 'MASAM-MASAM MANIS. Masih ingat lagi? P.Ramlee berlakon sebagai Cikgu Shaari (betul ke ejaan ni?). Dalam cerita ni, yang selalu diingati adalah ayat : CIKGU SUKA MAIN BOLA, HARI-HARI CIKGU MAIN BOLA.




Bagaimana nak ke Zoo Negara? 


Dengan LRT.
Turun di Stesen LRT Wangsa Maju, aliran Kelana Jaya. Kemudian, naik teksi ke Zoo Negara

Dengan Bas.

Naik bas Metrobas nombor 16 dari Central Market, K.L

atau

Rapid K.L nombor U34 dari Stesen LRT Putra, Wangsa Maju, K.L

atau

Rapid K.L nombor U23 daripada Stesen Titiwangsa, K.L







  

No comments:

Post a Comment

SPONSORED