Paparan

SPONSORED

Friday, April 13, 2012

Perkara-perkara Yang Merosakkan Otak

Assalamualaikum wbt dan salam buat pengunjung yang melawat. Blog ini masih muda, perlukan sokongan semua dengan 'follow' blog ini. Sokongan amatlah dihargai..
Betapa penting kan fungsi otak kepada kita semua

Otak adalah nikmat kurniaan Allah s.w.t yang tidak ternilai harganya. Setuju dengan kenyataan ini? Otak mana ada dijual kat kedai-kedai mahupun pasar malam. Yang hanya ada di kedai ialah otak-otak..Sedapnyer!!Dulu satu tu harga 30 sen zaman sekolah menengah, sekarang umur 21 (kantoi umur) sampai 70 sen secucuk??

otak-otak
Seperti yang dipelajari dalam subjek Biology zaman sekloah (walaupun x dapat A masa SPM), otak manusia ada pelbagai bahagian dan membawa tugasnya yang penting kepada kita. Fungsi otak kebanyakannya tidak dikawal oleh kita sendiri, kerana dikawal secara automatik seperti sistem peredaran darah ke seluruh anggota tubuh. Hebatkan ciptaan Allah..Kalaulah semua fungsi otak kita kawal sendiri, mesti kelam kabut kan.

Biasa nampak kat drama-drama tv kan, bila seseorang diketuk kepalanya dengan kuat, seseorang tu boleh pengsan. Adakalanya ada jadi orang gila, nyanyuk dan pelupa. Tak ingat apa-apa langsung.

Inilah antara-antara perkara yang merosakkan otak. Buat dalam 'point form' agar lebih mudah membaca.


1) Tidak mengambil sarapan pagi:-
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi kepada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2) Terlebih makan:-
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik seperti ayat perkara pertama diatas. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada usus dan perut untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kurang darah yang sampai pada otak. Ini menyebabkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus. Biasakan kita dengar, "harap badan je besar, tapi otak kecik" kan.

3) Merokok:-
Seperti yang diketahui, asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4) Mengambil gula berlebihan:-
Gula yang berlebihan dalam badan boleh menggangu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5) Menghidu udara yang tercemar:-
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan kita. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang diketahui umumnya sangat merbahaya kepada otak.

6) Tidur yang berlebihan:-
Tidur baik untuk kesihatan otak. Namun jika berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang. Tidur berlebihan membawa kepada sikap malas dan ayat ini memang femes kita dengar : "asyik tidur je..pemalas betul, pergilah buat kerja sana".

7) Tidur dengan menutup muka:-
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula  semasa bernafas. Karbon dioksida adalah bahan buangan pernafasan kerana kita tidak memerlukannya. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8) Kurang berimaginasi:-
Berikir merupan satu cara yang baik untuk mengasah otak. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun. Alah tak kan la tak biasa berimaginasi..Susah tidur malam pun disebabkan banyak sangat berimaginasi kan.
hebat idea-idea dia ni..

9) Jarang berfikir:-
Lebih kurang dengan point ke lapan. Jarang berfikir menyebabkan otak menjadi lembab dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak.


10) Tidak membaca Al-Quran:-
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi faedah kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal. Biasa kan lihat atok-atot atau tok wan yan rajin membaca Al-Quran tidak nyanyk kan.


Bak kata Ustaz Izi Haji Ali, : Renung-renungkan dan selamat beramal..



No comments:

Post a Comment

SPONSORED