Paparan

SPONSORED

Wednesday, April 11, 2012

Entri sempena Pertabalan Yang di Pertuan Agong

Salam buat semua pembaca dan sila la follow blog ini. Sokongan amatlah dihargai untuk membangunkan blog yang tak seberapa ini. Hari ini Rabu 11 April 2012 adalah hari istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di Pertan Agong.


Entri kali ini bersempena dengannya dan diharap entri ini memberi sedikit sebanyak info. Entri kali ini agak lah panjang. Selamat membaca.

*  *  *

Yang di-Pertuan Agong(YDPA) ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah. YDPA ini adalah satu-satunya yang ditabalkan untuk menjadi YDPA untuk kali kedua dalam sejarah. 


Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.

Malah yang menambah keunikan pertabalan kali ini ialah Perdana Menterinya Datuk Seri Najib Tun Razak, di mana semasa Tuanku Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima, perdana menteri pada masa itu adalah ayahanda Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain, yang merupakan perdana menteri kedua negara.
Tun Dr Ismail(kiri) dan Tan Sri Muhyiddin Yasin(kanan)

Itu fakta pasal Perdana Menteri..bagaimana pula dengan Timbalan Perdana Menteri?
    
 Dan Johor juga patut berbangga apabila Timbalan Perdana Menteri pada pertabalan 1970 dan 2012 adalah Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tan Sri Muhyiddin Yasin. Yeah!!ngaku anak Johor ni..Memang anak Johor pun.



Ratu Elizabeth II mengucapkan tahniah atas pertabalan Tuanku Abdul Halim seagai Yang di Pertuan Agong buat kali kedua.

Ini sumber dari BERNAMA:
Ratu Elizabeth ucap tahniah kepada Agong
 2012/04/10KUALA LUMPUR: Ratu Elizabeth II dari Britain mengutus ucapan tahniah kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, atas pertabalan baginda buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14.
 "Beta ingin mengucapkan tahniah kepada Tuanku bersempena pertabalan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong. Beta masih menaruh ingatan manis tentang lawatan negara Tuanku ke United Kingdom pada 1974 dan sudah menyaksikan dengan penuh sanjungan bagaimana Malaysia berkembang, sambil kekal memelihara keperibadian dan nilai-nilainya yang mulia.
 
Beta ucapkan selamat maju jaya ketika Tuanku memimpin Malaysia, buat kali kedua, dalam perjalanan menuju kemakmuran dan sebagai sebuah kuasa untuk kebaikan di rantau ini dan dunia yang lebih luas," titah Ratu Elizabeth dalam perutusan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Britain di sini.
 Tuanku Abdul Halim pertama kali dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 1970 pada usia 42 tahun dan baru-baru ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84 tahun.

*  *  *
Sejarah
Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan.Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu.

Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.
 Jika menurut tempoh lama memerintah, Major-Jeneral Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), yang dilantik menjadi pada tahun 1895, merupakan sultan yang paling lama memerintah, tetapi baginda menolak perlantikan tersebut disebabkan telah lanjut usia (ketika itu baginda berusia 84 tahun).

Yang kedua dalam turutan, Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang), yang memerintah pada tahun 1932, tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik. Yang lama memerintah seterusnya, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang menaiki takhta pada tahun 1933, kemudiannya telah dilantik.

Raja-raja yang hadir ketika pertabalan pertama adalah:
1. Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang; 1932-1974)
2. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; 1933-1960)
3. Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor; 1938-1942, 1945-1960)
4. Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah; 1943-1958)
5. Sultan Ibrahim Petra ibni Almarhum Sultan Muhammad IV (Al-Sultan Kelantan; 1944-1960)
6. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Raja Perlis; 1945-2000)
7. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III (Sultan Terengganu; 1945-1979)
8. Sultan Yusuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Shah (Sultan Perak; 1948-1963)
9. Tunku Ismail ibni Sultan Sir Ibrahim (Tunku Mahkota Johor; menjadi Sultan 1959-1981)

*  *  *
Giliran Negeri:
Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik. Ini kerana ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden berasaskan perlembagaan.

Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.

Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dulunya dikenali Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Negeri Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Manakala Negeri Melayu tidak bersekutu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka menganggotai Majlis Raja-Raja.


Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut Pemerintah negeri adalah menurut kitaran yang telah digunakan sebelum itu, iaitu:
1. Negeri Sembilan
2. Selangor
3. Perlis
4. Terengganu
5. Kedah
6. Kelantan
7. Pahang
8. Johor
9. Perak

P/S: Bermakna..cuti umum..Alhamdulillah..




No comments:

Post a Comment

SPONSORED